Monday, 12 August 2013

JAWAPAN UNTUK SOALAN OUTSYEDTHEBOX BERHUBUNG KEBENARAN KRISTIAN MENGGUNAKAN MESJID NABAWI

DISEBABKAN PENGANUT BUDDHA MELAKUKAN MEDITASI  DISEBUAH  SURAU
DIJOHOR, KINI  PERSOALAN DITIMBULKAN TENTANG RASUL PERNAH
MEMBENARKAN KRISTIAN  MENGGUNAKAN MESJID NABAWI UNTUK
ORANG KRISTIAN 'MENYEMBAH TUHAN NYA'. TAHUKAH ANDA APAKAH SEBABNYA
KEBENARAN ITU DIBERI OLIH RASULLULAH???

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dengan semaraknya berita yang mengatakan sekumpulan pengikut Buddha melakukan 'mediatsi' disalah sebuah surau diResort di Johor, dan kini ketua Resorts dan Ketua Penganut Buddha didakwa dimahkamah .

Apa yang menariknya, blogger OutSyedTheBox, mengutarakan persoalan adakah perlakuan ini dibenarkan kalau mengikut aturan Al Quran seperti ayat yang diterjemahkan dibawah ini. Ditambah pula dengan pendapat dari beberapa perawi atau pun hadith yang mengatakan bahawa Rasullulah pernah membenarkan kumpulan Kristian melakukan perkara yang serupa diMesjid Nabawi.
                                         Surah Al An'am :- Ayat 161-162
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh 
Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas 
dan tiadalah dia dari golongan musyrikin. Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. 

        ADAKAH RASULLULAH AKAN MEMEBENARKAN 'PENYEKUTUAN' ALLAH 
                                              BERLAKU DIMESJIDNYA??

Perkara pertama yang perlu kita lihat ialah :-

1. Mengikut hadith yang ditulis, kumpulan Kristian yang datang ke Madinah atas jemputan Baginda Rasullulah,  adalah untuk bertemu Rasullulah, untuk mengetahui akan 'wahyu' yang diperolehi olih Baginda seperti yang diketahui ramai . Tujuan mereka adalah ingin mengetahui  akan kebenaran Rasullulah dan ajarannya.  Sesungguhnya sebelum kumpulan itu tiba, Rasullulah telah menyediakan tempat 'tinggal' yang berhampiran dengan Mesjid Nabawi.  Sesungguhnya, semestinya Rasullulah telah menyediakan ruang untuk kumpulan Kristian untuk melakukan 'ritual atau sembahyang' mereka. Justru apabila  mereka meminta izin kepada Rasullulah untuk 'bersembahyang' di Mesjid Nabawi (Mesjid Nabi), maka mereka diizin bersembahyang ditempat yang disediakan dan bukan ditempat kebiasaan bersolat umat Islam.

Kalau benar apa yang dinuklilan didalam  Hadith ini, sesungguhnya kebenaran yang dibenarkan kepada kumpulan Kristian untuk melakukan 'ritual' sembahyangnya semestinya tidak  ada unsur-unsur 'tanda atau salib' yang menyekutukan Allah SWT   ditegakkan didalam Mesjid Nabawi . Sesungguhnya kebenaran yang diberikan Rasullulah semestinya bersifat 'sembahyang atau berdoa' mengikut cara Kristian. Dan sesunggunya kemungkinan pada waktu itu tiada 'kaligrafi' syahadah tergantung didalam mesjid dan kemungkinan tempat yang dibenarkan orang Kristian itu bersembahyang semestinya tidak diruang solat seperti kita faham .

Olih itu, kebenaran atau penggunaan Mesjid atau surau untuk Agama lain melakukan 'ritual' seperti sembanyang ataupun 'meditasi' ditambah dengan penggunaan 'lambang atau arca' kepercayaan agama mereka ditegakkan didalam 'surau' atau 'mesjid' adalah bersalahan sama sekali dengan ajaran Islam.

Olih itu 'ritual atau meditasi' yang menggunakan 'lambang dan arca' didalam surau atau Mesjid adalah dianggap 'menghina  kesucian agama Islam". Kalau benarpun mereka ini 'merupakan' penganut yang fanatik, mereka bolih melakukan diruang terbuka seperti ditaman-taman yang terdapat disekeliling Resorts tersebut atau dimana saja, tetapi kenapa memilih 'Surau" milik orang Islam. Tidakkah ini satu provokasi??yang sengaja dibuat.

Olih itu orang Islam tidak digalakkan untuk menerbitkan sebarang kata-kata dari 'hadith' yang akan merosakkan apa yang telah disunnahkan olih Rasullulah dan Al Quran, sekiranya 'hadith' itu memudaratkan pegangan Islam. Jangan dibenarkan apa yang 'merosakkan' kepercayaan umat Islam.

                           Persoalan yang saya copy paste dari OutSyedTheBox
                          :Kepercayaan yang mungkin mengelirukan orang Islam

So if these Buddhists in Kota Tinggi had met  the Prophet and asked for a space where they could "meditate" what do you think the Prophet would have done?

Our Nabi Ya Kareem Rasulullah taught us the following in the Quran :

61:2 O you who believe, why do you say what you do not do?
61:3 Most abominable in the sight of Allah is that you say what you do not do.

According to the ostat stories I quoted above the Prophet had already allowed the Christians of Najran to pray inside the Masjid al Nabawi. 

So what do you think will be or should be the Prophet's response if some Buddhists had requested for space just to "meditate"?  Bukan di Masjid Nabawi pun. Di surau Tanjong Sutera Resort?

What do you think? 

                                             Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. ini yang akan terjadi apabila surau2 terutamanya di resort dan di hotel2 sunyi sepi dari umat Islam..puncanya dari kita umat Islam..

    ReplyDelete
  2. sALAM. DALAM MUSIM PERAYAAN UMAT ISLAM SEMESTINYA ORANG MELAYU BERCUTI CUMA KEMUNGKINAN SURAU ITU DIGUNAKAN UNTUK STAFF BEKERJA.

    ReplyDelete
  3. selalunya kalaupun umat Islam memenuhi bilik2 di tempat penginapan tetapi surau tetap saja sunyi.. ya tindakan orang kafir salah tetapi apakah tindak tanduk kita selama ini betul.. apakah kita memuliakan surau dan masjid dengan mengimarahkannya tetapi apabila sesuatu isu berlaku barulah kita bangkit sekejap kemudian hilang lagi.. itu sebabnya agama kita dihina hanya kerana sikap para umat Islam itu sendiri..

    ReplyDelete
  4. "Tujuan mereka adalah ingin mengetahui akan kebenaran Rasullulah dan ajarannya. Sesungguhnya sebelum kumpulan itu tiba, Rasullulah telah menyediakan tempat 'tinggal' yang berhampiran dengan Mesjid Nabawi."

    Ada bukti ke ko cakap ni?

    ReplyDelete