AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Saturday, 3 August 2013
MUHYIDDIN DAPAT PETUNJUK DARI LANGIT : AHLI UMNOI WAJIB LAKUKAN DEMI MELAYU DAN ISLAM :
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Alhamdullilah, terungkap sudah kata-kata Muhyiddin yang secara jelas dan lantang meluahkan isihatinya tentang PAU yang akan datang. Ikhlas dari lubuk hatinya, beliau mengingatkan kepada semua ahli-ahli UMNO agar memilih calon yang benar-benar bolih memimpin UMNO yang berpaksikan kepada perjuangan membela nasib orang-orang Melayu dan Agama Islam seperti yang termaktub didalam perlembagaan UMNO .
Kemungkinan apa yang dapat dilihat olih Muhyiddin kebelakangan ini banyak kebenaranya. Pemimpin No 1 UMNO dilihat terlalu 'lemah' dan mudah "digula-gulakan" olih 'punasihat'nya sehinggakan 'penghinaan" demi ';penghinaan' terhadap Raja Raja Melayu, Orang Melayu, Agama Islam serta Perlanggaran Akta Persekutuan, dibuat olih kelompok tertentu tanpa di'dakwa' atau diambil tindakan, menyebabkan ramai orang Melayu sudah naik 'muak' atau 'jelak' . Kebisuan Najib didalam 'memperkatakan' isu yang menghambat maruah Melayu dan Islam diibaratkan seperti permainan 'safe' olih Presiden UMNO demi untuk menjaga hati kaum lain. Najib dilihat tidak melakukan sesuatu untuk 'mengubati hati "dan perasaan orang Melayu yang sememangnya telah terguris dan Melayu merasakan bahawa mereka telah dianaktirikan .
Muhyiddin menyedarai akan hakikat sokongan orang Melayu terhadap UMNO tidak berbelah-bagi sewaktu PRU13 yang membolihkan UMNO menjadi teraju utama dalam Barisan, dan menyedari 'kesilapan' Najib yang terlalu 'bergantung' kepada undi bukan Melayu, telah menyebabkan 'BN menari sumbang' didalam tariannya semasa PRU 13 . Kelantangan suara orang Melayu dan juga 'pemimpin belakang tembok' UMNO, yang menyedarai ' akan kesilapan Najib yang sengaja 'ditempah', telah membuatkan ramai penyokong UMNO dan pengundi Melayu 'atas pagar' kecewa dengan tindakan Pemimpin No.1 UMNO itu.
Sebagai orang nombor dua didalam parti, Muhyiddin menyedari akan kebimbangan orang Melayu yang dilihat semakin hari semakin jauh 'meminggirkan' UMNO sekiranya Najib masih kekal berkuasa. Untuk menyelamatkan kesinambungan UMNO dari ditalkin pada PRU 14, tindakan pantas perlu dilakukan demi survival parti UMNO dan bangsa melayu serta Islam dari diperkotak-katikkan olih rakan dalam konponen mahupun olih pembangkang. Senario ini membuatkan beliau didalam kegusaran untuk berkata 'berterus terang' dan hanya 'meluahkannya secara 'berkias'.
Sebelum banyak lagi kemudaratan melanda atau menjengah kepada parti UMNO, maka, peralihan kuasa atau pertukaran kuasa harus dilakukan secara sistematik dan demokrasi didalam parti. Sekarang ahli UMNO perlu menilai dan memutuskan , sekiranya Najib dikekalkan, Melayu tetap akan dipinggirkan tanpa pembelaan dan kemungkinan UMNO menjadi pembangkang adalah pasti dan wawasan 2020 ciptaan Mahathir pasti tertangguh tetapi sekiranya Muhyiddin diangkat peluang nyawa UMNO untuk disambung pada PRU14 pasti dizahirkan olih orang Melayu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menggesa anggota Umno memilih calon yang benar-benar boleh memimpin dan memajukan parti pada pemilihan yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pemilihan kali ini merupakan satu sistem atau saluran untuk menentukan siapa sebenarnya yang ikhlas mahu bekerja dan memperjuangkan parti.
"Mereka itulah yang kita perlu beri kesempatan dan ruang untuk memimpin dan memajukan parti," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Bahagian Titiwangsa di Masjid Al Imam As Syafie di sini, Jumaat.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menyedari terdapat 'sedikit sebanyak' masalah dalaman Umno, Muhyiddin bagaimanapun yakin ia akan dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi Umno dijadual berlangsung pada 5 Oktober ini.
Pemilihan jawatan tertinggi bagi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.
Menyentuh mengenai pengundi bandar, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata anggota parti perlu melipatgandakan kerja sepanjang masa untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi di Wilayah Persekutuan.
"Ini sepatutnya kita mulakan sejak selepas pilihan raya umum dan dilakukan sepenuh masa.
"Jika kita serius untuk tangani masalah pengundi bandar, kita jangka sikap mereka akan lebih baik pada tahun-tahun akan datang...jika kita ambil mudah, cuma berdoa dan berharap sokongan apabila tiba masa pilihan raya, itu pilihan yang silap dan (parti) mungkin tak mampu bertahan," katanya.
Muhyiddin berkata prasyarat untuk mengembalikan kekuatan parti adalah hubungan yang akrab, kerjasama yang erat dan perpaduan yang jitu antara kepimpinan sama ada di peringkat tertinggi mahupun di peringkat akar umbi.( Ini yang tidak ada pada Najib atau yang gagal Najib lakukan- kegagalan ini akan melingkupkan UMNO)
Katanya beliau yakin kerjasama seperti itu akan menjadikan Umno dan B Nkhususnya di Wilayah Persekutuan lebih kukuh dan mantap.
"Selaku Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno, saya akan beri sokongan yang termampu untuk melihat Wilayah Persekutuan terus maju dan mencapai kejayaan pada masa akan datang," katanya.
Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid-masjid di Wilayah Persekutuan serta anak-anak yatim, sebelum berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para tetamu. BERNAMA
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kini majoriti pemimpin atau org yg berada di peringkat atas umno adalah KEPARAT KORPORAT DAN pejuWANG bukan pejuang..
ReplyDeleteDlm glc.. semua tu pejuWANG.. punahsihat punahsihat yg dinasihat agenda pejuWANG..
tu masih tak cukup habuan di mata imej keparat.. pantang ada $ depan mata.. terus rembat.. dah berputar kertas kerja.. dulu lain kini lain.. amanah janji pd permulaan semua hilang..yg ada kenyang buntang perut buncit keparat korporat dulu.. tak takut mati ke???