Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berbekalkan 'umpanan ekonomi' yang dianggar berbillion ringgit untuk direbut olih Melayu serta Bumiputra yang lain, rata-rata kepuasan hati kelompok kelompok yang sebelum ini 'mengeji' serta 'berbelah hati' terhadap keperihantinan Najib terhadap Melayu nampaknya sudah berubah arah seolah-olah apa yang dijanjikan Najib akan berlaku dalam sekelip mata.
JALA EKONOMI TELAH MENJALA IKAN BERNAMA "MELAYU" CUMA TAK TAHU LAGI IKAN MELAYU NI NAK MASAK APA IKUT CARA CINA - STEAM SAJA IKUT INDIA MASAK KARI IKUT MELAYU? MASAK TEMPOYAK CARA PAHANG ATAU LOMAK LADA API CARA ORANG NOGORI |
Segala perlakuan Najib yang sebelum ini mendahulukan kaum Cina nampaknya perbuatan itu telah "dihalalkan" semuanya. Maklumlah 'berbilllion ringgit sedang menunggu'. Tanpa berfikir panjang , semuanya 'melonjak' kegembiraan dengan pengumuman itu. Berbakul-bakul tahniah dan berkarong-karung ucapan 'syabas' diucapkan kepada Najib samada pemimpin masyarakat Melayu mahupun pemimpin masyarakat Bumiputra.
Nampaknya dengan pengumuman yang dibuat semalam sekali gus telah meruntuhkan segala persepsi negative terhadap Najib sebelum ini. Itulah sifatnya Melayu. Dengar saja "ada keuntungan" semuanya 'lenyap' ibarat ditiup 'taufan ' Begitulah contoh terbaik yang dapat digambarkan bertapa 'lemah"nya "iman" orang Melayu terhadap umpanan "kekayaan atau harta" yang belum tentu dapat dimiliki atau masih lagi diawangan.
Walauapapun terpulanglah kepada Melayu untuk menilainya.
Tetapi apa yang pasti untuk PAU Oktober ini, kedudukan Najib pasti selamat walaupun ada ura-ura Tengku Razaleigh akan 'masuk gelanggang' untuk Jawatan Presiden. Walaupun Najib akan ditentang namun 'kemenangan' tetap dipihaknya juga kerana 'hamparan ekonomi' yang dibuat telah berjaya membalikkan hati 150,000 wakil yang memilih nanti walaupun bukan semua berpihak kepada Najib tetapi melalui jumlah undi yang bakal diterima olih Tengku Razaleigh bakal menyerlahkan bahawa bukan semua ahli 'menyokong Najib" dan nyata 'signal' masih lagi diberikan menandakan 'pucuk kepimpinan' harus berubah sepenuhnya.
Namun begitu untuk jawatan Naib Presiden persaingan agak sengit kerana semua yang ingin menduduki persada jawatan tersebut merupakan mereka-mereka yang telah selesa kedudukan dan kekayaanya. Tetapi yang menyedihkan kebanyakan mereka-mereka yang ingin merebut jawatan ini merupakan bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Mukhriz Mahathir yang sedang menyandang jawatan Menteri Besar .Melalui sejarah silamnya mereka ini didapati bersalah kerana 'politik wang'. Wajibkah mereka ini dipilih? Tidak ada seorang pun dari mereka yang memagang jawatan Naib Presiden ketika ini tidak mempunyai 'kes', semuanya ada masaalah belaka. Tetapi yang paling tidak berkedible semestinya Hishamuddin Hussien.
Walau apapun itu semua pilihan orang UMNO.terserahlah..
Untuk seketika waktu orang Melayu dan UMNO akan terbuai hatinya dek cadangan "Permekasaan Ekonomi Melayu', walau apa pun, rintangan besar yang bakal menghantui UMNO dan kepimpinan UMNO ialah isu' kalimah Allah". Samaada UMNO dan pemimpinnya akan berkeras untuk mempertahankanya atau 'membiarkan' isu tersebut 'diputuskan' olih mahkamah,hanya masa bakal menentukan tetapi keputusan 'sebaliknya' bakal 'menghancurkan' untung nasib dan masa hadapan UMNO serta masa hadapan negara ini.
Untuk itu pemimpinjUMNO dinasihatkan supaya beringat agar ' jangan sampai nasi menjadi bubur".
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment