SALAH KE MELAYU DIBERIKAN HAK NYA?? |
Belum pun seminggu "Pemekasaan Ekonomi Melayu" dilancarkan olih Najib, bagai bertih digoreng, meletup sana meletup sini, begitulah kelancangan serta kepetahan cakap-cakap yang kita dengar terutama dari kaum Cina dan kaum India yang amat tidak berpuas hati terhadap keputusan Najib untuk membalas budi dan jasa orang Melayu.
Perlu diingat , kerana Melayulah Barisan Nasional masih lagi dipersada kuasa untuk tempoh 5 tahun lagi. Dengan alasan 'tidak memperolehi undi popular' dijadikan alasan untuk menafikan hak Melayu dan Bumiputra dari menikmati apa yang sepatutnya dikecapi. Ini adalah sebagai penghargaan serta tanda terima kasih dari Kerajaan kepada orang Melayu dan Bumiputra..
PKR N Surendran
Naib presiden PKR N Surendran melihat Pelan itu sebagai "diskriminasi ekonomi berasaskan kaum". "Pelan ekonomi mengikut kaum ini tidak munasabah, tidak mengikut undang-undang, perlembagaan dan rasis.
Sedarkah mereka ( Cina dan India) bahawa majoriti bangsa mereka telah menolak Barisan Nasional secara terangan dan bersengkokol dengan Parti Pembangkang iaitu PKR,DAP dan PAS untuk menafikan 'kuasa Melayu' terutama UMNO dengan tidak memberikan undi walaupun berbagai 'imbuhan' telah diberikan kepada kaum mereka sebelum PRU 13?
Sedarkah mereka bahawa kaum merekalah yang terlebih mendapat menafaat dari dasar keterbukaan Najib sehinggakan 'Melayu' merasakan bangsanya 'dianaktirikan" olih Najib ataupun Barisan Nasional. Sekiranya Melayu tidak 'menyatukan undi' untuk memilih Barisan Nasional, nescaya Barisan Nasional dan UMNO sekarang ini sudah menjadi pembangkang.
TERESA KOK
"Apa yang menghairankan bukankah sekarang ini merupakan masa tepat bagi Najib memikirkan kepentingan semua kaum di negara ini dan bukan hanya tertumpu kepada bumiputera saja kerana tindakan itu seolah-olah menafikan hak kaum bukan bumiputera sebagai penduduk Malaysia,"
"Apakah maksud DEB ini? Adakah ia polisi yang tidak berakhir kenapa pelan terdahulu gagal yang sekarang ini kononnya akan berjaya? Ekonomi berasaskan satu kaum saja pasti akan membuka lebih dalam jurang perkauman di negara ini," kata Teresa.-
Sedarkah mereka bahawa sekiranya kerusi yang diperuntukan kepada kaum mereka, tidak diberikan undi olih orang melayu dan hanya bergantung kepada undi bangsa mereka , bolih kah wakil mereka menang dan begelar YB? Sepatutnya wakil rakyat bukan Melayu mengucapkan terima kasih kepada orang orang Melayu yang telah memenangkan serta mengekalkan jawatan dan suara meraka .
WEE KA SIONG
"Oleh itu, tidak perlu ada perbezaan kaum dalam prestasi GLC," kata ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, GLC memerlukan sumber tenaga terbaik untuk bersaing di peringkat global dan pandangan yang sempit berasaskan kaum hanya akan menyebabkan syarikat itu ketinggalan.
Sedarkah mereka bahawa Melayu tidak bersikap 'prejudis' terhadap pemimpin bukan Melayu yang mewakili Barisan Nasional tetapi sebaliknya kaum mereka bertindak sebaliknya terhadap calon UMNO. Wajarkah kaum mereka diberikan keutamaan ? Bermula dari zaman Pak Lah sehinggalah Najib mengetuai tampuk kepimpinan, sudah berapa bahyak 'onar' telah dilakukan terhadap 'kebaikan' orang Melayu dan UMNO?
Bermula dengan Hindraff sehinggalah program 'Bersih", semuanya bertujuan menghina pemimpin Melayu UMNO. Berbagai tuduhan dilempar namun Melayu tetap disabarkan olih pemimpin Melayu dari 'mencetuskan huru hara' akibat ketidakpuasanhati serta penghinaan. Sedarkah mereka?.Disebabkan 'kelemahan' sesetengah pemimpin Melayu yang dilihat 'bacul' olih bukan Melayu , maka, meraka berasa tinggi diri dan sombong olih itu mereka merasakan mereka sudah cukup kuat untuk berpakat bagi menidakkan 'kuasa' Melayu pada PRU 13. Namun hasilnya 'memakan' diri mereka sebaliknya.
Alhamdullilah, samaada Najib 'tersedar' akan kesilapanya atau berajenda untuk PAU itu tidak menjadi soal. Yang utama Najib telah bersumpah bahawa ajenda pemerkasaan Ekonomi Melayu adalah keutamaan. Samaada ianya akan bergerak seperti yang dirancang itu semua terserah , tetapi semestinya hasil yang dirancang akan diketahui pelaksanaanya dalam jangkamasa 6 bulan dari sekarang.
Sekiranya apa yang diucapkan olih Najib itu merupakan satu 'mainan kata-kata' atau 'sekadar melepaskan batuk ditangga', itu tidak menjadi persoalan sebab sumpah yang dilafas Najib telah disaksikan olih orang Melayu Islam dari semua lapisan umur , ada yang beriman, ada alim ulama, ada orang miskin, ada anak yatim dan tidak ketinggalan ada diantaranya yang tinggi ilmunya kemungkinan bertaraf 'wali' menjadikan 'sumpah' itu 'bersaksi' , olih itu untuk Najib bersifat "acuh tak acuh ", amat merbahaya kapada diri dan keluarganya..
Olih itu diharap bangsa lain tidak merasa 'dipinggir' kerana apa yang ingin diberikan kepada Melayu adalah 'hak' seperti sepatutnya dan tidak lebih dari itu. Diharap kaum Cina dan India menerima dengan hati yang terbuka dan tidak prejudis terhadap apa yang bakal diterima olih orang Melayu kerana Melayu UMNO 'tidak bersifat mengkhianati pemimpin" sebaliknya hanya pemimpin mengkhianati Melayu UMNO.."
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
antara ucapan najib yg paling best...
ReplyDeletehttp://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/09/najib-buktikan-hari-ini-berterima.html
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
68. Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.
Bahawasanya:
“Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain”.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
69. Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wasiat_Raja-raja_Melayu