Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."QS 31:13.
Hari Raya Haji dikenali juga sebagai 'hari raya korban'. Dan dimusim ini jugalah berduyun-duyun umat Islam yang berada atau yang sewaktu dengannya 'membelanjakan' wang ringgit semata-mata ingin menunaikan ibadah seperti yang dituntut didalam agama kita.
Didalam kegairahan umat Islam di Malaysia untuk menyambut hari tersebut, perlu kita ingatkan bahawa isu ' kalimah Allah" masih lagi belum diputuskan dan kini menunggu penghakiman dari Mahkamah diPuterajaya .
Apa yang dapat dilihat, tiada pergerakan langsung samaada dari Parti Politik mahupun NGO Islam dan bersuara tentang isu ini seolah-olah mengambarkan bahawa 'kalimah Allah" tidak penting dan bukan keutamaan untuk diperjuangkan masa ini sedangkan pihak yang menuntut (Kristian) telah mencanangkan kepenggunaanya terutama baru-baru ini di Pulau Pinang. Haruskan kita diamkan 'pencabulan' ini?.
Untuk menyandarkan harapan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk sama-sama kita mempertahankan 'kalimah Allah ' ini nampaknya bukan lagi 'ajenda' mereka, tambahan pula kini PAS telah menjadi terlebih 'liberal' dari UMNO . Untuk mengharapkan PKR untuk menunjangi atau menjadi 'benteng' utama pertahanan isu 'kalimah Allah" dimana Anwar Ibrahim bertindak sebagai 'Khalifah'nya yang juga merupakan 'ilmuan Islam;' seperti yang dia dakwa , sememangnya tidak bolih diharap ibarat 'jauh panggang dari api", kata, pepatah Melayu Untuk itu bagi umat Islam atau bangsa Melayu untuk menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada kedua orang Pemimpin Parti 'yang didakwa' bertaraf 'khalifah" ini sememangnya tidak bolihlah diharapkan.
Ada juga sosek-sosek suara mengatakan bahawa parti Cap UMNO ini bolih diharapkan untuk dijadikan 'benteng' pertahanan untuk 'kalimah Allah" namun sehingga kini masih belum lagi kedengaran suara-suara pemimpinnya, samada Pemuda ke, Wanita ke, Puteri Ke atau UMNO sendiri , semuanya senyap sunyi . Yang dihebohkan ialah hal pemilihan puaknya , siapa bakal berkuasa dan siapa patut memegang kuasa , yang lain bukan keutamaan masa ini. Hal parti melebihi 'segalanya' walaupun 'kalimah Islam' berkedudukan digelinciran . Walaupun isu ini berpunca dari kelemahanan kepemimpin parti Cap UMNO yang 'bacul'.
Hanya yang lantang bersuara sewaktu 'kes' ini dibentangkan di mahkamah ialah PERKASA. Alhamdullilah , sekurang-kurangnya masih ada juga Pertubuhan yang berasaskan Melayu yang ambil berat dan perihatin dengan 'isu' ini.
Ingin saya bertanya, dimana suara-suara Imam Imam di Malaysia, dimana suara Ustaz-Ustaz, dimana suara Ahli Ahli Jemaah Mesjid dan Surau di Malaysia, dimana suara-suara Tok Guru Pondok, dimana suara Penuntut Unversiti, Penuntut Kolej, dimana suara cendekiawan Melayu, dimana suara Guru-Guru Melayu, dimana suara Bekas Tentera dan Polis Melayu, dimana suara bekas-bekas Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat Melayu, dimana suara Persatuan Usahawan Melayu serta dimana suara Raja-Raja Melayu dan Kerabatnya??? Kenapa semua 'terkatup mulut' dan 'terikat tangan' serta 'terpasung kaki' didalam mempertahankan 'kalimah Allah". Tidakkah mereka sedar bahawa 'kalimah Allah" akan dikorbankan atas nama 'undang-undang Manusia' Sedarkah mereka bahawa malapetaka ini berakibat dari kelalaian manusia yang diberi kuasa sekaligus akan menyebabkan Islam dan Melayu akan 'terkorban maruah dan bangsa' apabila keputusan ini tidak menyebelahi umat Islam.
Sanggupkah tuan tuan mendengarkan nama Allah disebut didalam Gereja dengan menggunakan 'tanda salib"? Sanggupkah tuan puan mendengarkan 'air suci' yang akan diminum olih pengikut Kristian disebut dengan nama Allah berserta tanda salib? Sanggupkah tuan tuan tengok Al Kitab ditulis dengan abjad Allah berlambangkan "salib" dihadapan muka buku? Sanggupkah tuan tuan mendengarkan apabila rakan tuan tuan mengaku Tuhanya adalah Allah sambil memakai salib dilehernya? Sanggupkah kita mendengar ungkapan mengatakan bahawa Allah itu "tiga dalam satu"? Sanggupkah??????
Kepada tuan tuan dan puan-puan, sempena Hari Jumaat yang berkat ini, saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat Malaysia yang beragama Islam agar dapat bersatu bersama-sama mempertahankan 'kalimah Allah" ini dari di'korban'kan olih undang-undang manusia olih Gereja Kristian .
Dan sesungguhnya 'kalimah Allah" adalah 'maruah dan mertabat' umat Islam di Malaysia.Olih itu marilah kita gerakan 'silatulrahim' yang mengikat ini demi Islam yang kita junjung.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Umat Islam tiada pilihan melainkan menolak sekeras kerasnya Kalimah Allah (swt) diguna oleh kafir utk merujuk tuhan tuhan dan ilah ilah mrk yg berbagai bagai dan berbilang bilang, atau terlibat sama meredhai, menyetujui dan menyokong kemusyrikan, na'uzubillah !
ReplyDelete