Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Apa saja isu yang tidak menyebelahi kepentingan kaum Cina akan di'cop' sebagai 'perkauman' olih mereka.. Penghalangan"abu mayat' Chin Peng yang tidak dibenarkan dibawa ke negara ini juga disifatkan sebagai 'perkauman' . Inilah mentaliti kaum Cina sedari dulu hingga kini walaupun mereka berwajah Barisan Nasional tetapi hati tetap 'DAP".
Kepentingan Cina tetap ajenda utama.
MCA kena buka minda dalam soal mengebumikan 'abu mayat Chin Peng' dibumi ini. Bukan kerana isu 'perkauman' seperti yang difikir olih MCA tetapi lebih menjurus kepada 'hak kerakyatan' seseorang, tambahan pula Chin Peng merupakan 'Ketua Parti Komunis Malaya dan telah lari meninggalkan Malaysia berpuluh tahun walaupun dia mendakwa dilahirkan disini . Adakah kita akan mengiktiraf 'pengkhianat' negara untuk diberikan 'keistemewaan"?
Walaupun beberapa Jeneral negara gajah putih menganggap beliau sebagai 'pejuang kemerdekaan' tetapi kepada rakyat Malaysia beliau adalah 'penentang kuasa Raja Raja Melayu"serta "pembunuh anak-anak Melayu"
Perjuangan yang berasaskan penentangan dan peperangan terhadap Kerajaan Berdaulat Malaysia yang dibarisi olih Angkatan Tentera serta Polis DiRaja Malaysia telah meninggalkan seribu 'igauan ngeri' kepada setiap denyut rakyat Malaysia . Berpuluh tahun anak anak Melayu dikerahkan kedalam hutan untuk menentang komunis pimpinan Chin Peng dan beribu anak Melayu gugur diperbatasan dan tidak kurang juga yang mengalami kecacatan kekal. Bolihkah 'kpembunuhan ' yang dilakukan terhadap anggota tentera dan polis yang terdiri dari anak-anak Melayu ini 'dimaafkan' kesalahanya?
Cuba tanya MCA berapa ramai anak bangsanya yang mati diperbatasan yang berjuang atas nama 'Tentera' atau 'Polis" yang mati atau cedera bagi menentang keganasan komunis pimpinan Chin Peng ? Sedarkah MCA bahawa majoriti pengikut komunis yang menentang dan membunuh anggota tentera dan anggota Polis Malaysia adalah terdiri dari kaum mereka? Masihkah MCA ingin menafikan 'hakikat' ini?
Tanya kepada MCA , kaum siapakah yang paling banyak membiayai pergerakan ' komunis'? dan kaum siapakah yang paling banyak membantu memberi 'sumbangan dalam bentuk 'makanan' kepada petualang negara ini? Sebenarnya kita tidak mahu lagi mengungkit perkara yang sudah berlalu tetapi semakin Melayu berdiam diri semakin lantang pula suara kaum Cina 'menekan' orang Melayu ibarat 'menghiris tangan dengan sembilu".
Kini MCA ingin mempertikaikan pula kenapa jenazah Dr Azahari dan Nordin Md Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia? Sedarkah MCA bahawa kedua-dua 'yang dicop' sebagai militan Islam itu adalah rakyat Malaysia yang disahkan 'kerakyatan'nya. Olih itu tiada siapa bolih menafikan 'hak' untuk keluarga mereka mengkebumikan mayat mereka disini. Tambah pula Dr Azahari dan Nordin Md Top bukanlah ancaman besar kepada negara seperti Chin Peng?
Belum ada sejarah tercatat mengatakan Dr Azahari dan Nordin Md Top melancarkan perang gerila terhadap tentera Malaysia ataupun Polis dan belum ada lagi anggota tentera atau Polis Malaysia yang mati dibunuh olih kedua mereka. Olih itu adakah sama tarafnya diantara mereka dengan Chin Peng?
Cuba tanya MCA sudah berapa ramai orang Cina yang mati dibunuh olih Dr Azahari dan Nordin Mad Top? dan sudah berapa banyak rumah rumah kedai atau gedung -gedung perniagaan milik Cina yang pernah dibom olih mereka berdua? dan sudah berapa ramai jutawan Cina yang pernah di'tawan' atau dibunuh olih mereka ini??
Olih itu kewajaran untuk mengaitkan kedudukan' Dr Azahari dan Nordin Md Top dengan Chin Peng adalah berbeza dari banyak sudut dan tidak bolih dijadikan 'alasan' untuk menghalalkan 'abu mayat' Chin Peng untuk disemadikan dibumi ini. Chin Peng tidak pernah berpegang kepada perpatah berbunyi ' dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung" tetapi sebaliknya Chin Peng hanya berpegang kepada 'dimana bumi dipijak disitu Melayu dipancung".
Olih itu kami sebagai anak Melayu yang terkesan dengan perbuatan Chin Peng menyokong penuh kata-kata Perdana Menteri yang tidak mengizinkan aby mayat Chinj Peng dibawa kesini untuk disemadikan kerana 'bumi Malaysia' telah mengharamkan 'manusia bernama 'CHIN PENG'.
Kalau MCA masih lagi membising saya kata ' GO TO HELL'
Sekian.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment