Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Rupanya mereka ini adalah 'musang berbulu ayam'. Itu lah perumpamaan yang dapat disimpulkan kepada dua watak utama yang 'memporak-peranda'kan negara tercinta ini. Seorang bergelar 'ketua Pencadang' dan seorang lagi bergelar 'ketua Pembangkang". Kedua-duanya 'memakai' pakaian Melayu tetapi bukan Melayu didalam 'tindak-tanduk'nya. Apa yang dapat disimpulkan, kedua-duanya adalah 'cerminan' syaitan berwajah manusia yang berlagak seperti ' malaikat' ataupun 'khalifah' untuk rakyat.
Bukannya menghukum mahupun menuduh, tetapi dari 'gerak' bahasa badan dan tindakan telah membuktikan segalanya. Untuk apa umat Melayu masih lagi mengharapkan dua watak ini untuk menjadi 'pejuang' ataupun 'pembela' kepada Melayu mahupun agama Islam adalah jauh sekali. Ketokohan keduanya watak ini adalah kepura-puraan semata-mata demi 'kuasa' dan ''harta'. Jauh sekali untuk menobatkan 'Islam sebagai jalan kehidupan".
Tindak-tanduk watak ini tidak mencerminkan mereka 'mangangkat Islam' sebagai jalan hidup tetapi lebih kepada 'bagaimana' untuk" memenangi undi". Jelas perbuatan yang digambarkan menunjukkan mereka ini sebenarnya 'penyesat agama' ataupun 'merendahkan Islam' dimata bukan Islam. Dengan melakukan pelbagai tindakan yang bertentangan dengan kehendak Islam namun 'mereka tetap melakukan'nya.
Wajarkah dua watak ini dipertahankan? Wajarkah dua watak ini diagungkan? Wajarkah dua watak ini dijadikan 'khalifah'? Hanya yang buta mata hati saja yang 'mengagungkan'nya.
PERSAMAAN DUA HATI LAIN JIWA
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).
KEGEMARAN
SKANDAL YANG TERPALIT
HAMBA SOLIHIN
PEGANGAN
SATU RASA LAIN JIWA
INIKAH PEMIMPIN YANG INGIN MEMIMPIN
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Crystal clear !
ReplyDelete