Saturday, 5 October 2013

KAU JAWAPLAH DEPAN ALLAH..HARI INI MUNGKIN SIHAT...ESOK BELUM TENTU..JANGAN SAMPAI DIDUGA DENGAN YANG DISAYANGI SUDAHLAH!!!

RUMAH BERLUBANG  PAHAT  TUMPUL TETAP  MENYANYI.

SalamunAlaykum

Semenjak keluarnya repot  dari Jabatan Audit Negara, riuh rendah satu Malaya . Bukan hanya debat di Parlimen yang berapi-api tetapi di  kedai kopi  kampung juga 'berasap' membahaskan perkara yang dipertikaikan.  Bagi mereka  yang pro-kerajaan juga didapati  "terkedu' dan terkezut' dengan isu yang didedahkan dan bagi golongan yang agak 'pro-pembangkang' apa lagi, 'macam meriam" lah kata-kata  'nista' dan 'cacian' yang terhambur dari mulut mereka . 

Tetapi bagi mereka yang berada 'diatas pagar' nampaknya mereka juga 'terkesima' dengan salah laku penjawat awam  yang didakwa tetapi kita semua perlu faham bahawa bukan semua keputusan yang dibuat 100% ditangan pegawai bawahan  tetapi kekadang 'arahan dari atas'  samaada dari arahan KSU atau TKSU tetapi kekadang Menteri juga masuk campur inilah yang akan mempengaruhi keputusan. Inilah gejala yang amat dibimbangkan sekiranya tidak dibeteras dan diambil kira .

BENAR !WANG RINGGIT BOLIH MEMBELI KEMEWAHAN DUNIA
TETAPI
BOLIHKAH  DOSA DITEBUS  WANG RINGGIT
                                        
Walaupun sesuatu Projek itu dikata melalui proses Tender terbuka namun ketidakjujuran sesetengah ketua jabatan dan kaki tangan awam juga berlaku 'ketirisan'. "Insider information" atau 'keakraban' seseorang dengan orang dalam selalunya terjadi didalam sistem ini. 

Ketelusan serta 'kerahsiaan' yang dikata 'rahsia' sebenarnya bukan rahsia kepada umum lagi. Segala info atau 'sebut harga siling' selalunya diketahui terlebih dahulu untuk sesuatu 'exercise' dan ada diantara kakitangan Kerajaan ini samada yang bertaraf Ketua atau yang setara selalunya "dibela" olih 'kontraktor atau pembekal'. Disebabkan tiada 'akta' yang 'berkuasa' untuk menangani gejala ini, maka, keberanian anggota Kerajaan menjadikan mereka bertindak melampaui batas dan mereka ini  bolih disifatkan setara dengan  'perangai lanun' apabila wang ringgit dan hadiah disorong  .

Sepatutnya sebagai Jabatan Audit yang 'mengaudit kira-kira' Jabatan atau Kementerian Kerajaan, mereka seharusnya  membuat laporan Polis atau  aduan kepada SPRM  apabila mendapati perbuatan 'salah laku' atau 'perbelanjaan' yang meragukan terjadi dan bukan menunggu untuk 'dilaporkan' ke Parlimen. Sekiranya perkara ini dapat ditangani dengan segera dan tindakan tata tertib dapat dikenakan terhadap 'kaki tangan awam' mahupun 'arahan dari atas' maka , keculasan seperti yang didakwa tidak akan timbul.

Sepatutnya perbelanjaan berlebihan, membeli dengan harga yang tinggi, atau apa saja cubaan untuk 'mengaut' kantung kerajaan dengan jalan mudah wajib dibenteras disemua peringkat. Dengan kemudahan 'internet' yang dikatakan meluas kepenggunaanya dijabatan Kerajaan sepatutnya pembelian 'terlebih harga' tidak terjadi, kerana, semua maklumat atau sebut harga untuk sesuatu barangan amat mudah diperolehi. Olih itu tiada sebab untuk 'jabatan' dikencingkan olih pembekal melainkan perkara itu telah di'atur' untuk kepentingan individu tertentu atau terdapat  imbuhan "timbal balik" yang tersembunyi. Olih itu sebut harga untuk sesuatu barangan perlu diupdate bukan bergantung kepada harga lama.
STROKE
                                               
Nampaknya apa yang berlaku kini, bukanlah perkara baru tetapi 'kesilapan yang dibenar' ini terjadi  berulang-ulang kali dan mungkin 'wang rakyat' yang telah dibazirkan  sudah mencecah ratusan juta ringgit mungkin juga berbillion ringgit . Sekiranya Kerajaan tidak bertindak secukupnya untuk membenteras gejala ini terhadap 'sipelaku"maka 'tiada' gunanya 'Jabatan Audit" ditubuhkan dan tiada gunanya  'SPRM diadakan, kerana 'tiada kuasa'  dan akhirnya semua ini akan  menghabiskan duit rakyat.

ANDA TERINGIN UNTUK JADI BEGINI??
                                
Kalau macam inilah pengakhirannya 'duit rakyat' atau 'hak negara ' yang ditakbir atau yang diamanahkan kepada individu-individu yang mentadbir Kerajaan tidak diadili dengan sepenuhhati atau 'beramanah' maka tunggulah balasan dari  Tuhan Yang Esa . Sekiranya hasil yang kekayaan diperolehi  yang datang bukan dari jalan 'halal' maka tunggulah  harinya. 

DIABETIC
                                              

Kini Tuhan tidak 'melewatkan' balasannya terhadap manusia, ketahuilah,  apabila datangnya 'penyakit' menimpa diri, apabila diduga dengan yang disayang' janganlah menyesali diri kerana semua itu adalah 'balasan' diatas 'perbuatan' diri sendiri yang dimurkai Allah SWT. 

JANGAN SAMPAI YANG DISAYANG MELALUI KEADAAN INI
                                                    
Jangan beranggapan bahawa 'duit yang diperolehi  dengan jalan haram' itu bolih menebus kesalahan diri sendiri walaupun 1000 kali umrah atau pun 1000 kali Haji. Tiada 'wang ringgit' didunia yang bolih menebus 'dosa manusia' Beringatlah..selagi.masa masih ada..esok belum tentu..

                                                    Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

.




No comments:

Post a Comment