Tuesday, 1 October 2013

PERJALANAN MENUJU HAKIKAT SEBAGAI INSAN

ADAKAH PERJALANAN ANDA 'TERHENTI'?


                                                      Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

3-92: Sekali-kali kamu tidak akan mencapai (hakikat) kebaikan sehinggalah kamu menafkahkan sebahagian daripada harta yang kamu sayangi. Dan apa jua kamu nafkahkan, maka Allah mengetahuinya.

3-96: Sesungguhnya rumah yang mula-mula didirikan untuk manusia ialah yang di Bakkah (Makkah) itu, sebagai (rumah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi isi alam.

3-97: Di sana ada ayat-ayat (tanda-tanda) yang nyata; makam (tempat berdiri) Ibrahim. Dan sesiapa memasukinya amanlah dia. Dan kerana Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji ke rumah (Baytu’llah) itu, (iaitu bagi) mereka yang mampu melakukan perjalanan ke sana. Dan sesiapa kufur (mengingkari kewajipan haji itu), maka sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.

                                                      ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment