Monday, 7 October 2013

THE PROMISED LAND : BAHAGIAN TIGA: KEBENARAN 'YANG 'TERSELINDUNG " DALAM AL QURAN

 KEDATANGAN  YANG DITUNGGU  SEMAKIN  NYATA
PERSAMAAN  : DIANTARA PENUNGGUAN BANGSA YAHUDI DAN ISLAM
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Bumi yang kita diami ini dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu tetapi diera Kesultanan Melaka hanya negeri Melaka saja yang amat dikenali diTanah Melayu ini. Sewaktu pemerintahan Sultan Melaka hanya daerah yang berdekatan saja seperti Linggi, Sg Ujong dan Rembau saja yang dikenali dan selalu berurusan dengan Kerajaan Melaka dan terdapat sejarah mengatakan bahawa Bendahara Tun Perak juga telah sampai dan menjejakan kakinya di Linggi iaitu daerah yang bersempadanan dengan negeri Melaka. 

Sehingga kini perairan dan kuasa Bukit Recardo yang terletak di Port Dickson masih lagi dibawah kekuasaan Kerajaan Melaka  dan begitulah akrab dan terkaitnya diantara Melaka dengan Negeri Sembilan  yang diibaratkan seperti isi dengan kuku.

Dengan bermulanya sejarah Kesultanan Melaka,  maka bermulalah  era permulaan kerajaan Melayu dibumi ini. Di utara , Kerajaan Kedah  bermula dengan pegangan 'Hindu" tetapi pada akhirnya Kesultanan  Kedah juga akur dengan Islam dan seluruh keturunan Raja Melayu Kedah menganut  Islam. Inilah keajaiban kedua yang berlaku dibumi Melayu apabila 'Islam' menjengah' . Masihkah lagi terdapat keraguan tentang 'keramah' negeri berbentuk" jantung "ini.

Untuk merencahkan lagi 'kenikmatan' pembongkaran ini, masihkah kita ingat lagi tentang kisah Nabi Sulaiman yang berkahwin dengan Puteri Balkish puteri Jin? Dibawah ini dinyatakan Firman Allah SWT mengenai Nabi Sulaiman :-.

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.
(Saba' 34:12) 

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
(Saba' 34:13) 

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.
(Saba' 34:14) 

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
(Saba' 34:15) 

Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
(Saba' 34:16)  
                                   

."Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
(An-Naml 27:23)                    

 Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

(An-Naml 27:24) 

Masih ingatkah kita terhadap  cerita mulut kemulut tentang kisah Sultan Melaka  yang berkeinginan untuk meminang  Puteri Gunung Ledang? Bermacam-macam permintaan 'diluar kemampuan  manusia yang dipohon dan kesemua itu dipersetujui olih Raja Melaka hanya 'secupak darah' anakandanya saja yang Sultan  Melaka  gagal tunaikan. Tetapi apa benarkah Raja Melaka berjaya menyediakan apa yang diminta? Atau adakah ini satu cerita dongengan untuk rakyat? Permintaan  Puteri itu tidak menghairankan tetapi siapakah dia 'watak yang mengaku Puteri Gunung Ledang itu". Inilah yang dicuba untuk dipecahkan.

Nabi Sulaiman sudah beribu tahun dibelakang kita tetapi isteri beliau yang bernama Puteri Balkish yang sememangnya berasal dari bangsa Jin, masihkah 'watak ini wujud" didunianya? Atau berkemungkinan setelah kewafatan baginda Nabi Sulaiman 'isteri' beliau ini telah pergi jauh meninggalkan bumi asalnya kerana puteranya bersama Nabi Sulaiman  menemui ajal ? 

Adakah Puteri Balkish itu watak yang sama dengan Puteri Gunung Ledang? Mitos penceritaan  'watak Puteri Bunyian yang bernama Puteri Gunung Ledang ' ini hanya 'terdapat di Malaysia" saja. Kenapa nama bunyian itu disinonimkan dengan Gunung Ledang. Semua ini akan cuba dirungkai satu persatu.

Kenapa didalam Firman Allah SWT berhubung kisah Nabi Sulaiman disebut secara nyata 'pohon Bidara" seperti ayat diatas.:-

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas,dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak,. al-Waqi’ah (56) : 27-32

Didalam pantun Melayu juga terdapat  bait bait yang menggunakan perkataan "bidara":-

                                         nasi lemak buah bidara,
                                         sayang selasih hamba lurutkan,
                                         buang emak buang saudara,
                                         kerana kasih aku turutkan.

                     Tetapi bait pantun ini amat terkait dengan Puteri Balkish  kerana
                     kasihnya terhadap nabi Sulaiman maka beliau sanggup meninggalkan
                     singgahsananya serta sanak saudaranya hanya kerana kasih terhadap Allah SWT                            dan suaminya Nabi Sulaiman


Sidrotul Muntaha adalah sebuah pohon sidr/ sidroh/ bidara yang menandai akhir langit ke tujuh, sebuah tempat  dimana makluk Allah  tidak akan dapat sampai kepadanya.

Berasal dari kata Sidroh dan Muntaha.

Sidroh bererti  pohon bidara.
Muntaha bererti  tempat berkesudahan (puncak ketinggian).
Sidrotul muntaha berarti pohon bidara tempat berkesudahan (pohon bidara sebagai puncak ketinggian langit ke tujuh).

Disebut demikian karena tempat ini tidak termampu manusia  sampai kepadanya  dan merupakan tempat diputuskannya segala urusan yang naik dari dunia di bawahnya maupun segala perkara yang turun dari atasnya.


Sidrotul muntaha digambarkan sebagai pohon bidara yang sangat besar, tumbuh mulai langit keenam hingga langit ke tujuh.


Terdapat banyak Firman Allah SWT mengambarkan tentang buah bidara. Kenapa? Apakah yang ingin Allah SWT 'tunjukkan' kepada manusia tentang 'kemuslihatan'nya tentang negeri kedatangan 'watak akhir zaman"? Apa hubung kaitnya diantara 'watak akhir zaman' dengan kisah Nabi Sulaiman? Dan kenapa pohon bidara terbesar berada disitu.

Kenapa bangsa Yahudi mengorek tanah dibawah Mesjidil Aqsa seolah-olah ingin meruntuhkanya? Tidakkah Yahudi ingin membangunkan Haikal Sulaiman untuk "menatang" atau 'menerima' kedatangan 'watak' yang dinantikan . Tetapi apa benarkah penantian mereka itu? Siapakah yang sebenarnya yang mereka 'nantikan"?Adakah Isa Putera Mariam yang mereka tunggu?

Tetapi kenapa Allah SWT 'melindungi' tempat 'zahir'nya watak yang dinantikan ini? Apakah dengan 'ungkapan berupa kiasan atau Allah SWT  'menginginkan' manusia sendiri  'menggali' rahsia tersebut? Tetapi bagi yang terang mata hati , saya kira, anda sudah nampak akan 'kaitannya' diantara penungguan Yahudi dan Islam terhadap watak ini dan pengkisahan Nabi Sulaiman 'terkait' secara langsung untuk prasa terakhir ini.?

Menguatkan lagi melalui peristiwa Isra Mikraj dimana Rasullulah s..a.w telah naik ke Sidratul Muntaha  untuk bertemu Allah SWT. Dan Sidratul Muntaha juga  membawa erti ' pohon bidara tempat kesudahan atau tempat tertinggi". Apakah yang diertikan dengan :-
"pohon bidara" dan ; tempat kesudahan' dengan watak yang dinanti?

                                                             .....bersambung....
                                                      Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
























No comments:

Post a Comment