MELAYU MIM BAKAL TERJULANG ATAS "AJENDA" KEBANGKITAN KEPULANGAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Beratus tahun 'kalimah Allah' terpahat dihati umat Melayu ditanah ini.. Walau ribut datang melanda,namun 'tiada satu kuasa dapat 'menghalang'. Bergenerasi silih berganti namun kesinambungannya tetap bertalian tiada terputus. Tetapi sejak 'negara' diterajui olih 'rakyat' dan kuasa tidak lagi berpusat kepada 'Raja' sejak 57tahun dahulu maka kini 'kalimah Allah' mula dipertikaikan kepenggunaan hanya kepada orang Melayu .
Dugaan besar kini dihadapi olih bangsa yang 'mengaku Melayu', Perdebatan didalam 'mahkamah' dan undang-undang manusia kini bakal 'menetapkan' keputusan pada 14hb Oktober 2013 iaitu sehari sebelum umat Islam didunia 'melakukan ibadah Haji".Sama ada keputusan ini akan dimuktamadkan pada hari tersebut atau sebaliknya hanya akan diketahui pada penghujung hari tersebut.
Dikala 'kalimah Allah' berada dipersimpangan, perkumpulan rakyat yang menamakan diri mereka UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sedang rancak mengadakan pemilihan untuk pertubuhannya. Parti yang dikata berjuang duatas landasan bangsa Melayu dan Islam nampaknya masih 'terbelenggu diri' dari mempertahankan maruah yang sedang dicemar. Tiada kelantangan suara mereka membantah 'percubaan' ini.
Sebuah lagi perkumpulan Melayu yang dianggotai 100% melayu ialah PAS. Melayu PAS rata-rata dianggotai olih kumpulan Melayu yang mengaku diri mereka mengikut 'Islam sebenar' juga dingin untuk menyahut 'cadaran' ini dan terdapat perbalahan juga dikalangan mereka yang 'mengizinkan' agar 'kebenaran' kepengguaan ini di'benarkan' kepada Kristian.
Olih itu sifat 'menjaga kalimah' Allah tidaklah didukong atau dijunjung seperti sepatutnya olih dua perkumpulan ini dan amat nyata sekali bahawa 'Islam' hanya digunakan semata-mata untuk kepentingan 'politik' diri mereka didalam mencapai cita-cita.
Sekiranya ini adalah "pengakhiran ekslusif " buat bangsa Melayu menggunakan kalimah Allah, maka tiada apa lagi yang dapat dipertahankan atau diperjuangkan olih 'orang yang bernama ahli politik' kerana ' kejayaan' mereka 'melelong kalimah Allah" kepada manusia yang mempersekutukan Allah bakal beroleh kejayaan.
Apa yang dapat ditaksirkan. tiada sifat berkobar yang ditunjukkan olih 'umat melayu' keseluruhannya didalam 'memprotes' kepenggunaan kalimah ini. Sifat sayang agama atau sifat 'menjaga' kesucian kalimah Allah SWT tidak terserlah pada diri bangsa melayu lagi hanya segelintir saja yang 'sanggup' bersusah payah. Walaupun segelintir mereka ini berjuang kerana 'ajenda' tetapi itu sudah memadai.
Sifat Melayu dan Islam sejati tidak lagi terserlah dalam diri bangsa Melayu , semuanya telah tergadai kearah 'keuntungan dunia' .Kepentingan menjaga 'kesucian Islam" bukan lagi keutamaan dan kepentingan Islam bagi mereka hanya sampingan semata.
Jati diri bangsa Melayu sudah tergadai begitu juga 'kecintaan' terhadap Islam juga sudah 'terlalai'.
Siapa bakal meneraju Melayu dibumi 'yang dijanji' ini?
ikhlas dari : Cahaya Al Majid
apa kata abg tulis penulisan sampingan sempena musim haji ni,
ReplyDeleteterang apa itu kiblat, kaabah, haji. ramai yang masih tak tau
kalau di negara luar dah lama habis dah makhluk2 yg tahap kurang ajar nih tak seperti disini di negeri tanah tua.
ReplyDeletebangsa tua ni amat suka bermain jiwa,tak kiralah bangsa apapun yg datang mempermainkan kepala! akan dilayannya sebaik mungkin (sehingga ketahap yg tak terfikir dek bangsa lain)..tapi..tunggulah sehingga tercuitnya 'main switch' barulah orang asing itu tahu tinggi rendahnya langit tempat mereka menumpang berak kencing nih.
tunggulah kejap lagi..tak lama dah..