Wednesday, 6 November 2013

KETETAPAN YANG PERLU KITA JIHADKAN

KETETAPAN NAJIB SAYA SOKONG SEPENUH HATI
TETAPI...


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim



Apa yang diluahkan olih Najib itulah yang akan aku pegang tanpa 'goyang' walaupun bumi ini digegar 'gempa bumi " berskala 10.0. Itu janji saya.



Bersandarkan dari apa yang diluahkan olih Najib untuk mempertahankan 'kalimah Allah" hanya untuk umat Islam, sememangnya saya sokong walaupun terpaksa 'mengorbankan' perasaan tidak 'menyukai' beliau. Apabila Najib menyatakan bahawa beliau akan mempertahankan 'kalimah Allah" perasaan tidak 'menyukai' beliau 'terhapus' seperti terbangnya debu-debu diatas meja dan begitulah meluapnya kegembiraan dihati apabila ketua negara 'melafaskan'  serta menyedarai akan kepentingan  dan  ini merupakan satu "injekkan" moral  kepada orang Melayu dan Islam untuk terus 'berjihad' demi kalimah ini.



Ketegasan yang dinanti-nantikan olih orang melayu dari seorang pemimpin tertinggi negara amat dinanti-nantikan olih segenap lapisan masyarakat Islam. Kini umat Islam dan Melayu dinegara ini bolih menghela lafas lega apabila Najib 'menetapkan kakinya ke bumi' demi maruah dan martabat umat Islam di Malaysia. Sekurang-kurang umat Islam di Malaysia bolih mengharapkan 'sedikit' cahaya dari pemerintahanya berhubung 'pencerobohan terhormat' ini.. 


Kini telah dapat dilihat akan ketegasan Najib yang mewakili UMNO dalam isu 'kalimah Allah". Apa yang kita nantikan ialah ketetapan Presiden Pas. Adakah beliau akan 'menetapkan' pendiriannya yang sealiran dengan kehendak DAP mahupun PKR atau berdiri bersama-sama Najib 'berjuang' untuk 'maruah dan mertabat' orang Melayu dan Islam di Malaysia?

Sokongan saya terhadap kepimpinan negara terhadap 'isu' ini adalah teguh dan tidak berbelah bagi tetapi untuk isu yang lain , pendirian saya tetap sama, 'kebenaran tetap dijunjung' dan 'kebathilan tetap' saya sanggah..

                                        "Benar tetap benar dan salah tetap salah"

                                                ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



Najib vows to defend use of Allah as exclusive to Muslims

Putrajaya has pledged to defend the use of the word Allah as the exclusive right of Muslims, even as the debate continued following the October 14 Court of Appeal ruling banning the use of the word in a Catholic weekly.

No comments:

Post a Comment