Saturday 23 November 2013

THE PROMISED LAND :INILAH ISLAM YANG DIPELUK ATAU ISLAM ANUTAN MELAYU DAH LAPUK ??

YANG MANA SATU ISLAM YANG ANDA  FAHAMI
                          Islam sebenar adalah  agama penyatuan tetapi di Malaysia Islam adalah alat
                                                             perpecahan dan perbezaan
                                                                       Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Titik pertemuan yang dicita untuk menyatukan'kefahaman Islam sebenar'  dinegara ini nampaknya ibarat 'menunggu buah yang tidak gugur'.
Selagi hati dan pemikiran semua pemimpin Melayu masih berpaksikan kepada 'kuasa' serta ' harta' dan membelakangi suruhan Al Quran dan Sunnah selagi itulah perbezaan akan berpanjangan.
Sinar yang diterangi olih Maha Pencipta tidak dijadikan 'unggun' untuk penyatuan ummah. Kalimah yang diucap serta kiblat yang dihadap tidak berjaya 'membalik'kan hati.
Kematian yang diziarahi tidak berjaya melembutkan hati dan jiwa untuk berkasih sayang seperti yang dituntut.
Tawaf yang dilakukan berulang-ulang gagal membersihkan jiwa-jiwa yang terangsang.
Ungkapan yang dilafas dihadapan Ka'abah untuk membesarkan Tuhan Semasta Alam hanya sekadar bermain dibibir.
 Kasih sayang yang dijanjikan Allah SWT tidak dijadikan 'taruhan' .

Azan silih berganti, solat berkali-kali,bersedekah berkali-kali,menjadi Imam berpuluh kali, bersyarah sampai kepagi, solat taubat setiap hari, bersyahadah berulang kali, melawat kematian berkali-kali, berpuasa berpuluh hari tetapi bercakap bohong tidak berhenti-henti. Agama apakah yang dianuti? Adakah ini Islam yang dipelajari? Atau Islam yang 'gah'kah?

Mesjid beratus-ratus, surau beribu-ribu, ceramah merata negeri, ustaz bertukar ganti, mengaji berulang-ulang , ada yang berlagu ada yang mendatar ada yang tersekat-sekat, setiap Jumaat penuh seluruh ruang mesjid, tong sedekah melimpah ruah, fakir miskin belakang kampung hidup kebulur, anak yatim mengikat perut tetapi wang zakat berjuta, bangunan bertingkat-tingkat, Pegawai bertugas 'songkok dan kopiah menutup kepala ibarat manusia hidup penuh keimanan tetapi amanah dan tanggungjawap semua terlepas pandang.

Kaum wanita berlitup penuh, selendang atau tudung menjela menutup dada tetapi malangnya mulut ibarat bertih, mengumpat, mengata, mengeji dan sebagainya. Pakaian mengalahkan Arab perangai mengalahkan Yahudi. Iri hati, dengki, dan bermuka-muka mainan diri. Islam bentuk apa yang dianuti?

Liltan serban berjela-jela, pakaian berjubah labuh ada yang bersongkok dan ada yang berkopiah, menjaja Islam sana sini, kau salah, kau tak betul , kau sesat,Islam kau tak betul, Islam kau tak ikut syariat dan bermacam-macam lagi tetapi hakikatnya semuanya 'silap mata', pengetahuan yang dimiliki semuanya menjurus untuk  perpecahan dan perbezaan..

Bagi yang 'kurang otak' dan tak mahu berfikir dan sekadar 'mempercayai' apa orang lain kata, orang lain bersyarah dan orang lain ceramahkan semua ditelan bulat-bulat tanpa tapisan. Otak yang ada tidak digunakan untuk berfikir sebaliknya 'dijeruk' semata-mata untuk 'berselisih. 

Pembohong, pombongak ,penipu dipuji diangkat, diberikan 'status',  kekayaan melimpah ruah menjadi hamparan, keborosan, maksiat agama menjadi permainan, itulah pandangan masyarakat , mengangkat manusia yang bukan hak sebagai 'sandaran', yang berilmu, yang beramal diketepikan. Islam yang diangkat hanya Islam dongengan ciptaan 'nafsu syaitan' yang bermatlamat 'keduniaan' .

Yang mengaku tuhan pun ada, yang mengaku nabi pun ada yang mengaku wali pun ada, semuanya ada belaka. Yang mengaku ulama ada, yang mengaku ustaz pun ada yang mengaku guru pun berlambak juga. Apa yang di'dagangkan' semuanya ' kata-kata Allah SWT' dan 'kata-kata Nabi".'Islam' konon, semuanya tahu belaka, semua pandai belaka, semuanya 'sohih' belaka. Tetapi dalam rumah sendiri tugasan 'khalifah' pun gagal. Macammana nak contohkan diri kepada orang lain. Cakap lain buat lain.

Tuduh sana, tuduh sini, fitnah sana fitnah sini, cucuk sana cucuk sini, tipu sana tipu sini, curi sana curi sini, watak diri macam orang alim, macam orang tidak buat salah,seolah-olah apa yang dilakukan tidak akan diperhitungkan olih Tuhan, dengan alasan pergi Mekah buat Haji atau Umrah semua bolih cuci, begitu senang pemikiran, ibarat memadam tulisan dengan ''rubber'.

                                                       Inilah umat Islam kini.

                                               ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments: