Wednesday 20 November 2013

THE PROMISED LAND :- JAWAPAN YANG MEMBODOHKARAKYAT?? KERANA ROSMAH PELABUR DATANG?? BIAR BETUL!!

KALAU ROSMAH TERNYATA HEBAT DAN BERDAYA MEMBAWA PELABUR LUAR
KENAPA PERLU MEMBELANJAKAN RM 7,200,000,000.00
UNTUK ' CON SULTAN'?
APA RASIONALNYA JAWAPAN SAHIDAN NI??
                                 
SalamunAlaykum.
Adakah kedatangan pelabur kedalam kenegara kerana 'Rosmah'? Biar betul Sahidan!!! Atau adakah kerana kita benci Rosmah maka pelabur akan menjauhkan diri. Itu yang difaham melalui kata-kata Sahidan.
Sahidan kata 'beliau telah membina negara in" adakah kata-kata ini ditujukan kepada Rosmah?Sahidan sila buka mata, sejak bila pulak Rosmah membina negara'? Bina dari segi apa?
Rosmah dijemput untuk bincang 'banyak' perkara' kata Sahidan. Siapa berkuasa ni? Najib ke Rosmah atau menteri tetapi kalau pemergian 'atas 'urusan Kerajaan, maknanya, itu satu kesilapan ,tiada "merit' langsung . Kalau nak cerita pasal business pun, Rosmah bukannya 'ahli perniagaan bertaraf 'Forbes'tetapi kekayaan bertaraf 'forbes', mungkin la.
Yang tidak masuk diakal, tiada seorang Menteri kanan Malaysia pun yang pergi kecuali Sharizat, itupun tak pasti dari Kementerian mana dan Menteri apa.
Pemergian Rosmah ke Qatar tak lebih seperti 'rombongan Cik  kiah'.
Ngabihan duit rakyat yo!!!


 Rosmah di pertahankan!! 

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah ‘tidak adil’ kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim (gambar) hari ini.
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.
“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.
“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."
Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.
“Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.
“Beliau telah membina negara ini,” katanya.
Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang ‘banyak perkara’.
“Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri.
“Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab,” katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen.
Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.
Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.
Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet. – 20 November, 2013.

No comments:

Post a Comment