Tuesday 19 November 2013

THE PROMISED LAND :-KEGUSARAN BANGSA MEEM :

HATI BANGSA MEEM DIHIRIS. MAMPUKAH
UMNO MEMPERTAHANKAN  HAK MILIK BANGSA MEEM?
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Semenjak negara ini diambil alih kepimpinannya dari seorang yang dikata amat baik budi perkerti serta berilmu , iaitu Abdullah Ahmad Badawi yang dikata 'lemah' dan tidak berupaya untuk mentadbir negara telah digesa olih rakan dalam partinya sendiri untuk berundur. Akur dengan desakan dan tekanan dari pelbagai pihak maka kepimpinan Negara diserahkan kepada Najib Razak iaitu Timbalannya.

Bermula dari tahun 2009 bermulalah era Najib iaitu anak sulung kepada Tun Abd Razak, Perdana Menteri kedua negara mengetuai kepimpinan pemerintahan . Atas 'merit' dan 'keupayaan' apa beliau menyarung 'jawatan PM" tidaklah diketahui kemungkinan  'merit'nya sebagai orang nombor dua dalam UMNO itulah yang 'memberikan dia lesen' untuk jawatan tersebut. 

Kalau dilihat dari segi penerimaan mungkin beliau bukanlah 'favourit' dikalangan rakyat untuk menyarung 'jawatan' itu. Walauapapun , itulah hakikatnya. Dengan mengharapkan bahawa kepimpinan Najib akan merubah langskap politik serta sosio ekonomi serta meningkat ekonomi negara dan membela nasib rakyat nampaknya...tidak seperti apa yang diharapkan.

Didalam era kepimpinan Najib yang singkat ini bermacam-macam 'onar" berlaku.. 

i. . Dari segi politik , pada PRU 13 kepimpinan Najib menang kerusi majoriti tetapi disegi undi popular ,  undi rakyat  untuk kepimpinannya 'kecundang'.
ii. Dari segi sokongan rakyat berbilang bangsa, undi terpecah diantara kaum Melayu dan kaum lain
iii. Dari segi agama, peningkatan 'menghina dan mencaci' agama Islam semakin menjadi-jadi
iv. Dari segi ekonomi negara, peningkatan perbelanjaan semakin ketara. Ekonomi semakin menguncup. Ringgit semakin lemah. Hutang negara semakin meningkat. Perbelanjaan semakin meningkat. Kecuaian dan salah laku 'perbelanjaan' semakin membimbangkan. Subsidi mula dikurangkan. Yang membimbangkan 'ajensi' kerajaan mula diurus tabir dan ditentukan olih ' konsultan'. 
v.kuasa 'veto' hanya terletak kepada Najib dan bukan lagi 'rakyat'.
vi. pemimpin kerajaan 'mengikut telunjuk'(ampu bodek)
vii.penyalahan gunaan 'wang rakyat' semakin ketara.
viii. pencerobohonan Tentera Sulu dan mengucarkacirkan kententeraman rakyat.
ix. kebanjiran warga asing serta jenayah berat  yang dilakukan semakin meningkat
x. pemilikan kerakyatan palsu olih pendatang semakin tidak terkawal.

Diatas adalah diantara beberapa perkara pokok yang gagal diurus dengan baik olih Najib. Kini kelantangan suara kaum bukan majoriti semakin lantang dan berbisa. Rakyat mula membuka mata diatas 'kecurangan' kepimpinan.

Samaada Melayu akan terus membela UMNO atau pemimpin Melayu untuk masa akan datang, semuanya bergantung diatas kebijaksanaan pemimpin. Tetapi sekiranya nasib Melayu dilihat semakin terhimpit dan menyusahkan rakyat bawahan, nescaya, PRU 14 adalah penamatnya kuasa UMNO dan Melayu.

Keberanian untuk berubah pasti mendatangkan hasil tetapi sekiranya tidak berubah maka jangkahayat UMNO dan pemerintah Melayu pasti berlaku pada PRU 14. 

                                        Kedudukan melayu semakin getir
                                           ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



1 comment:

  1. pak lah boleh buat kerja tapi orang suka hina dia, depa suka buat kalut kesian pak lah bagi la masa dekat dia...
    orang yang bertanggungjawab pada zaman la ni memang tak ada tempat, kena hina la kena lucut jawatan la, yang tak reti jaga tanggungjawab pulak duduk atas, lol pa kejadah?

    ReplyDelete