Monday, 18 November 2013

THE PROMISED LAND : JPM AKUI KAKI TANGAN KERAJAAN 'TIDAK BEROTAK'.

PENJAWAT AWAM TAK SETARAF CEO YANG DILANTIK  NAJIB
KSN DAN SEMUA KSU DAN YANG SETARA DENGANNYA
BEROTAK "LEMBU " SEBAB TU DIBAYAR  RENDAH
BERBANDING 'PILIHAN NAJIB"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Tiada kata-kata untuk membayangkan 'percaturan untuk melingkup" kan wang rakyat olih Kepimpinan Kerajaan Najib. Samaada Najib yang bengap atau barisan kabinetnya yang bengap tetapi dimata 'pencinta" kepimpinan Najib semua perbelanjaan itu 'ok" seperti kata Sahidan Kassim bagi menjawap 'persoalan' memuncaknya bayaran untuk ' kon-sultan' pilihan Najib. Secara tidak langsung kepimpinan Najib 'menganggap' Kakitangan kerajaan yang ada kini, semunya ' berotak udang' atau tidak bolih pakai serta tidak layak diberikan 'imbuhan' tinggi..

                                   NAJIB MENGHINA OTAK PENJAWAT AWAM

\KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyangkal dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bahawa peningkatan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah disebabkan oleh pembayaran gaji beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di beberapa agensi di bawah JPM.
Beliau berkata,  peningkatan perbelanjaan itu bukan disebabkan oleh pembayaran gaji yang tidak munasabah hingga menyebabkan peningkatan peruntukan hingga RM2 bilion.

“Kalau gaji tidak munasabah itu kita boleh jawab. Tapi kalau peningkatan (peruntukan) disebabkan oleh gaji CEO tidak betul.

“Takkan pembayaran gaji CEO itu menyebabkan kenaikan hingga RM2 bilion. Kenaikan itu pastinya ada sebab-sebab lain,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen semalam.

Ditanya mengenai penubuhan beberapa agensi baharu di bawah Bajet 2014 yang dilihat berperanan sama dengan agensi sebelumnya, Shahidan berkata, ada keperluan agensi itu ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Masing-masing ada keperluan. Sudah pasti kita akan elakkan pertindihan tugas antara agensi,” katanya.

Sebelum itu, Ong Kian Ming (DAP-Serdang) mendakwa pembayaran gaji lebih tinggi kepada penjawat kontrak JPM adalah faktor perbelanjaan kerajaan meningkat sebanyak 13 peratus pada 2014.

Kian Ming mendakwa, kos perbelanjaan dan peruntukan JPM naik dari RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.

Menurutnya, peningkatan ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah keseluruhan Bajet 2014 bertambah dari RM250 bilion bagi 2013 kepada RM264 bilion, 2014.

“Salah satu sebab kenapa pertambahan ini berlaku kerana banyak penjawat kontrak di bawah JPM yang menerima gaji jauh lebih tinggi daripada penjawat awam sama taraf.

“Saya bagi contoh gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia (AIM) RM830,500 setahun. Apabila dibahagikan pembayaran bulanan dianggarkan menerima RM69,000,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah mendapat jawapan daripada JPM berhubung jumlah gaji tiga CEO agensi kontrak di bawah JPM iaitu AIM, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan TalentCorp.

Kelmarin, Kian Ming membangkitkan isu kegagalan Kerajaan Persekutuan mengawal kos perbelanjaan dalam perbahasan Bajet 2014.

Beliau berkata, bagi penjawat awam pembayaran gaji paling tinggi dilakukan adalah kepada Ketua Setiausaha Negara yang menerima gaji bulanan RM23,577 iaitu lebih rendah daripada CEO agensi kontrak di bawah JPM.

“CEO SPAD difahamkan dibayar RM480,000 setahun iaitu RM40,000 sebulan ditambah elaun RM162,000 dan bonus RM60,000 menjadikan jumlah setahun yang diperoleh RM622, 000.

“Manakala, CEO TalentCorp menerima gaji sebulan RM30,000 dan elaun kereta RM5,000 menjadikan gaji setahun RM420,000,” katanya.

Kian Ming mendakwa, staf kontrak agensi lain di bawah JPM turut dibayar gaji lebih tinggi daripada penjawat awam yang sama taraf dengan mereka.

Beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mengurangkan perbelanjaan ini termasuk menghentikan mewujudkan agensi kontrak baru seperti Agensi Yayasan Hijau di mana fungsinya telah ada dalam AIM.

                                          ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment