Saturday, 14 December 2013

THE PROMISED LAND :- CALON CALON YANG AKAN DIBERIKAN KERAKYATAN

DAN BERAPA RAMAI WARGA ASING TELAH DIBERIKAN
TARAF KERAKYATAN OLIH KDN??


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kerajaan Malaysia amat bermurah hati didalam memberikan kerakyatan kepada warga asing. Berperinsipkan 'menikahi' warga tempatan, maka, kemudahan untuk mendapatkan 'taraf pemestautin tetap' serta 'peluang' untuk menjadi 'warganegara' amatlah cerah, ditambah sekiranya mempunyai 'line'.Tanpa mengira latar belakang atau tahap pelajaran, semuanya diterima asalkan telah mediami negara ini bagi tempoh tertentu.

Kalau diSabah dan Sarawak kebanyakannya diberikan kepada warga  Indonesia dan Filipina dan China  tidak terkecuali rakyat  Bangladash Pakistan, India, Arab, Myanmar, Vietnam dan dari Tanah Besar China dan mungkin calon terbaru dari kaum  'awang hitam'' telah diberikan atau ditimbang untuk 'kerakyatan'. Entah atas kapasiti apa mereka-mereka ini akan diberikan 'hak kerakyatan' sekali gus 'berhak mengundi' serta menikmati segala 'keistemewaan' amatlah keterlaluan

Kini diserata pelusok negara ini dibanjiri olih 'warga asing' samada yang datang secara 'halal' mahupun 'haram' amat menyakitkan mata dan membuatkan orang tempatan berasa 'terancam' keselamatan. Warga-warga asing ini yang selalunya 'berkumpulan'selalunya mendatangkan 'kemudaratan' kepada masyarakat keliling. Sifat kurang ajar dan tidak tahu menghormati warga tempatan amat dikesali perlakuanya.

Sampai bila negara ini akan dibanjiri dengan pendatang tidak dapat dipastikan dan melalui data-data yang dibentangkan di Parlimen terdapat lebih 40,000 kes pendatang yang masuk dan melepasi 'tempoh' berkeliaran diserata pelosok. Ini yang membimbangkan. Terdapat lebih ramai bilangannya terdiri dari warga India dan China yang 'hilang' tanpa kesan dibumi Malaysia..

Sebelum ini terdapat bermacam-mcam salahlaku yang dilakukan olih 'warga asing' dinegara ini termasuklah merompak, membunuh, pengadar dadah, pelacur dan sebagainya. Namun disebabkan kelemahan 'penguatkuasaan' serta 'mudahnya' melepasi garisan 'Imigresen' maka 'melambaklak' warga asing dibumi ini dan ada juga tangkapan dilakukan yang mendapati 'warga asing' mendalangi sindiket 'memalsukan' dokumen perjalanan dinegara ini, itupun setelah bertahun beroperasi, baru pihak 'penguasa' menghidunya. Alangkah 'butanya 'pihak penguatkuasa'.

Diharap Kerajaan 'menghadkan' kemasukan' warga asing dibumi ini, bagi menjamin keselamatan rakyat dan apa yang berlaku di Singapura tidak terjadi dinegara ini tetapi semua itu 'kemungkinan berlaku dan lihatlah kes dibawah ini, dimana, 'pendatang asing' yang berkerja diladang bertindak berani untuk menentang pihak berkuasa. Apakah yang diimpot ini kebanyakannya ' penjenayah' atau 'gangster' yang melarikan diri dari negara mereka?.

     Pekerja ladang serang pasukan polis, seorang ditembak mati

Menurut Harian Metro, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

metro

Sarawak :-
Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment