Friday, 13 December 2013

THE PROMISED LAND :- KEMBALINYA" DIRI" KE RAHMATULLAH

PERJALANAN TERAKHIR SEBAGAI MANUSIA.
TIDAKKAH  INI MENGINSAFKAN  DIRI??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kematian adalah penamat bagi sesebuah perjalanan bagi setiap manusia.dibumi ini. Tiada siapa terlepas dengan ketentuan ini. Bersedia atau tidak ianya pasti datang pada setiap diri yang bernyawa. Beramal atau tidak hanya diri sendiri yang bolih menjawapnya. Benar  atau tersasar ilmu yang dikendong hanya Allah SWT menentukan. 

Lebih kurang jam 7.00 petang semalam, ibunda saya menyampaikan berita bahawa sepupu saya telah kembali kerahmatullah dan diberitakan 'nafas'  'arwah' telah terhenti lebih kurang jam 6.00 petang. Alhamdullilah, saya sampai kekampung hampir pukul 11.00 malam  dan sesampai dikediaman arwah, jenazah telah dibawa keperkuburan untuk disempurnakan.Olih itu saya tidak berkesempatan untuk 'menatap' wajahnya.Walauapa pun 'Al Fatihah' untuk arwah beliau.

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah berhubung 'kematian'.

Setiap yang bernyawa dan melata dibumi ini pasti mati. Tiada siapa pun terkecuali dengan ketentuan Yang Maha Mengetahui. Tua,muda,miskin kaya, cantik pudar, ternama atau sebaliknya  semuanya pasti 'bernoktah' .Itulak kitaran yang perlu diingati olih setiap  makhluk.

Tetapi apakah 'bebanan atau galasan " yang menjadi 'bekalan' bagi setiap manusia? atau  adakah manusia 'menganggap' bahawa 'kematian'  merupakan tanda berakhirnya 'kisah' mereka  dimuka bumi ini?atuu adakah lagi  'talian' penghubung diantara 'alam barzakh' dan 'alam dunia'? atau terputuskan 'silatulrahim' selamanya dengan 'jenazah'?

Pernahkah 'kematian' yang kita ziarahi itu 'menginsafkan' diri? Atau adakah  kehadiran kita disitu sebagai 'pelengkap' atau sekadar 'menunjukkan simpati' kepada keluarga arwah? Atau kita lawati kerana kita 'mengenali' individu tersebut dan merasa 'kehilangan'nya? Atau sekadar  datang hanya ingin melihat 'siapakah' yang hadir diantara mereka yang mengenali 'jenazah'? Semua persoalan ini 'hanya 'terjawap' olih individu itu sendiri.

Terbayang diminda apabila 'diri' disemadikan didalam 'kuburan' sendirian'. Terbayang 'tubuh kaku' dibaluti 'kain kafan. Terbayang 'diri' disembahyangkan. Terbayang "melihat' kaum keluarga 'menangisi' dan meratapi 'jenazah'. Terbayang 'salah laku;\" yang mungkin belum diampunkan. Terbayang 'hutang' yang belum 'terjelas' Terbayang 'keceluparan mulut' yang lancang. Terbayang 'zakat fitrah' yang tidak 'terlunas'. Terbayang 'anak-anak' kecil menjadi 'yatim '.

Tetapi berapa ramaikah yang sebenar-benar 'mengambil' iktibar dari 'ziarah' kematian? Berapa ramaikah yang 'berubah', Berapa ramaikah yang 'tersedar diri'?

Namun semua itu berkitaran keatas manusia yang masih lagi berkesempatan menghidu udara dunia tanpa merasa kesal diatas perbuatan yang dengan sengaja 'menyekutukan' Tuhan Yang Esa. dan 'menafikan' hak Allah SWT sebagai Tuhan Yang Satu.maka..tunggulah..giliran pasti datang menjenguk dipintu anda...

                                              Kepada Mu aku berserah diri..Ya Rabb

                                                    ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment