Thursday, 12 December 2013

THE PROMISED LAND :- INI DIRI KITA??

BERAPA PERCENT JE??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kenapalah saling bercakaran dan suka  tuduh -menuduh sesama sendiri. Tidakkah kita diunjurkan untuk bergandingan dan berbaik-baik sesama kita dan  tidakkah umat Islam itu bersaudara.? Selagi seseorang itu bersyahadah dan mendirikan solat serta  menghadapkan diri  kearah  kiblat yang sama , apa masaalahnya? Berlainan fahaman?

Fahaman apa yang membezakan ini? Semua yakin akan Allah SWT yang satu, semua yakin bahawa Al Quran dan Kitab-Kitab terdahulu perlu diimani, semua yakin bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul yang terakhir dan semua yakin bahawa 'bentuk' sembahyang yang diajarkan olih Rasullulah 'terbentuk' di Luh Mahfuz , olih itu apa yang membezakan pegangan kalian?  sehingga sanggup bermusuh-musuhan dan bermasam muka?

Hak menjatuhkan hukum adalah 'milik' Allah SWT, kenapa pula manusia yang 'sibuk-sibuk' menjatuhkan hukum? Bukankah melalui Al Quran dan  'sunnah' semuanya telah ' terangkum perjalanannya.  Kenapa pula perlu di'kelompokan' pegangan ini? Kau Sunnan, kau Syiah kau Wahabbi atau kau pengikut Hambali, kau Maliki, kau Shafei dan bermacam-macam lagi. Adakah kelompok yang dinyatakan atau watak yang dinamakan akan menjadi saksi diantara kita dengan Tuhan?

Hanya yang akan berdiri tepat apabila kita dihisab olih Allah SWT hanyalah  Rasullulah s.a.w tiada yang lain selain Baginda. Olih itu janganlah berpecah-pecah dan berdirilah dan berpeganglah dengan 'tali Rasullulah',ikutlah Al Quran dan "Sunnah'  berhenti berbeda, inshaallah, kita akan mencapai 'redha' Nya?

 Islam itu satu 'arah' tujunya! Mencari redha Allah SWT dan merendahkan diri dihadapan Tuhan Yang Esa? Mengertikah kita apa maknanya 'Hamba"? Siapakah yang memegang watak'hamba' ini? Adakah yang disembah itu 'hamba' atau 'yang menyembah itu 'hamba"? Kalau diikut taksiran'kamus manusia ' hamba' itu adalah 'orang suruhan', siapakah 'orng suruhan' dihadapan Allah SWT. Tidakkah 'manusia' nama nya?

                                       

Kepada golongan yang suka mencari kesalahan orang lain, 'doakan' mereka agar diberikan hidayah serta  petunjuk Allah SWT  .Walaupun kadangkala kita amat 'teruji' dengan doa yang dirasakan tidak dimakbulkan Allah SWT, inshaallah, Allah SWT sentiasa  mendengar dan pasti doa-doa kalian  "terjawap'  dikala kalian 'dalam kealpaan. Yakinlah!!!

Tanyakan pada diri, sudahkah kita melunaskan tanggungjawap kita terhadap Yang Maha Esa?Ikhlaskah kita melakukannya?Apakah 'pemisahnya' antara kita dengan Yang Maha Esa?Hormatkah kita kepada 'suruhnya'? Lengkapkah sudah 'jawapannya? Teraturkah langkah kita? Tahap manakah kita?

                       Cukup ke amalan  berbanding usia yang yang mencecah 60 tahun ini?
                                                    ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Perpecahan timbul disebabkan ego dan nafsu pemimpin disertakan ketaksuban pengikut. Bila benar salah sudah tak dihiraukan, dibela dipertahankan, asal saja dari kumpulan sendiri, mk jadilah spt sekumpulan ternakan dgn anjing gembalanya , mengikut sahaja ke mana digembala, dan Iblislah pengendalinya. Rujuk Al 'Araaf 175-179.

    ReplyDelete