AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Thursday, 12 December 2013
THE PROMISED LAND :- RENUNGAN JUMAAT : DIMANA DAN KEMANA ANDA???
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Memandangkan Al Masih Putera Mariam adalah watak utama didalam penantian semua umat samada penganut Bangsa Yahudi, Bangsa Nasrani dan juga umat Islam, malah penganut agama Hindu dan Buddha juga 'teruja' akan 'pengembalian' Al Masih Putera Mariam kedunia, olih itu eloklah saya mengutara Tahun Masihi sebagai tanda aras atau sempadan untuk mentelaah beberapa kemungkinan yang dijangka akan mengegarkan semua media samada dinegara ini mahupun diluar berhubung 'kembali'nya watak ini.
Allah SWT telah menzahirkan melalui firmannya bahawa Al Masih Putera Mariam telah "diserupakan" dan diangkat kelangit. Sesungguhnya amat benar bahawa ' watak' ini belum dimatikan malahan 'masih hidup' bernyawa seperti manusia lain ciptaan Allah SWT.
Walaupun peristiwa itu sudah melewati kita menghmpiri 2014 tahun, namun, kesegaran 'watak' yang dinantikan seolah-olah telah zahir dan berlingkaran sesama kita tanpa kita sedari terutama penganut Kristian, mereka, amat meyakini bahawa, Al Masih Putera Mariam atau yang dikenali sebagai Jesus sememangnya 'bergerak' dikalangan umat Kristian sehinggakan ramai manusia sanggup meninggalkan 'kepercayaan' dan pegangan agama nenek moyang mereka kerana 'dakyah'nya.
Tetapi bagi umat Islam, untuk pihak Kristian mendakwa bahawa ajaran agama mereka adalah 'kebenaran' sememangnya amat susah untuk ditembusi dan kemungkinan mereka-mereka yang terpedaya akan dakyah ini peratusannya amatlah sedikit berbanding penganut agama lain. Yang beralih 'kiblat' dikalangan umat Islam hanyalah terdiri dari kelompok-kelompok yang 'tidak beramal' dan terikut-ikut dengan rentak barat maka kumpulan inilah yang sering tegelincir akidah dan imannya dan berpaling dari Islam.
Jarak pemisah diantara era Al Masih Putera Mariam dengan Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w tidaklah jauh hanya lebih kurang 600 tahun membezakannya. Tetapi diantara era kita iaitu masa kini dengan Baginda Rasullulah pula telah terjangjau melebihi 1435 tahun. Jika dikira perbezaan , selama 600 tahun sebelum kedatangan baginda Rasullulah telah bermacam-macam kerosakan 'ajaran' Al Masih Putera Mariam diseleweng dan diubah, inikan pula jangkawaktu diantara umat terkini dengan Baginda Rasullah s.a.w.
Samaada kita ingin menidakkan atau membenarkan, hanya rujukan Al Quran saja yang 'benar' dan 'layak' untuk di'imani' dan Kitab ini yang telah dijanjikan olih Allah SWT akan 'kebenaran' kata-katanya 'terpelihara'. . Selain dari itu semuanya 'tidak' tergolong' dengan janji Allah SWT.
Lewat ini berbagai permasaalah tentang kepercayaan umat Islam mula terpancar. Kalau dahulu selepas pemerintahan Baginda Rasullulah, berbagai 'kata'kata' yang didakwa diungkapkan olih Baginda Rasullulah ditulis satu persatu olih mereka-mereka yang mendakwa 'mendengarkan;'nya dari mulut Rasulullah s.a.w sendiri namun kebenaran semua itu tidak terjamin kesahihannya, kerana terdapat beberapa kelompok dikalangan mereka terdiri dari mereka yang memusuhi Rasullulah sendiri. Olih itu 'kewajaran' sesebuah 'hadith' itu perlu bersandarkan kepada Al Quran saja..
Diatas terlampau banyaknya kefahaman yang mengolah sesuatu 'perumpamaan''atau' kata-kata baginda" maka bermulalah perpecahan sedikit demi sedikit dan mula membentuk kelompok-kelompok tertentu namun semua itu berlarutan sehingga kini dan percanggahan itu telah menjadikan Islam bawaan Baginda Rasullulah yang dipraktikkan olih umat selepas Baginda seakan-akan tersasar dan menyimpang jauh dari kebenaran yang diajarkan Baginda
Kini perbezaan itu menjadi amat ketara ditambah burukkan lagi apabila terdapat 'ilmuan agama' yang sengaja menjual 'ilmu agama' atas\dasar wang ringgit dan kuasa. Berbagai 'fahaman' dan andaian dilontarkan bagi "menghalalkan' gerak kerja kelompok masing-masing sehinggakan terdapat militan yang sanggup membunuh sesama manusia semata-mata untuk menegakkan 'fahaman' masing-masing yang bukan berlandaskan kepada kehendak Islam iaitu 'kasih dan sayang'.
Dikalangan umat Islam tidak terdapat satu tempat 'sehala' untuk dijadikan 'pusat rujukan', umat Islam hanya berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah untuk menyelesaikan beberapa 'permasaalahan' samaada merujuk kepada penguasa Kerajaan ataupun dipanggil Ilmuan Agama atau Mufti mahupun Ulama namun semua itu tidak menjamin 'penyatuan' dan kebelakangan ini terdapai pula ramai cendekiawan agama lulusan Universiti tetapi yang membimbangkan kebanyakan dari mereka ini amat condong kepada 'kebahagian akhirat' dan memimggirkan 'kebahagian dunia dan ' ini amat bersalahan dengan tuntutan Islam.
Islam pada dasarnya menuntut kedua-duanya tetapi kenapa pembelajaran agama hanya menjurus.kepada 'akhirat' tanpa memperdulikan dunia?Mahukah kita dilabel sebagai 'penganut' terkebelakang? dan menumpang 'kepandaian' penganut agama lain?Atau umat Islam hanya hendak menunggu Kiamat?Walau apapun yang berada didalam kotak pemikiran anda 'hanya anda dan Allah SWT saja yang mengetahui 'halatuju' anda?
Berbalik kepada isu utama iatu Al Masih Putera Mariam, ketahuilah bahawa janji Allah SWT itu benar, mati itu benar,akhirat itu benar, dihisab perbuatan itu benar, syurga dan neraka itu benar, olih itu lakukanlah demi kebenaran dan jangan bersengkokol demi pembohongan. Jawapannya ditangan anda.
. ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buka minda, fikir dgn waras, logik dan rasional, pastilah akan didapati tiada Kebenaran kecuali dlm Islam.
ReplyDeleteBgmn tuhan yg sanggup mengorbankan dirinya utk mengampunkan umatnya, yg kemudian kuasa pengampunan diwakilkan kpd pendeta pendetanya sanggup membiarkan penganutnya bergelimpangan dilanda Haiyan.
Akan jadi apakah anak tuhan bila dewasa nanti ?
Bukankah Tuhan boleh melakukan apa sahaja sesukaNya, mk mengapa perlu mengorbankan diri utk mengampunkan penganutnya.
tuhan yg menjelma sbg makhluk, bergaul dgn makhluk, tinggal dlm dunia yg juga makhluk, dianiayai oleh makhluk, tertakluk kpd makhluk, mk bolehkah yg sedemikian dianggap tuhan.
Ini sebnrnya adaptasi dr cerita cerita dewa dewa kayangan dgn raja dewanya, dlm pelbagai versi, Eropahnya, Asia Selatannya, Asia Timurnya, Afrikanya, bahkan Asia Tgh dan Asia Baratnya.
"Dan telah berkata org org Yahudi ; Uzair itu anak Allah, dan telah berkata org org Nasara; Al Masih itu anak Allah. Demikianlah kata kata mrk dgn mulut mulut mrk. Mrk meniru perkataan perkataan org org kafir terdahulu (sebelum mrk). Dila'nati Allah (swt) mrk itu, bgmn mrk sampai terpaling (dr Kebenaran)." At Taubah 30.
Antara cerita cerita dongengan org org kafir terdahulu adalah kisah kisah dewa dewa dgn raja dewanya, sesetghnya turun ke dunia berkahwin dgn manusia dan mendpt anak separuh dewa separuh manusia.