PERJALANAN YANG PASTI BERPENGHUJUNG |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Kehidupan ini penuh dengan warna warni dan kejutan. Ada yang cuba merwarnai kehidupan dengan acuan sendiri dan ada juga yang cuba mengikut ketentuan namun semua itu adalah ketetapan yang dijanjikan kepada setiap makhluk. Ada yang berusaha dan ada yang berserah namun kedua-duanya belum tentu menjamin kebahagiaan didunia yang fana ini.
Ada yang suka ada yang duka. Ada yang kaya tidak kurang juga yang berkelana namun semua itu merupakan satu ujian yang perlu dilalui walaupun kita tidak inginkan. Setiap manusia akan melalui frasa masing-masing mengikut susun atur yang ditentukan namun semua itu bolih berubah mengikut masa dan keadaan sekiranya kita berusaha mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dengan mengingatinya sentiasa.
Yang sakit pasti sembuh, yang miskin pasti senang yang kaya mesti merasai kepayahan dan dugaan dan begitu juga kepada simati semua nya ditentukan. Tetapi selain dari yang telah ditetapkan, kepada mereka yang dilahirkan cacat anggota dan tidak berkemampuan dari segi fizikal dan mental sememangnya itu satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat dipersoalkan kerana itu merupakan kesempurnaan Illahi terhadap 'kekuasaan'Nya yang meliputi.
Sesungguhnya kehidupan ini tidak adil jika dilukur dari kaca mata manusia tetapi pada 'cahaya Allah' SWT semuanya adalah 'adil dan saksama' bagi menyempurnakan 'ketentuan'Nya.Ada yang dilahirkan cukup sifat disaat kelahirnya namun semua kesempurnaan itu tidak terjamin hingga keakhirnya, ada yang cacat kerana perbuatan bodoh diri sendiri, ada yang didatangkan 'musibah' kerana keadaan, ada yang bertukar sifat apabila 'salah bergaul' ada yang baik namun pada akhirnya bertukar 'corak' dan begitu juga ada yang miskin namun dipermudahkan 'perjalanan' rezekinya dan semua itu adalah ketentuan.Illahi yang tidak dapat diulit olih 'pemikiran' manusia.
Kepada Hafiz yang telah dipermudah Allah SWT akan 'kesihatan'nya yang menghidap 'brain tumor' janganlah bersedih hati diatas apa yang dilalui. Sesungguhnya 'permata' yang Allah SWT berikan kepada diri yang terpilih itu merupakan satu 'rahmat' agar diri sentiasa mengingatinya tanpa batas waktu. 'Permata' yang dibekalkan bukanlah 'penamat' bagi segala-galanya . Ada manusia tidak diberikan 'petunjuk' langsung untuk meneruskan kehidupan yang dalam 'kesesatan', namun, perjalanan diri anda yang berwarna warni sebenarnya 'terbimbing' dengan 'cahaya Allah'SWT yang mana amat jarang dinikmati olih manusia lain.
Bersyukurlah, bersujudlah, bertasbihlah dan berbanyaklah mengingati 'Nya", kerana didalam kepayahan yang anda rasai ketika 'menjunjung permata' dikepala", Allah SWT telah 'menyempurnakan' banyak 'doa-doa' yang dipohonkan sehinggakan 'insan' lain juga amat mencemburui kelebihan yang anda miliki walaupun disaat' para-para Doktor menjangkakan bahawa 'hayat' anda tidak lama, namun semua 'jangkaan' mereka itu semuanya 'meleset' sekali dan sebaliknya anda menjadi semakin 'kuat' dan 'tabah serta 'bersedia' diatas sebarang 'ketentuan'Nya.
Jangan dikesali apa yang 'dijunjung' kerana apa yang "tertanam" itu merupakan ' kalimah Allah' yang dijadikan untuk 'peringatan' kepada manusia yang lain Sesungguhnya jalan yang anda lalui adalah 'jalan kebenaran' yang dicari olih segenap manusia yang mengaku mahu 'beriman, namun mereka masih tercari-cari akan 'cahaya'Nya.'.
Olih itu berpeganglah dengan 'kalimah Allah", selagi hayat dikandung badan dan selagi nyawa 'terikat' dibadan,
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
AllahuAkbar ! Segala yg lain kecil belaka dan tiada wujud hakiki.
ReplyDelete