MELAYU MARHEAN MISKIN MENJELANG 2020 KEPIMPINAN PERLU DIUBAH SEMENTARA BERKESEMPATAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Semenjak Pak Lah turun dan Najib naik, semuanya kena tempias, bukan sikit, kuyup! dibuatnya.
Semenjak Najib 'naik' menjadi Perdana Menteri negara ini, semua yang bolih menjana' 'kewangan' atau 'pendapatan' untuk negara, semua dinaikkan . Minyak, Gas, Gula dan terkini 'bil Letrik" semuanya dinaikkan sehinggakan 'rakyat' tergari tangan dengan 'fenomena Najib' ini berbanding dengan apa yang diusahakan semuanya menurun termasuklah ' isu 'pelajaran' semua prestasi menurun, tetapi yang peliknya 'perbelanjaan' Najib semuanya menunjukkan angka 'menaik' tidak pula menurun dan salahlaku Pak Menteri dan kaki tangan Awan juga 'menaik' jika laporan audit diambil kira. Apa yang turun ni??
Didalam usaha 'rakyat pertengahan dan bawahan' berusaha untuk 'menurunkan perbelanjaan' harian masing-masing dan mengikat perut ,Kerajaan pula 'berbelanja' sakan dengan membayar berbillion ringgit untuk 'consultant' yang pada akhirnya 'kewangan' negara 'menurun' sehingga menjejaskan 'rating' kewangan . Belum ada satupun usaha Najib yang boleh dikatakan mengembirakan rakyat, semuanya 'naik belaka' malahan 'Rosmah pun 'naik' jet dengan dana awam.
Hari ini pula SPAD melalui Syed Hamid mengumumkan pula bahawa 'kadar' untuk sistem pengangkutan awam akan dinaikkan , kemungkinan, seawal Mac atau June 2014. Tambah lagi ura-ura Tol juga dijangka naik, semua ini bebanan terhadap rakyat ! Apa nak jadi ni??Najib ni layak ke 'mentadbir' negara..sehinggakan 'berbillion' yang ada semakin 'menipis'. Nilai matawang kita juga 'menurun' jika dibanding dengan matawang negara jiran. Apa nak jadi ni???
Olih itu apa yang boleh dinilaikan terhadap kerajaan BN Najib ini sememangnya layak dilabel sebagai kerajaan ' menaik' ( atau Kerajaan menyusahkan rakyat) sementara dipihak rakyat 'pendapatan' yang dimiliki semakin 'menurun' atau 'mengecil, kerana, bermula dari 2014 rakyat akan mengalami tekanan kerana 'barangan' serta kos untuk hidup amat berat untuk ditanggung dan semakin mahal.
Maka bergembiralah kroni mereka-mereka yang 'telah memiliki' atau yang dilabel sebagai 'orang senang-senang' sementara rakyat akan sentiasa bergelumang didalam keperitan untuk kehidupan. Yang akan bergaya menjelang 2020 adalah kelompok mereka sementara rakyat akan menjadi ' lata' dijalanan
Sebelum perkara ini menjadi serius eloklah rakyaT berfikir dengan sejelas-jelasnya, apakah wajar untuk dikekalkan Najib sehingga PRU 14?
TEPUKLAH DADA TANYALAH SALERA
SEMUANYA DITANGAN ANDA
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment