Sunday, 2 February 2014

THE PROMISED LAND : 'ANUGERAH TUHAN' TAKUT KALAH???

IKUT MANA PUN  NAJIB DAN BN
TETAP KENA!!!



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Satu Malaysia tahu DUN Kajang milek PKR. Tetapi kenapa Anwar takut dan beriya-iya berkempen untuk dirinya. Tidakkah beliau meyakini bahawa 'undi Cina' , Melayu dan India akan berpihak kepadanya? Atau Anwar Ibrahim sudah merasakan bahawa 'pembohongan' beliau telah membuatkan pengundi sekitar Kajang dah menghidu penipuan beliau?

Belumpun ada pihak lain bercadang untuk 'menentang' atau 'mencabar'  beliau di DUN Kajang tetapi PKR dan Anwar Ibrahim seolah-olah hilang 'keyakinan' bahawa pengundi Kajang akan menerimanya.Angin tidak ribut pun tidak tetiba saja Karpal Singh bersuara 'mengatakan' bahawa 'pembubaran DUN Kajang ini, sebenarnya ingin 'melihat' sejauhmana kemerahan seluruh rakyat Malaysia terhadap 'kegagalan Najib' yang didakwa akan diterjemahkan olih pengundi di Kajang.

DAP sebenarnya berstrategi untuk 'memalukan' kepimpinan Najib, MCA serta BN. Tiada faedahnya BN meletakkan 'calon;'nya disitu waima MCA sekalipun. Sebaiknya BN mewakilkan 'calon Bebas' untuk bertanding disitu, kerana 'imej yang dicalar olih Najib' masih belum dipulihkan lagi  dan 'kemarahan' orang Melayu terhadap  kepimpinan Najib serta 'punasihat'nya masih terkesan lagi. Olih itu 'lupakan' hasrat 'bertanding' tu.. Biar je Anwar Ibrahim 'meroyan' sorang-sorang', jangan dilayan.

Kalaupun BN 'dinyanyikan' olih 'macai-macai' samaada dari UMNO mahupun MCA yang dikata akan berpeluang untuk memenangi DUN Kajang ini,namun, kemenangan itu sebenarnya tidak bermakna dan tidak memberi kesanpun terhadap  Pakatan dan Kerajaan Selangor, cuma yang akan 'bertambah' untung hanyalah Cina-Cina yang 'talam dua muka'. Kalaupun Anwar Ibrahim menang di DUN Kajang, 'mati hidup semula'pun Sultan Selangor tidak akan 'memileh' beliau untuk jadi Menteri Besar. Cayalah. Sultan Selangor lebih rela 'ustaz Pas' dari Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Cakap kat Anwar, bawalah kemahkamah mana sekalipun, Anwar Ibrahim tetap tidak akan dapat dilantik menjadi Menteri Besar di Selangor kecuali beliau (Anwar) bertanding di Dun di Pulau Pinang, barulah layak untuk dilantik menjadi Ketua Menteri bagi menggantikan Lim Guan Eng, itupun kalau Lim Kit Siang setuju mahupun Karpal .

Nampaknya Anwar Ibrahim kesudahannya akan menjadi ' Pak Pandir' menjelang PRU 14. Kesian Anwar.

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment