JERAT YANG YANG MENJERATKAN SIAPAKAH MANGSANYA ? ALIH ALIH CINA JUGA YANG UNTUNG!! |
Pileh calon MCA seluruh Cina dan Melayu akan tolak
Apa pilihan BN ada?
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Tiada bantahan dari DAP mahupun PAS berhubung 'pengosongan DUN Kajang'. Dua kelompok ini merestui keinginan Anwar Ibrahim. Semuanya bersetuju dengan 'strategi' Anwar. Dikatakan bahawa Anwar Ibrahim akan ditabalkan sebagai'Maharaja' untuk Selangor, berkokok-kokok kegembiraan puak Cina dan 'lebai-lebai' mangkok PAS.
Untuk mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Anwar Ibrahim akan ditabalkan sebagai 'Maharaja' hari ini dengan senang hati 'bakal mantan' Menteri Besar' Khalid Ibrahim mengusung Maharaja Anwar Ibrahim untuk diperkenalkan kepada jenerasi baharu Selangor iaitu 'Selangor Fan Club'.
Bagi menunjukkan 'sifat kepedulian' Maharaja Anwar Ibrahim tentang perkembangan bolasepak di Selangor maka hari ini beliau 'menghadirkan' diri di Hi Tea tersebut. Harus diingat, Anwar bukan 'peminat bolasepak' tetapi 'calon muka cun' yang dicari-cari, dan diharap, 'Penyokong Club Selangor' berhati-hati 'mainan mata' Maharaja tersebut.
Kini Anwar sudah mendendangkan 'lagu'nya di Kajang diiringi dengan kumpulan muzik yang dibawa khas olih DAP serta disediakan penyanyi-penyanyi latarnya olih PAS maka, akan berdiskolah Kajang untuk hari-hari seterusnya.
Barisan Nasional yang terikut-ikut dengan 'rentak irama' Anwar dikatakan mula menyiapkan 'penyanyi Rap'nya . Belumpun BN memutuskan siapa yang bakal diwakili kedengaran MCA sudah mula mendabik dada dengan mengaku 'Kajang' adalh kerusi tradisinya dan wajib bagi MCA menggalasnya. Nak tergelak pun ada dengan kenyataan MCA ini. Tidak terkesan dengan kerusi yang dipertandingkan telah kecundang ditangan pembangkang akibat dari di'kencing' olih bangsanya sendiri, tetapi kini, masih mendabik dada.
Undi bulat orang Melayu kepada BN serta undi bulat orang Cina yang menolak calon MCA/BN pada PRU 13 tidak dijadikan iktibar untuk 'mencermin diri'.Tidakkah MCA sedar bahawa 'kaum mereka' telah menolak BN walau siapapun calonnya.
Apa yang bakal terjadi dan yang akan dilihat nanti iallah orang Melayu akan memboikot pilihanraya kecil Kajang ini. Lupakanlah hasrat kerajaan BN atau UMNO untuk menuntut Melayu agar keluar mengundi pada kali ini. Orang Melayu sudah meluat dengan keputusan Kerajaan Najib yang banyak 'menyusahkan' orang Melayu. Apa yang bakal terjadi ialah kaum Cina akan memusatkan undi mereka kepada PKR walaupun calon mereka Melayu . Apa yang dihajati ialah 'memalukan' MCA dan BN serta Najib.
Nampaknya strategi Cina untuk memalukan BN/UMNO melalui Anwar serta permainan Anwar Ibrahim akan menjeratkan nasib MCA agar terus 'mati tidak berkubur' di gelanggang Kajang serta 'malu besar' Najib akan terukir bilamana 'undi Melayu' yang memprotes terhadap kepimpinan Najib akan dispin setiap hari.
Siapa menjerat, siapa terjerat dan siapa dijerat bakal dinobatkan.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment