Sunday, 9 February 2014

THE PROMISED LAND : 'ANUTAN' ISLAM DIPENGHUJUNG



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dunia yang terbentang luas semakin sempit. Lautan semakin meluas dan tanah bumi semakin mengecil. Kalau dahulu panduan Islam akan terarah ke Timur Tengah atau negara-negara Arab tetapi kini semua itu bakal menjadi sejarah.

Walaupun bumi Arab pernah didatangi dan didiami olih para-para Nabi dan Rasul namun kini hanya Mekah dan Madinah saja yang tinggal menjadi 'kebanggan' umat Islam. Tanpa Mekah dimana 'terbinanya Mesjidil Haram' dan tanpa Madinah dimana Rasullulah s.a.w di'makam'kan, kemungkinan negara Arab Saudi akan sunyi sepi dengan 'manusia' yang 'dalam kedahagaan' mencari keredaan.

Apa yang dipegang kini hanyalah Al Quran sebagai panduan umat Muhammad s.a.w. Tetapi sedarkah kita bahawa peraturan yang ditetapkan didalam Al Quran serta Sunnah telah mula dipinggirkan sedikit demi sedikit? Siapakah yang memulakan? dan 'membida'ah' kanya?

Kalau dahulu cendikawan dari Al Azhar dari Mesir disanjung-sanjung serta 'diangkat' mertabatnya olih orang Islam serta ilmuan agama tetapi kini ilmuan agama yang 'mempelajari '  atau mendapat 'kelulusan' dari universiti di Amerika serta negara-negara Eropah telah 'mengambil' tempat tersebut dan kata-kata ilmuan dan fikiran mereka dijadikan sandaran untuk 'berdialog' mengikut kefahaman yang  ditanamkan difikiran para ilmuan tersebut.

Kini ulama lulusan universiti diluar negara Arab mula mendemonasi 'arena' perdebatan dan permulaan 'percangahan pendapat' serta ' perbezaan kefahaman' mula tersemai disana sini. Kefahamana Al Quran yang semata-mata dipelajari dan ditelaah dijadikan ukuran untuk 'menentukan' ketinggian ilmu seseorang. Berbeza dengan suruhan Al Quran iaitu seseorang dikehendaki untuk mempraktikkan ilmu yang dicungkil atau yang terjelma 'dihati'. Mempraktikan ilmu dan 'menghafal' kata-kata Al Quran adalah dua perkara yang berbeza.

Menghafal ayat-yat Al Quran tanpa mengakui kebenaran ayat dan tidak diterjemahkan didalam kehidupan adalah 'pembohongan' atau 'pengkhianatan' tetapi mengamalkan suruhan ayat-ayat Al Quran dan menterjemahkan didalam kehidupan adalah 'pencapaian' keilmuan yang paling tinggi di sisi Allah SWT.

Olih itu kebelakangan ini kita lihat ratusan ribu lulusan agama dilahirkan dari Universiti samada dari dalam negara mahupun dari Mesir atau Arab Saudi tidak terkecuali dari  lulusan dari Pakistan serta kolej-kolej Agama diserata dunia dan juga dari 'Madrasah mahupun yang dipanggil Sekolah Pondok serta tidak terkecuali 'Pensanteran' di Indonesia, dilihat gagal melahirkan 'zuriat-zuriat yang sebenar-benar 'ikhlas' didalam 'mengembangkan' agama Allah SWT ini seperti yang dituntut.

Entah dimana silapnaya dan entah apa sebabnya 'punca' kecelaruan' ini masih gagal ditemui. Setiap diri masih 'terbelenggu' dengan kumpulan sendiri dan menganggap hanya 'aliran yang dipelajari' saja yang benar dan apa yang 'bertentangan' dengan kefahaman kelompok sendiri akan disisihkan. Teperangkap 'didalam' kecelaruan' pandangan dan takrifan' akan mengakibatkan perpecahan dan bermusuhan sesama sendiri. Itulah yang berlaku akhir-akhir ini

Usah melihat jauh, dinegara ini disebabkan 'berbeza aliran serta kefahaman' serta 'mereka-mereka' yang taksub dengan 'ketua' yang 'mengaku ulama' dan yang mengaku 'berstatus' 'lebih pandai dari orang lain' telah mengakibatkan perpecahan sesama Islam. Melalui ungkapan atau kata-kata yang 'bertujuan' mengaibkan 'keislaman' seseorang mula menular dan menjadi semakin 'nazak'

                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment