JAMBATAN KEHARMONIAN SUDAH TERBAKAR NAJIB GAGAL MEMADAMNYA DAN NAJIB JUGA BAKAL TERBAKAR OLIHNYA |
Bismilla-hir-rahman-nir-rahim
Memerintah negara sambil lewa atau ikut jalan mudah itulah 'cara Najib". Memimpin cara 'menengok-nengok' atau ' dengar kabar' atau 'mendengar ' dari 'penasihat' serta cerita-cerita 'orang terdekat' itulah 'kehebatan' Najib Razak diidalam mentabir negara seharian. Tidak mengindahkan apa yang berlaku dibawah serta 'membiarkan' 'pekong menjadi barah', adalah 'rutin' Najib.
Rakyat dibawah bergelut dengan bermacam-macam 'persepsi' serta 'adu domba' yang sengaja di'create' untuk 'memecahkan perpaduan' namun belum ada satu cadangan bernas atau tindak balas dari Najib bagi meredakan 'darah rakyat' yang sedang 'mengeleggak' ini. Samaada Najib mengharap agar 'situasi' ini terubat sendiri atau 'rakyat bangun dan mengambil keputusan ditangan sendiri, bukanlah keutamaan Najib untuk 'meleraikan'nya. Atau sememangnya Najib berharap rakyat 'bingkas' bangun untuk 'meleraikan' ini secara 'tumpahan darah''?
Belum ada satu pun 'isu' hangat yang melanda negara telah diselesaikan olih Najib.Banyak isu-isu besar yang melanggar masih belum diselesaikan lagi dan dari hari kehari semakin bertimbun-timbun. Begitu juga kemarahan rakyat terutama orang Melayu kepada pencetus isu Islam masih 'membara'
Najib yang kebelakangan ini dilihat mentadbir negara secara 'belakang tirai' dilihat semakin 'menyembunyikan' diri .
Kemarahan rakyat serta ketidak percayaan anggota awam terhadap 'kecekapan' Kerajaan Najib semakin terserlah. Sati persatu kelemahan pentadbiran Kerajaan pimpinan Najib semakin terserlah dan 'kes teresa kok' yang paparkan dilaman u-tube yang secara terangan mengecam kepimpinan Najib dan Melayu dilihat 'amat' memalukan Malaysia. Ketiadaan rasa hormat 'politik' kepada jawatan Perdana Menteri' serta Malaysia juga dilihat akan kelemahan Najib untuk menanganinya.Ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri dilihat semakin 'mengcengkam' intrigriti dan kewibawaan Kerajaan Najib.
Kelemahan atau sifat 'takut' menyerang lawan mengakibatkan 'kepercayaan rakyat' terhadap Kerajaan Najib semakin hilang. Rasa hormat pihak lawan terhadap 'jawatan Perdana Menteri' sudah hilang dan yang dilihat olih pihak lawan terhadap Najib hanyalah sebagai seorang 'pemuda Melayu yang tiada maruah diri dan 'menjaja diri' untuk menyembah bangsa lain'. Walaupun ramai Melayu menegahnya tetapi Najib tetap mahu 'memalukan UMNO" yang akhirnya 'maruah Melayu; juga diharamjadahkan olih musuh politiknya.
Walaupun diri dan maruah Najib dilumur dengan 'najis' kata-kata musuh politiknya, namun, Najib 'gagal' mempertahankan diri dan sehingga kini terus dimalukan. Adakah ini jenis Perdana Menteri yang selayaknya ?
Tidak cukup dengan itu kini para pendidik pula 'mengherdik' kepimpinan Kerajaan Najib, Ancaman 'demonstrasi' disuarakan walaupun Muhyiddin Yasiin berkira-kira untuk menilai semula PRS namun disebabkan kerajaan Najib dilihat tidak berkemampuan untuk mengotakan janji maka, 'bidasan' terhadap janji disemburkan kepada Kerajaan. Bidasan 500,000 warga pendidik ini sangat 'besar' impaknya kepada kepimpinan Najib, kemungkinan kesalahan 'melantik' Konsultant yang dibayar untuk Kementerian Pendidikan bagi 'memcari formula' telah memakan diri Kerajaan Naijib.Kalau warga pendidik semakin berani 'membentak' Kerajaan yang membayar 'gaji' mereka, dimana Kerajaan Najib nak letak 'maruah'?? Semakin hari semakin galak 'anggota awam' mengherdik 'ahli politik' yang sememang 'bodoh'.
Kemaluan diri semakin hari semakin besar. Setiap hari akan terdapat 'isu' yang dibangkitkan namun semua isu ini gagal ditangani olih Kerajaan Najib. Nampak nya masaalah Najib semakin hari semakin getir dan menyesakkan 'diri' Najib...belum lagi 'mengungkap strategi Anwar Ibrahim', sehingga ini Najib dilihat 'bisu' tak terkata tentang 'game' Anwar
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment