Tuesday, 25 March 2014

THE PROMISED LAND : TRAGEDI MH 370-B777-200 : APA BAKAL BERLAKU

BILA PULA NAJIB KATA PESAWAT INI TERHEMPAS??
BAHASA YANG TIDAK DIFAHAMI
TINDAKAN YANG TIDAK DIMENGERTIKAN
ITULAH YANG DINAMA BUTA MATA BUTA HATI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Walaupun Blog ini merupakan blog yang pertama 'mengumumkan' Pesawat MH370-B777-200' di AlFaithah dua jam sebelum pengumumkan dibuat olih Perdana Menteri pada jam 10.00 malam, namun, semua petunjuk itu merupakan 'anugerah' dari Allah SWT jua.

Kepada semua pembaca dan pelawat yang mengikuti semua penulisan blog ini bermula dari hari pertama sehingga di Al Fatihah kan semalam sebagai tanda nokhta. Tanda nokhta bermaksud 'terhenti'nya kisah perjalanan 'nyata' untuk pengkisahan MH370 B777-200 bersama isi perutnya.

Namun didalam kesedihan hati dan perasaan seluruh umat manusia yang mengikuti pengkisahan 'sedih ' ini,  terdapat juga segelintir manusia yang 'bergembira' dengan 'kejayaan' yang dicipta untuk ajenda seterusnya. Walaupun belum ternampak bukti 'nyata' seperti  serpihan dari bangkai pesawat namun penyataan melalui data yang diperolehi memungkinkan 'nokhta' terakhir perjalanan itu berakhir ditengah-tengah lautan Hindi, itu adalah kepastian kepada 'machine' yang telah kehabisan sumber minyaknya..

Apa yang ingin diperkatakan disini bukanlah tentang 'kegagalan' pesawat mahupun 'nasib yang terpaksa diterima' olih keseluruh penumpangnya tetapi 'ajenda' disebalik ' malapetaka yang dirancang olih 'kuasa-kuasa' tertentu untuk 'memusnahkan' reputasi  Malaysia,  yang selama ini dilihat sebagai satu ancaman terhadap 'kebangkitan' wajah-wajah Islam dirantau ini  . Perasaan takut dan cemas yang dirasakan olih "mereka'  serta  ketakutan bahawa Malaysia akan mendemonasi perjalanan agama Islam di persada dunia menyebabkan 'tindakan' ini digariskan olih 'mereka'..

Ketakutan bukan Islam akan berkembangnya 'ekonomi' umat Islam di Malaysia yang dilihat sering menghulur bantuan samaada dalam bentuk ekonomi mahupun modal insan serta bantuan 'nyata' terhadap kepakaran pengurusan terhadap dunia ketiga, dilihat sebagai satu 'ancaman' baru terhadap 'mereka'. Mengekses serta berkerjasama didalam pencarian 'emas hitam' yang didemonasi PATRONAS diserata negara ketiga terutama yang dibarisi olih kepimpinan Islam dilihat sebagai satu 'ancaman' terbaru terutama kepada konglomerat minyak dan gas Barat .

Semestinya dengan pengajendaan MH 370 ini, permulaan rasa 'kurang senang' diantara Negara China dengan Malaysia pasti berlaku dan pengeseran ini diharapkan akan merenggangkan hubungan ekonomi antara kedua negara. Memandangkan kebanyakan ekonomi Malaysia banyak yang berkiblatkan kepada Negara China terutama 'minyalk sawit', diharapkan olih 'mereka' akan 'terjejas' teruk dengan 'insiden' ini.

Dengan berkembangnya  'sayap' ekonomi Malaysia yang bertunjang dan berakar di China, amat tidak disenangi olih 'mereka'. Namun dengan 'insiden' yang bermajoritikan rakyat China bakal meninggalkan 'tinta' hitam' dan implikasi terhadap kejadian ini bakal 'menjejaskan' pendapatan serta 'kemeriahan' penjanaan ekonomi dengan Kerajaan China. Dan kejadian ini  sedikit sebanyak akan mendatangkan  'implikasi' yang bakal diharungi olih Malaysia dimasa mendatang. .

Iltizam 'mereka' adalah, 'mewajibkan' Malaysia untuk 'menurunkan' tandatangan dalam perjanjian yang dikenali sebagai TPPA. Dalam kerangka yang dicadangkan ini ' dilihat' banyak 'element' tersorok dan berajenda dibuat dengan janji-janji bahawa kita akan diberikan peluang untuk sama-sama 'mengapai' peluang ekonomi  yang dikata bernilai Berbillion dolar Amerika namun kita harus ingat bahawa ekonomi US serta rakan sekutunya sedang mengalami 'kemerosotan' yang kronik dan ini memungkinkan mereka mencari alternatif lain untuk 'memulas tangan' demi kelangsungan ekonomi mereka..

Segala apa yang berlaku ini akan 'berlarutan' sehingga mereka mencapai 'tujuan' nya iaitu TPPA. Tetapi sekiranya Malaysia masih tidak  berserta atau bersekutu dengan mereka maka 'helah' lebih besar bakal digembelingkan untuk 'menafikan' kemakmuran negara ini. Dengan 'kerapuhan' perpaduan yang terjadi diantara umat Islam di Malaysia serta kerapuhan perpaduan dikalangan masyarakat Malaysia yang telah dan sedang 'bersengketa' ini, bakal dijadikan 'senjata' untuk memusnahkan apa yang kita miliki .

Pengajendaan melalui parti Pemerintah terutama kepimpinan Melayu UMNO mungkin agak susah untuk mereka tembusi tetapi 'melalui' 'hati hitam' pembangkang yang berseteru dengan parti pemerintah 'berkemungkinan' atau 'bersesuaian' dengan 'ajenda' yang ingin diserapi olih mereka.Segala bentuk 'plan' untuk 'mengasak' parti pemerintah bakal digerakkan demi untuk memperkukuhkan 'kesepaduan' ajenda 'kumpulan' ini.

Untuk itu segala hala tuju negara ini terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan Melayu serta 'doa berterusan' serta 'berusaha' sepenuh hati tanpa perlu 'menjeratkan' diri demi 'secebis kuasa' yang belum tentu bolih dibawa sebagai 'bekalan' diakhirat.

TPPA adalah 'sempadan'nya.

                                          

                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Blog merapu.mengaitkan agama.tanpa hujah dan dalil Quran.

    ReplyDelete
  2. Jadi maksud najib pesawat berakhir dilautan hindi tu apa???
    Dungu dalam memahami maksud.berakhir dudok atas air ke?? Atau dok atas udara.haha.melayu kalau membodek sggup sampai didungukan.

    ReplyDelete