AYAT ALLAH SWT YANG MANA SATU YANG INGIN KAU NAFIKAN WAHAI UMAT ISLAM |
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. : Al Baqarah ayat 193.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim:
Sesungguhnya wanita ini tergolong dari orang yang dipujuk hatinya atau diberikan hidayah Allah SWT kepadanya. Walaupun dilahirkan dari darah manusia yang tidak beriman dengan Allah SWT,namun pembukaan hati dan hijabnya dilakukan olih Allah SWT . Wajarkan kita yang seadanya lahir dan beribubapakan seorang Muslim berdiam diri dan membiarkan 'manusia' pilihan Allah SWT ini menderita 'mental' kerana cemuhan dan makian dari bukan Islam hanya kerana beliau beriman dengan Allah SWT?
Kita berselawat atas Nabi s.a.w, kita mengaku Islam dan Allah SWT menobatkan dalam firmanNya bahawa semua umat Islam adalah bersaudara, namun, dikala dan tika 'saudara' kita yang cuba 'dinafikan' haknya sebagai umat Islam olih kaum kafir, haruskah kita mendiamkan diri?
Atau kita mahu tergolong dari kalangan mereka yang bersubahat??
Surah Al Baqarah : Ayat :190-194 :-[190]
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
[191]
Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
[192]
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[193]
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
[194]
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment