PERMAINAN SECARA KASAR SUDAH BERMULA |
" MANUSIA BERAMAL SAJA YANG BOLIH MEMAYUNGI MALAYSIA"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Jangka hayat bateri yang sememangnya bertahan selama 30 hari, namun dihari-hari terakhir ini berbagai 'pengharapan' dibuat agar 'kebenaran' 'ping' yang dikata dikesan dari MH 370 B777-200, diharap bukan lah dari 'signal' MH 370 B777-200 dan sekaligus menafikan bahawa nasib pesawat ini tidak berakhir didalam Lautan Hindi seperti yang didakwa olih semua pihak.
Walau sehebat manapun ciptaan manusia dibumi ini namun untuk mengatakan bahawa sesuatu ciptaan itu tidak mengalami 'kegagalan' adalah mustahil. Begitu jugalah dengan pesawat MH 370 B777-200 ini, samaada ianya kegagalan 'mekanikal' atau 'kecurangan' tangan tangan tertentu belum dapat dipastikan lagi. Walaupun syarikat yang membina pesawat ini mengatakan bahawa pesawat B777-200 ini adalah yang paling selamat dan terbaik dalam kelasnya untuk diguna, namun untuk memberi jaminan 100% selamat bukanlah perkataan sebenar.
Sifatnya sesebuah pesawat, sekiranya ianya terbang dilangit biru beribu meter diudara, sekiranya kegagalan mekanikal berlaku pasti 'kebawah' jua destinasinya, samaada dilautan ataupun daratan adalah pasti tetapi untuk mengatakan bahawa pesawat ini 'termasuk kealam ghaib atau alam jin' kemungkinan itu juga ada, kerana perkara-perkara misteri ini pernah berlaku dan mungkin juga pernah terjadi kepada diri anda. Tetapi untuk saya mengandaikan 'pesawat MH370 B777-200 ini termasuk kealam tersebut saya rasa amat 'muskil' sekali.
Kalau mengikut akal fikiran manusia, sekiranya pesawat ini 'terhempas', semestinya serpihan-serpihan pesawat pasti bertaburan dan meninggalkan bekas namun didalam 'kes istemewa' ini tiada serpihan bangkai pesawat ditemui samaada didaratan mahupun dilautan. Walaupun telah beribu kilometer persegi dijelajahi olih 'peralatan' terkini samada melalui kapalterbang, kapal laut mahupun melalui radar dan satellite, namun 'kegagalan' juga adalah 'jawapan'nya.
INILAH YANG TERHALA KEARAH PEMIMPIN MELAYU SEKARANG |
Benar seperti ungkapan Najib Razak," MH 370 B777-200 , mengakhiri perjalanannya di Selatan Lautan Hindi". Untuk kita mengandaikan kata-kata Najib bahawa pesawat itu terhempas adalah 'tidak benar'. Hanya dua kemungkinan saja yang berlaku, samaada pesawat itu mendarat di Pulau Diego Gracia atau mendarat dipermukaan 'lautan Hindi' saja yang dapat diteorikan, selainkan hanya 'citer kosong'.
Tetapi sekiranya pesawat itu mendarat dipermukaan air di Lautan Hindi yang bergelora kemungkinan 'pintu kecemasan' pesawat dapat dibuka dan kemungkinan 'penumpang' melalui 'bantuan 'crew-crew' dapat 'keluar dengan menggunakan 'raft keselamatan' yang sememangnya tersedia dapat dilakukan tetapi sekiranya semua penumpang dalam pesawat tersebut 'mati' atau 'dipingsankan', semestinya 'pesawat' tersebut pasti terhempas kerana kehabisan minyak tetapi kedua-dua teori ini tidak berlaku.
Demi untuk menyedapkan hati semua pihak, kita andaikanlah begini kejadian tersebut , 'Pesawat tersebut berjaya mendarat ' one piece' dipermukaan air di Lautan Hindi tetapi disebabkan gelombang lautan yang besar 'menyebabkan' anak-anak kapal dan penumpang tidak berjaya membuka pintu kecemasan lalu pesawat itu secara perlahan 'tenggelam' didasar laut dan untuk pihak 'SAR" untuk menemui 'pesawat tersebut didasar yang berkedalaman 4000 meter - 6000 meter amatlah mustahil kerana faktor-faktor yang dikata.
Tetapi untuk seseorang 'yang dikata' ingin 'melarikan' pesawat ini tanpa "ajenda" dan dibawa ke Lautan Hindi semata-mata untuk mengakhiri perjalanan 'pesawat' ini dan 'membunuh diri' amatlah tidak lojik untuk difikir ditambah lagi dengan pengakuan bekas juruterbang MAS yang mengatakan bahwa Kapt Zahari merupakan seorang yang 'dikata' 'orang tablig, mana mungkin beliau melakukan 'misi bunuh diri' ini. Walauapun kebenaran ini 'masih' belum terjawap.
Tetapi kita perlu ingat bahawa negara kita walaupun dikata amat rapat dengan Amerika, namun, percaturan mereka terhadap kepentingan negara mereka di Asia Tenggara melebihi segalanya. dan tidak bolioh dipandang enteng. Memandangkan negara kita walaupun ekonominya tidaklah sebesar kesatuan Eropah namun disebabkan 'kestabilan' ekonomi dan politik dibumi ini, yang ditambah dengan 'kelantangan' negara kita terhadap 'kebiadapan Israel' serta 'ketokohan' negara ini sebagai negara Islam, yang 'dipandang tinggi' olih negara Islam lain, maka, 'meruntuhkan' keharmonian serta 'mencalarkan' imej pemimpin Islam negara ini adalah keperluan dan keutamaan mereka.
Berlandaskan dari kecurigaan mereka terhadap umat Islam yang sengaja mereka cipta untuk di'nobatkan' sebagai 'pelampau' dan yang ingin 'dicopkan; diseluruh dunia, maka, keperluan mereka untuk 'menghancurkan' kepercayaan dunia luar terhadap Malaysia serta Islam.
Kini usaha yang dilakukan adalah untuk mencari kotak hitam. Maka tidak secara langsung mereka mengatakan bahawa 'pesawat' tersebut berada didasar lautan Hindi. Sama ada pencarian ini akan membuahkan hasil atau sebaliknya 'hanya' denyutan 'ping' tersebut menjadi 'tumpuan' dan satu perkara yang dikata membataskan usaha adalah 'jangkahayat' beteri tersebut.
Tetapi jauh dilubuk hati mengatakan bahawa 'isi pesawat' tersebut telah 'tiada' dan pesawat tersebut telah dijadikan kepingan-kepingan logam terpisah dan MH 370 B777-200 adalah sejarah dimana permulaan kepada pemimpin 'negara' dipulas tangan agar akur dengan ketentuan mereka.
Samaada negara ini bakal dijadikan 'taruhan' atau permulaan kepada 'pengembangan' ilmu Melayu kuno, hanya, akan terjawap bila 'pertembungan' Timur dan Barat berlaku.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
"Samaada negara ini bakal dijadikan 'taruhan' atau permulaan kepada 'pengembangan' ilmu Melayu kuno, hanya, akan terjawap bila 'pertembungan' Timur dan Barat berlaku."
ReplyDeletePadaku..dan ku pilih dan berat isyaratnya...ayat selepas 'atau'...
"kerana rahmat dan kasih sayangmu..maka kau menjadikan aku dan dia..
juaralah aku didalam permainan ini.."