DIAM UBI BERISI, KARATNYA PAKU KEMATIAN SEMPADANNYA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Satu demi satu ujian datang menguji . Setiap batang tubuh anak bangsa Mim sememangnya dibekalkan dengan ilmu pengajian samaada melalui seni persilatan Melayu yang kebanyakanya mengandungi 'unsur pukulan ghaib' atau 'terselindung' mahupun 'teknologi' perubatan Melayu yang banyak 'menggunakan kuasa semula jadi alam' yang 'bermisteri', selalunya 'teknologi isteri' ini hanya dipraktis olih orang yang berdarah Melayu saja.
Perlu kita ingat bahawa di Malaysia kini ramai yang mengaku Melayu. Jika seseorang itu mempraktikkan kehidupan serta mengikut adat istiadat bangsa Melayu maka seseorang itu akan ditakrifkan sebagai orang Melayu . Itu yang diperakui olih Perlembagaan negara ini mengenai takrifan bangsa Melayu.itu sendiri.
Namun Melayu yang dimaksudkan disini bukanlah terdiri dari golongan yang 'mengikut" cara atau budaya serta adat resam Melayu" atau dalam erti kata sebenar 'bukan berdarah Melayu'. Kelompok ini tidak tergolong' dalam kategori bangsa Mim.
Bangsa Mim adalah satu kelompok bangsa yang sangat tinggi nilai, jati dirinya serta tinggi nilai budi bahasanya. Jika berhujah pasti 'perumpamaan atau kata kias' menjadi penyambung kata lidahnya dan bila bertindak pasti 'tiada' siapa yang mengetahuinya. Inilah bangsa yang sebenar berurikan bangsa Mim.
Masyarakat bangsa Mim amat 'terikat' dengan seni mempertahankan diri. Diantara jurus-jurusnya serta 'buah-buah'nya, kebanyakanya 'berisi' dan ini yang paling ditakuti olih pihak lawan. Kalau satu ketika dahulu kila sering mendengar kehebatan mereka melalui cerita mulut kemulut nenek moyang atau dari datuk kita dan ,mugkin juga diantara kita yang terdengar tentang kehebatan 'pendekar' Melayu sewaktu 13 Mei, namun, 'kelibat' mereka amat jarang sekali kita 'kenali' hanya orang tertentu saja yang mengenali mereka.
Begitu juga dengan 'teknologi perubatan Melayu kuno' ramai diantara jenarasi terkini, tahu akan 'keujudanya' namun untuk "mendekati', golongan teristemewa' ini, agak payah mungkin amat janggal untuk generasi kini 'memahami nilai' yang tersorok dipinggang mereka.. Inilah yang perlu digali dan dimenafaat semula olih generasi masa kini demi 'kelangsungan' dan 'bekal diri' untuk melangkah ke 'Alam Fitnah' yang telah pun tersingkap kini.
Kelayuan dan kelonglaian 'bangsa' yang mengaku Melayu ini tidak perlu diutamakan, kerana 'bangsa ini' bukanlah 'bangsa yang istemewa' berbanding 'Melayu Mim'. Cuma Melayu yang mengaku Melayu ini hanya layak menjadi 'pengikut' kepada Melayu Mim. Namun diera yang dikata 'dunia' yang berpaksikan kepada 'demokrasi' kini terdapat Melayu yang bukan dari bangsa Mim telah diangkat namun semua itu bukan pengukur atau penghalang untuk bangsa Melayu Mim 'mengulit' kuasa.
Perlu diingat hanya Melayu bangsa Mim ini saja yang bolih 'menongkah arus' yang terjadi kini. Melayu jenis ini saja yang 'bakal' mengegarkan dunia dan jenis ini saja yang berani untuk 'bertarung' serta mengadai nyawa demi mempertahankan agama serta amalan nenek miyang mereka. Walaupun kelompok ini hanya terdiri tidak lebih dari 30% dari semua bangsa yang dikata Melayu dinegara ini, namun, kehebatan 'dalaman' yang dimiliki belum lagi 'dipaparkan' dikhalayak .
Mereka-mereka yang menobatkan diri sebagai 'kiai atau mahaguru'ini kebanyakannya bukanlah dari golongan Melayu yang berbangsa Mim. Mereka ini kebanyakanya 'merasakan' bahawa mereka adalah bangsa Mim tetapi pada hakikatnya adalah 'sangkaan' mereka saja. Malah ilmu yang dimiliki hanyalah bertaraf 'duniawi' dan tidak lebih dari itu.
'Melayu Mim' ini sangat 'terselindung' kehebatannya dan amat jarang sekali 'mereka ini 'menobatkan' diri sepertimana Mahaguru yang ada kini tetapi bilangan 'pengikut'nya semakin bertambah dari hari kehari dan bergerak secara kecilan. Berbekalkan ilmu mengenal diri, ilmu mengenal al quran serta ilmu dunia 'Jin' maka keterangkuman semua ini menjadikan golongan ini amat 'istemewa' bangsa lain.
Kalau dunia Melayu terkenal dengan 'ilmu santau angin, ilmu busung, menjadikan jin sebagai hamba serta bermacam-macam lagi ilmu misteri, namun, ramai yang tidak mempercayai akan keujudan atau kehebatan ini, tetapi yakinlah , ilmu ini bakal" dipersada"kan, untuk mengharungi 'ketidak tentuan' yang berlaku kini.
Kini terdapat berbagai-bagai ulama, ada ulama dunia, ada ulama duit, ada ulama gila glamour, ada ulama 'pembangkang' ada ulama parti pemerintah dan bermacam-macam lagi, tidak ketinggalan 'ustaz-ustaz' yang mengaku 'cerdik agama' tetapi kebanyakannya 'tergelincir' apabila 'diduga. Tetapi golongan yang mengaku Melayu ini, selalunya tidak bolih 'bercampur' dengan Melayu Mim kerana pembawakan Melayu Min ini hanya suka 'beramal dan dilakukan kerana 'keikhlasan' dan bukan untuk 'balasan', inilah yang membezakan.
Perlu diingat, perbalahan didalam negara ini bukanlah kerana tiada kesepakatan sesama bangsa Melayu tetapi perbalahan dimulakan olih mereka-meraka yang mengaku Melayu dan ini amat menjengkelkan Melayu Mim. Melayu Mim 'amat' reserve' didalam perkara ini, melainkan kalau sesuatu terjadi, barulah 'Melayu Mim' ini akan turun padang.
Salah satu kehebatan Melayu Mim ini, mereka bolih 'berurusan' secara jarak jauh, olih itu, keperluan untuk menghadirkan diri disatu-satu program bukanlah amalan kerana kehidupan mereka 'banyak yang terselindung' dan selalu dalam kebaikan.' yang tidak perlu diterjemahkan kepada umum.
Inshaallah...akan disambung...
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
tapi sayang la orang melayu dah banyak tinggal bab2 batin...macam silat ada bunga tapi budak2 silat la ni kebanyakannya bukan taow pon yg bunga tuk pembukak kunci tenaga batin, yg depa igt bunga tu untuk keliru musuh wakaka...dan jurus2 pukulan dalam silat tak banyak pukulan penumbuk tapi lebih banyak pukulan telapak tangan yg berisi tenaga kalo guna penumbuk selalunya geng2 silat hat kosong dan begaduh kosong...kalo pesilat2 hat terjebak dalam pergaduhan biasa/kosong yg tak da guna ilmu batin pulak akan gunakan jurus2/buah2 yg mengunci sendi saja.....
ReplyDeletehanya bab nikah batin yg tinggal orang melayu kekal amal...
ReplyDelete