Wednesday, 9 April 2014

THE PROMISED LAND :MH 370 B777-200 MEMBAWA NEGARA KE DESTINASI BARU!!!!

SAMAKAH PANDANGAN KITA DENGAN MEREKA



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dua hari kebelakangan ini berita keterujaan akan penemuan 'block box' yang dikata dapat dikesan melalui peralatan sonar telah menjadikan semua yang mengikuti perkembangan ini berasa lega sedikit.. Namun berita yang diuar-uarkan ini bukanlah satu kepastian  tentang penemuan 'bangkai' pesawat MH 370 tersebut. Perlu diingat 'ping' yang dikata dikeluarkan olih 'black box tersebut' telah melebihi jangkahayatnya dan kemungkinan 'hilang'nya bunyi tersebut adalah besar. Olih itu pengharapan menggunung tinggi perlulah dihindarkan.

Bukan kita memperlekehkan usaha yang dilakukan olih 26 negara tersebut tetapi pencarian 'ping' yang dilakukan dipenghujung hayatnya 'membuatkan kita' rasa tertekan akan keberkesananya. Tetapi atas dasar kebertanggungjawapan terhadap semua keluarga penumpang serta untuk memuaskan 'hati-hati' mereka, maka, pencarian perlu diteruskan.

Kalau benarlah seperti yang didakwa bahawa 'pesawat' tersebut sememangnya berada didasar Lautan Hindi, persoalannya, kenapa, tiada satu pun penemuan cebisan-cebisan mahupun ceraian-ceraian  badan pesawat tersebut ditemui ? Walaupun Lautan Hindi itu berkeluasan yang luas melebihi benua Australia, namun, agak mustahil untuk tidak terjumpa sebarang bekas pesawat  yang 'terapung dipermukaan air. Ini yang dipertikaikan.

Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, pendapat dan 'rasa' saya tetap 'meragui' keberadaan bangkai pesawat tersebut  didasar Lautan Hindi. Apa yang disuakan olih 'pakar' dari Barat ini sebenarnya amat meragukan 'dapatan'nya. Tetapi disebabkan ketidakmampuan kepakaran kita didalam mengolah apa yang sebenarnya 'tersembunyi' maka, kita tidak ada pilihan  lain melainkan mempercayai bulat-bulat apa yang dikata, kerana itulah saja pilihan yang kita ada.

Namun yakinlah, pada pengakhiranya, bukan saja 'black box' tidak akan ditemui malahan 'seluruh' batang tubuh 'pesawat'  MH 370 juga pasti tidak ditemui. Itulah akhiranya nasib MH 370 B777-200 yang akan  'dikata' bersemayam di Lautan Hindi ini buat selamanya.

Satu kepastian yang perlu kita sedari, keterlibatan kuasa besar didalam 'misi pencarian' yang dirancang ini bakal menjadikan negara kita 'berhutang' dengan kelompok tertentu. Bukan balasan wang ringgit yang dipinta dari kita, tetapi, balasan 'jalan baik' bakal diranjau kepada kita. Kita perlu ingat bahawa negara kita merupakan contoh atau  'juara' bagi negara-negara membangun, olih itu 'perasaan iri hati' serta ketidakpuasan hati negara kuasa besar terhadap Malaysia inilah yang menyebabkan negara kita 'dijerat' sedemikian rupa.

Negara barat sedar dan telah mengikuti perkembangan negara kita secara dekat dan melalui ruang yang dibuka olih penentang-penentang Melayu serta Islam, maka, keterujaan mereka untuk 'mencucuk jarum' serta mengkucar-kacirkan 'pemerintahan Melayu',melalui 'proksi' mereka, diharap akan membuahkan hasil pulangan. Berkehendakan  agar negara ini terjebak seperti yang berlaku seperti  dinegara Islam yang  lain serta dapat  menentukan 'pucuk pimpinan' Melayu agar  berkiblatkan 'kepada mereka, adalah keutamaanya.

Berbekalkan dari kegagalan mereka untuk 'menyusup' dan kegagalan  'menyuntik ideologi' mereka secara terhormat kedalam Parti  pemerintahan dan  Kerajaan maka 'permainan' tangan-tangan ghaib' yang berselindung disebalik NGO-NGO yang berkiblatkan kepada ajenda 'hak asasi manusia' serta 'suara majoriti' ber serta dengan  puak yang tidak sealiran dengan Parti Pemerintah maka, pengajendaan untuk 'memeliki watak-watak' ini , adalah 'fokus'  dan matlamat mereka.

Walaupun terdapat sebahagian ajenda dan ideologi  mereka telah berjaya menyusup kedalam hati dan sanubari watak-watak ini, namun, apa yang diharapkan belum lagi sampai kekemuncknya. Tetapi usaha kearah itu masih lagi berjalan dan terus diberikan 'keutamaan'. Apa yang kita takuti ialah 'kelemahan Pemerintah' yang dihidu olih mereka ini  bakal 'meranapkan' apa yang kita perjuangkan selama ini.

Mengagalkan usaha untuk memertabatkan Melayu ,menggagalkan usaha untuk menjulang agama Islam sebagai pegangan hidup serta 'mensabotaj' usaha untuk  meningkatkan ekonomi Melayu dan Islam , merupakan, tujuan dan ajenda terbesar golongan ini.  Mereka  berkeinginan untuk melihat negara ini huru hara serta bergaduh sesama rakyat serta memecahkan 'perpaduan' rakyat" agar 'fokus' negara ini lari dari 'matlamat'. Itulah cita-cita mereka.

Pengakhiran kepada kuasa milik orang Melayu seakan-akan dipenghujung. Sekiranya orang Melayu serta pucuk pimpinan UMNO  tidak balik kepada perkara asas iaitu 'membela nasib orang Melayu' serta 'meningkatkan pencapaian pendapatan orang Melayu serta ditambah dengan keyakinan terhadap penyempurnaan  Al Quran serta Sunnah, maka, pengakhiran mereka sudah sampai kedepan pintu dan  bersedialah untuk 'prasa' yang lebih memilukan.

Sekiranya tiada lagi orang  Melayu menadah tangan 'mengaminkan' doa untuk pemimpin-peminpin serta memohon keberkatan, maka, bakal berakhirlah satu 'kekuatan'  dan ' roh' tanah bertuah ini.

                                                         ikhlas dari : Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment