AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Monday, 19 May 2014
THE PROMISED LAND ; WADAH BARU MELAYU MEEM UNTUK DIPERSADAKAN : DEMI 'KEREDAAN' MENGIKUT AL QURAN DAN SUNNAH.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berkurun lamanya kita memendam hati, bertahun lamanya kita memakan hati, berzaman lamanya kita diperkotak katikan, berketurunan sudah pembongak-pembongak ini melahap hak kita,. Apa yang bakal ditinggal olih pemimpin-pemimpin ini hnyalah 'hutang dan beban' yang meningkat setiap tahun tetapi sebaliknya ' mereka hidup dalam kesenangan, kemewahan tanpa had. Apa bakal terjadi kepada kita dan juga pewaris yang ditinggalkan sekiranya kita tidak berani berhijrah atau pun berubah.
Allah SWT juga berfriman didalam Al Quran :-
(antaranya)
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Rad)
“Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun seberat zarah dan jika ada kebaikan (walaupu sekecil zarah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberi pahala yang besar dari sisiNya.” (an-Nisaa’: 40)
Sekiranya baginda Rasullulah s.a.w sanggup menggalas 'amanah' yang dipikulkan dibahunya olih Allah SWT untuk menyampaikan kata-kata Allah SWT yang dipanggil 'dakwah' kepada bangsa Arab yang sememangnya berada didalam keadaan jahilliah, kenapa pula, kita hanya berpeluk tubuh dan tidak berusaha seadanya untuk 'membetulkan' apa yang 'bersalahan' atau ' 'yang tersasar' yang telah dilakukan olih olih Pemimpin kini. Tidakkah kewajipan kita untuk 'merubah'nya?
Kita telah melihat kegagalan kelompok politik bangsa kita untuk menyatukan bangsa Melayu dibumi ini begitu juga dengan 'kegagalan' mereka didalam 'mempertahankan serangan' terhadap kesucian Islam, dan mungkin kerana mereka takut akan kehilangan 'sokongan' dari 'sekutu' mereka maka, 'penghinaan' yang berlaku tidak diambil berat malah 'meremeh'kan pula 'suara-suara' orang Melayu.yang lantang bersuara.
Perasaan sakit hati dan perasaan tidak puasanhati sentiasa membuak-buak didada Melayu apabila ';timbul' sesuatu isu yang meremehkan Melayu dan Islam. Kesabaran yang sememangnya 'meliputu hati' bangsa Melayu telah dihiris secukupnya, namun, perasaan ini tidak pula 'terkesan' dihati pemimpin Melayu.. Mungkin disebabkan kebanyakan Pemimpin telah 'melalui transformasi' diri agar sentiasa dilihat 'libral dan mungkin juga telah libral' telah menghapuskan perasaan 'jati diri' mereka sendiri sebagai seorang Melayu dan juga sebagai seorang Islam.yang libral.
Pegangan baru yang 'dianuti' pemimpin ini telah banyak 'merosakkan' akidah diri sebagai bangsa Melayu. Walaupun berbaju Melayu dan bersamping penuh mahupun terlilit serban yang besar dijunjung dan berjubah penuh sehingga menyapu bumi sewaktu perhimpunan parti mahupun gerakan mereka , namun, keperihatinan yang terlebih disangkutkan kepada kuasa politik dan harta dunia, Dan inilah yang telah menjahanamkan identiti Melayu dan perjalanan Islam dalam diri mereka
.Keciciran kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam bukan lagi keutamaan tetapi 'kelangsungan' politik yang bersetia kawan dengan 'musuh-musuh dalam selimut ' dan menyisihkan keutamaan agama Islam telah mula menenggelamkan diri mereka, samada pemimpin UMNO, PAS dan juga PKR tersedar atau buat-buat tak sedar , semuanya bakal 'terkait' dan 'terpalit' sama dalam keghairahan 'libral' anutan terbaru ini..
Perlu direnung kembali dizaman baginda Rasullulah, adakah Baginda Rasullulah s.a.w apabila membuat sesuatu keputusan adakah beliau memutuskanya sendirian atau melalui 'musyawarah' dengan para sahabatnya?
Bagaimanakah baginda 'memulakan' pergerakannya? Adakah dengan kekerasan? atau hanya melalui 'kata-kata' baginda dan para sahabatnya?
Inilah yang perlu digerakkan dari sekarang sekiranya kita tidak mahu melihat negara ini dilibralkan olih pemimpin pemimpin yang mengaku Melayu dan Islam.ini.
Olih itu satu kerangka perlu digerakkan olih orang Melayu dan Islam dibumi ini untuk 'menangani' atau 'menghapuskan' fahaman 'libral' ini. Bukan saja pegangan mereka yang libral terhadap 'keperluan' Melayu teapi 'kelibralan'; mereka didalam agama juga harus di 'noktahkan. Kebarangkalian untuk fahaman 'libral' ini untuk berkembang biak kepada 'anak Melayu' dimasa mendatang juga perlu dibendung dan dihentikan. Untuk menghentikan 'pegangan' ini maka 'ibu'nya perlu dihapuskan dengan segera.
Apakah 'ibu' yang dimaksudkan disini ialah menolak kebaradaan semua parti politik yang 'berkuasa' samaada diperingkat pusat mahupun peringkat negeri waiman parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Semuanya kefahaman mereka yang tertanam dari dahulu sehingga kini perlu dicabutkan. Jalan yang akan kita lalui bukanlah melalui cara parti pembangkang iaitu ' menabur fitnah atau merusuh mahupun mengguling kerajaan' tetapi jalan yang akan kita lalui adalah melalui 'undi' .
Yakinlah melalui suara ataupun undi bangsa Melayu yang berjumlah melebihi 15 juta ini, bolih merubah segalanya. Apa yang kita lihat akhir-akhir ini 'keghairahan; Melayu untuk 'menobatkan' Islam mengukit Al Quran dan Sunnah amat 'terlihat kedahagaanya'. Kedahagaan untuk 'membentuk' kepimpinan Islam cerminan cara Khalifah amat dinanti-nantikan.olih orang Melayu.
Untuk membangunkan kembali keagungan bangsa Melayu serta kegemilangan peraturan Islam untuk diterjemahkan didalam kehidupan yang bertakrifkan 'hukum Allah', perlulah dimula dari sekarang. Bukan senjata yang perlu kita angkat tetapi 'akidah' serta 'keimanan' yang kita junjung perlu kita terjemahkannya didalam 'Pilihanraya'. Bibit-bibit kebencian terhadap parti pemerintah mahupun pembangkang amat ketara ketika ini dan sekiranya 'perkara' ini tidak digapai, berkemungkinan 'bukan Melayu' bakal 'menentukan hala tuju negara ini melalui calon 'proksi'nya.
Sanggupkah kita berdiri tak sama tinggi dan duduk tidak sama rata dengan 'pendokong' Libral ini?
...bersambung...
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Demokrasi + Khalifah......
ReplyDeletePelaksanaan khalifah atas platform demokrasi tetapi bukan melalui jalan demokrasi.
Ia akan menjadi perintis kepada-"Total Muslim Nation"
Amcam brader..ader wokey ker ini eyedeer???
hehe...
Salam. Baik cadangan tu..walauapapun,,kita akan cuba untuk merealisasikannya apa yang garap bagi persediaan PRU14.. Inshaallah..kita kena bergerak dari sekarang.
Delete