Sunday, 18 May 2014

THE PROMISED LAND : TAK PERNAH NAK BELAJAR

PANDAI TAK BOLIH DIAJAR BODOH TAK BOLIH DI TUNJUK
YANG DINAMPAK, DUIT!! DUIT!! DUIT!!!
KAYO...KAYO..KAYO.. KAYO PAK CHIK!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Walaupun umurnya sudah 68 tahun, namun, pengalaman, serta perjalanan yang ditempuhi tidak mematangkan pemikiran  kebanyakkan penerajunya dan ahlinya.

Walaupun UMNO diasaskan olih Onn Jaafar namun kelibat yang mengambil alih kepimpinan selepas perletakan jawatannya adalah Tunku Abd Rahman Putera Al Haj. Walaupun kita berasa terhutang budi kepada semua pemimpin yang bertungkus lumus siang dan malam 'menghujah'  punggung British untuk kemerdekaan namun, pada akhirnya apa yang diidamkan berjaya juga kita  dikecapi .

Diera kemerdekaan UMNO telah memileh Tunku Abd Rahman Putra Al Haj sebagai Perdana Menteri yang mewakili UMNO dan pada ketika itu Barisan Nasional belum lagi tertubuh namun persefahaman sesama perti komponen dikenali sebagai Parti Perikatan.

Hanya mereka- yang berjuang bersama  Tunku Abd Rahman.saja diberikan kedudukan dalam pentadbiran namun dibahagian kewangan calon yang dipertanggungjawapkan bukan lah dari UMNO.

Namun diera pemerintahan Tunku seorang anak muda yang amat lantang dan selalu tidak sealiran dengan pemikiran Tunku muncul dan menjadi 'duri dalam daging' terhadap kepimpinannya. Watak tersebut adalah Dr Mahathir. Olih kerana 'penyesuaian' tidak' terbentuk diantara dua watak ini maka Tunku mengambil keputusan untuk memecat Dr Mahathir dari UMNO dan begitulah kesudahannya sehingga Tunku bersara.

Diwaktu Tun Razak menjadi Perdana Menteri ' Dr Mahathir 'dibawa semula kedalam UMNO olih Dato Harun Idris. Diera inilah Dr Mahathir menunjukkan 'belang'  sebagai seorang pemimpin muda yang mungkin dilihat olih Tun Razak sebagai  seorang yang 'berkaliber' dan mengamanahkan kepada beliau sebagai seorang Menteri.apabila memenangi Kerusi Parlimen Kubang Pasu.

Diera Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau dicubai olih empat  orang Timbalan, bermula dengan Musa Hitam, Ghafar Baba , Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi apa yang dapat dilihat tidak banyak 'muka' baru yang muda  dibawa masuk atau 'dididek', olih  Dr Mahathir kecuali Najib Razak yang diberikan 'kesempatan' untuk menggantikan tempat 'bapa'nya tanpa perlu melalui 'sistem' yang dipakai olih UMNO. Hanya kerana 'berstatus' anak kepada Tun Razak serta 'untuk mengenang dan membalas budi Tun Razak, maka, 'takhta' tidak berganjak.. Begitulah bertuahnya 'badan yang bernama 'Najib' .

Tetapi apa yang pasti  Dr Mahathir dan UMNO  tetap  mengekalkan muka-muka lama samada dipersada kuasa  didalam Pertubuhan UMNO mahupun dalam Kabinetnya, semuanya adalah wajah yang  sama.. Cuma sedikit perubahan telah dilakukan dinegeri-negri, Dr Mahathir mengharapkan 'wajah' muda untuk membarisi jawatan Menteri Besar mahupun Ketua Menteri yang diantaranya Rahim Thambi Chik, Isa Samad,Khir Toyo dan beberapa lagi muka baru, namun, kepimpinan Menteri Besar ini tidak berjaya untuk pergi lebih jauh kerana kebanyakan dari mereka 'terpalit' dengan 'skaandal', sama ada 'rasuah' atau pun 'perempuan' , itulah yang membantutkan ;usaha beliau.

Kerancakkan ekonomi berlaku diera Dr Mahathir. Walaupun berbillion ringgit nilai pembangunan dilakukan untuk  kemodenan negara, namun apa yang pasti kebanyakkan kaum yang berjaya 'meraih atau mengaut' keuntungan adalah bukan Melayu. Walaupun Dr Mahathir melaungkan bermacam-macam projek namun pada akhiranya 'hanya' kroni ' dan bukan Melayu yang 'mengungguli' kebanyakan labanya. Begitulah yang terjadi diera Dr Mahathir.
Masih tak nak belajar??

Diera Pak Lah pun perkara yang serupa berulang. Pemberian projek mahupun tender ataupun lesen-lesen perbank diagihkan kepada bukan Melayu. Tidak ketinggalan anak  dan mennatu beliau sendiri juga menerima labanya. Walau apun Pak Lan 'berjaya' menanam menantunya didalam UMNO dengan cara yang 'terbaik'. Tanpa latar belakang dan hanya berbekalkan status 'menantu', KJ diterjunkan dari atas untuk berada dan setaraf dengan 'ketua' dibawah Pak Lah.

Melalui gerombolan yang ditanamkan olih Pak Lah ini telah membuatkan UMNO huru hara sekejap. Berstatuskan 'budak Tingkat 4', gerombolan yang tidak disukai olih puak-puak tertentu didalam UMNO telah 'mengoyahkan' kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO. Namun sebelum kejadian bertambah buruk KJ telah berjaya 'menanam' orang-orangnya' diperingkat Pemuda dan akhirnya KJ melalui Pak Lah berjaya 'mengukugkan' kedudukan menantunya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Syabas Pak Lah.
Masih kah lagi UMNO tidak belajar.?

Tetapi amat berlainan perjalananya dengan Najib. Diatas kelemahan Pak Lah serta 'kegusaran' ahli UNMO terhadap 'apa yang Pak Lah lakukan yang mengakibatkan Anwar Ibrahim 'terlepas', maka, kemarahan pemimpin  UMNO terhadap beliau semakin memuncak. Maka satu gerakan telah dilakukan dari dalam UMNO yang pada akhirnya Pak Lah 'terpaksa' melepaskan jawatan kepada Najib sebagai Perdana Menteri.

Kemungkinan sebelum Dr Mahathir 'melepaskan' jawatan kepada Pak Lah, meletakkan Najib untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri sememangnya diatur. Olih itu Najib ,merupakan Timbalan kepada Pak Lah. Mengapa dan kenapa Dr Mahathir menamakan Najib dan tidak kepada Muhyiddin Yassin tidak pula diketahui sebabnya. Tetapi sekiranya Muhyiddin Yassin yang bertindak sebagai Timbalan kepada Pak Lah, kemungkinan permasaalah masa ini mungkin dapat dielakkan. Namun semua itu 'ditutup' Allah SWT..

Semua Menteri Besar atau Ketua Menteri yang berjawatan ketika Najib memikul tanggungjawap sebagai orang nombor satu negara, semuanya adalah hasil peninggalan dari era Dr Mahathir dan Pak Lah. Ghani Othman, Ali Rustam, Muhammad Hj Hasan, Adnan Yaakob adalah yang paling lama, sementara pada PRU 2008 Idris Jusoh dan Sahidan Kassim telah digantikan sementara Kedah , Selangor dan Perak tergadai ketangan Pembangkang tetapi disebabkan kemenangan tipis di Perak dan Pakatan bergolak, maka, Perak berjaya 'diambil' semula, tanpa ' politik yang bermaruah'.

Nampaknya apa yang berlaku diarena politik UMNO, mereka tidak pernah mahu belajar mahupun 'menggunakan' pendekatan terbaru. Kemungkinan 'menyakini' bahawa Melayu selamanya akan 'menyokong' mereka, telah 'mengubah' langskap politik .  UMNO yang selamanya ;berkeyakinan' bahawa perancangan mereka adalah yang terbaik telah memakan diri. Kepercayaannya kepada rakan strategik iaitu MCA, MIC dan Gerakan hampir-hampir 'melupuskan' kuasa Barisan Nasional.

Majoriti kerusi yang ditandingi UMNO semuanya 'berjaya' dipertahankan hanya bebarapa saja kerusi tersebut terlepas ketangan Pakatan pada PRU 13 yang lalu. Hanya kerana ingin mengekalkan nama-nama 'besar' yang telah diketahui 'busuk' olih rakyat, maka, terdapat calon UMNO yang kecundang tetapi 'tamparan' lebih besar terjadi kepada MCA, MIC dan Gerakan. Majoriti kerusi yang diperuntukan kepada rakan mereka semuanya kecundang .

Tidak mahu belajar dari sejarah PRU 2008 dan bertindak mengiukut filosofi  'aku saja yang tahu', telah mengakibatkan 'tsunami Cina' melanda Barisan Nasional. Hampir keseluruhan kaum Cina menolak Barisan Nasional, namun kebanyakkan calon MCA dan MIC yang menang kebanyakanya datangn dari kawasan yang bermajotiti Melayu, olih sebab itu calon MCA dan MIC mempunyai tempat dalam Barisan Nasional.

Strategi menghulur projek serta imbuhan-imbuhan serta janji tidak menaikan harga barangan  kepada rakyat adalah 'umpan'nya namun Barisan Nasional dan UMNO masih juga tidak belajar. Belumpun setahun mandat PRU 13 diperolehi Najib telah mengurangkan beberapa subsidi serta menaikkan tariff elektrik dan yang terbaru mengenakan GST pula. Semua ini tidak disukai olih rakyat. Maka pada akhirnya 'beberapa' PRK yang diadakan BN kecundang juga ditangan rakyat. Yang terbaru adalah PRK Kajang, walaupun majoriti penduduknya adalah Melayu namun diatas perkiraan kerusi Kajang adalah milik MCA maka, Barisan tetap memperuntukkan kerusi tersebut kepada MCA dan pada akhirnya BN tertolak juga walaupun calon yang ditentang datangnya dari ' Permatang Pauh'. Apakah . BN dan UMNO masih tidak mahu belajar.?


Dan yang terkini dua PRK bakal berlangsung, satu di Pulau Pinang iaitu Kerusi DAP di Bukit Gelugor dan satu lagi di Teluk Intan juga kerusi DAP. Tetapi sesuatu yang memalukan calon Barisan Nasional iaitu MCA tiada keberanian untuk 'bertarung'  di Bukit Gelugor dan ini sedikit sebanyak mencalar imej komponen Barisan Nasional. Nampaknya kegagahan Barisan Nasional melalui Gerakan mahupun MCA di Pulau Pinang bolih lah diibaratkan sebagai parti tersebut sudah  'berkubur' dan tiada keperluan lagi untuk "menderma free' ditanah tersebut.

Berbanding dengan Teluk Intan, DAP mempertengahkan wanita Melayu untuk 'calon' mereka, walaupun usianya baru setahu jagung dalam politik atau masih mentah, namun, diatas rasa Cina akan menyokong siapa saja calon  yang diketengahkan olih DAP serta strategi 'untuk' memecahkan 'undi Melayu' maka pendekatan mempertengahkan anak pemimpin UMNO bahagian dijadikan umpanan untuk menentang calon Barisan dari Gerakan.

Sememangnya Barisan Nasional melalui rakan mereka iaitu  Gerakan akan bertanding,  namun calon yang diketangahkan , walaupun dikata ;berstaus' atau 'berpengalaman' namun, apa yang pasti, Gerakan tidak mampu memperketengahan calon muda untuk berhadapan dengan calon muda DAP. Semuanya seakan-akan misi 'membunuh diri' atau 'sekadar 'mencuba nasib' buat Gerakan. Telah terbukti bahawa kaum Cina sememangnya telah menolak parti MCA mahupun Gerakan, tetapi, hakikat ini tidak mahu diterima. Masih lagi Barisan Nasional tak mahu belajar.

Apa yang pasti, calon muda ini berpeluang cerah untuk memenangi PRK, perjuangan ini,bukan lah kerana kehebatannya dalam politik  mahupun karismanya sebagai seorang Peguam , tetapi kerana kaum Cina  DAP mahu  memalukan UMNO dan Barisan Nasional kerana BN dan Najib  'masih' berharap dengan 'parti yang telah dimatikan' olih kaum CIna sendiri.

                Begitulah otak  pemimpin  UMNO dan Barisan Nasional, masih tak mahu belajar!!!!!      
KALAU TAK MAHU BELAJAR, BERLUMPOLAH KAU DALAM
KUBANG KOBAU TU..
SILAP-SILAP ADA YANG KONO SEMBOLIH!!!
                                

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. ditakoni nakoni
    diajari ngajari
    puyeng endase
    wong..wong.

    ReplyDelete