Sunday, 18 May 2014

THE PROMISED LAND : UMNO MELAHIRKAN GENERASI FAHAMAN ANTI HAK -MELAYU

BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG.
 KERENA TERLAMPAU TAKSUB DENGAN UMNO
KELAHIRAN ANAKNYA TIDAK DIDIDEK
MENGIKUT ACUANNYA
MAKA LAHIRNYA SEBAGAI ANTI HAK MELAYU

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Berpuluh tahun ibunya berada didalam kepompong UMNO, walaupun menjawat kedudukan tinggi didalam pergerakan yang didakwa  'bertunjang' untuk 'kelangsung Melayu' namun, didalam  elemen mendidik anak sendiri, kegagalan juga dipenghujungnya. Berantakan dan berjuang yang dikata atas nama 'hak Melayu' dan seolah-olah darah yang mengalir ditubuhnya yang diselaputi kulit yang 'berbenderakan' UMNO, namun, hasil yang tuai masih tidak dapat 'menghela' anak sendiri didalam perjuangan sendiri.

Yang menyedihkan 'hasil' yang diraih dari Pertubuhan yang dianggotai tidak mencerminkan 'keperibadian' pendidiknya, dan hasilnya, lahirlah 'seorang watak' yang dipupuk keilmuannya diperingkat tertinggi iaitu UITM yang sememangnya dihakkan untuk Melayu dan bumiputra, namun, apabila mula 'berjawatan' dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik, maka, segala 'kebaikan dan ilmu ' yang diraih di pusat pengajian Tinggi yang 'berkiblatkan' kepada Melayu dan Bumiputra, dilihat pula sebagai ''pusat' yang menafikan hak bangsa asing.

Kemungkinan melihat bahawa pengorbanan ibunya yang 'menjunjung' Pergerakan Wanita UMNO tidak berhasil untuk menjadikan ibunya sebagai  'idola'nya yang gagal diangkat sebagai  'wakil rakyat' ataupun 'tiada perubahan' dalam 'sisi 'kemudahan kewangan keluarga ' yang gagal  dinikmati didalam perjuangan ibunya, memungkin, watak ini, berubah arah untuk tidak berserta dengan perjuangan ibunya.

Memandangkan peluang amat besar yang  ditawarkan kepada mana-mana Melayu yang 'berpendidikan' untuk menyertai parti 'kebencian Melayu' ini iaitu DAP , maka, peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk 'mencerah' masa hadapannya , walaupun, terpaksa berhadapan dengan 'kebencian' orang Melayu dikelilingnya.

Namun jalan yang dirintis olih anak muda ini bakal menobatkan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen . Walaupun kebolihan dan kecermerlangan dalam politik belum lagi terbukti , namun," lesen' yang diperolehi dari DAP, yang  bakal mendapat sokongan  padu dari  seluruh penyokong DAP di Teluk Intan dan ini  bakal menukar scenario politik masa kini. di Perak.

Walaupun kita tahu tiada apa yang kekal dalam politik, namun, pada masa ini, anak muda ini akan berjuang diatas tiket DAP, namun, apa yang diharapkan,  inshaallah ,;dihujung 'terowong' nanti beliau akan terlihat cahaya kebenaran dan kita doakan agar beliau akan 'berpatah balik' ke alam Melayu . Tiada apa yang mustahil, sedangkan Lee Lam Thye yang berpuluh tahun berjuang atas lantai DAP namun dipertengahan jalan, 'lukah dan tuba'  juga yang perlu tempuhinya, maka, 'jalan keluar' juga yang dipilieh olih beliau.

Olih itu biarkan dia bermula dengan bermain api, apabila, api menyambar dan membakar tangan, barulah kesedaran akan muncul.

                                                            Selamat berjaya....
PERAK TODAY 6
DAP MENUNJUKKAN TANDA BAGUS KERANA MELAYU BERJAYA
DIKUDAKAN DEMI MEMECAHKAN KUASA MELAYU
KEBANYAKAN MELAYU HANYA MELIHAT KEKAYAAN
HARTA BENDA SEBAGAI TANDA ARAS KEJAYAAN SESEORANG
NAMUN 'KEIMANAN' DAN 'KETAKWAAN'
BUKAN LAGI  UKURAN ..
                             

                                                      ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




















                                                   

No comments:

Post a Comment