TAMAK YANG MENJANJIKAN SYURGA ALLAH |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Haloba adalah salah satu dari sifat yang ada dalam diri manusia. Sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam namun semua perasaan ini tetap terpendam dan bermain-main didalam diri seseorang.
Namun apa yang ingin diketenganh disini ialah sikap pemimpin Melayu yang ada kini, samaada mereka itu UMNO, PAS mahupun PKR namun 'sikap haloba' mereka ini semakin hari semakin menonjol dan ada yang merusakkan diri mereka sendiri.
Haloba dalam kuasa, kesemua pemimpin samaada yang berjawatan dalam parti pemerintah mahupun yang berada disebelah pembangkang walaupun 'bertaklikkan'kepada Islam, namun sifat haloba mereka tetap terserlah. Haloba kepada kuasa dan haloba kepada kekayaan telah memusnahkan 'manusia' jenis ini.
Haloba dalam kekayaan pula, sememangnya berkembang biak, biar kepada pemimpin mahupun kepada orang kebanyakkan, semua tidak 'terpisah'. Haloba untuk menjadi kaya, dan haloba untuk mendapat jodoh idaman semuanya terkandung.
Tetapi haloba yang terlebih baik adalah haloba didalam mengerjakan suruhan Allah SWT. Inilah haloba yang terlebih mulia disisi Allah SWT. Sekiranya sifat haloba ini dapat ditanamkan didalam diri setiap insan yang setiap waktu menghadapkan diri dihadapan Allah SWT, dengan berendah hati, bermusahabah diri serta akur dengan sifat 'dermawan' mahupun bersedekah, inshaalllah, kehidupan umat Islam yang haloba jenis ini selama nya akan diberkati.olih Allah SWT.
Tetapi yang membimbangkan kita terdapat pula golongan yang haloba yang amat memudaratkan. Sifat haloba yang berlebihan terhadap 'guru-guru' agama mahupun ustaz yang dilihat amat bertentangan dengan suruhan mahupun aturan agama Islam yang dibawa olih Baginda Rasullulah . Walaupun terhadap beberapa percanggahan disegi pemahaman namun disebabkan sifat haloba tersebut telah memisahkan beberapa kelompok dalam masyarakat..
Walaupunpun sifat halobanya untuk mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta namun 'pembawakan' sesetengah 'guru ' atau 'ustaz' yang mengajarkan ilmunya yang bukan berunsurkan dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul dan inilah yang mengakibatkan haloba tersebut memesongkan hati seseorang dan menobatkan diri mereka sendiri setanding Tuhan, Nabi mahupun wali Allah.
Ayah Pin, Guru Yahya, Tuhan Harun dan ramai lagi watak-watak yang 'terselindung' dan yang tidak kita ketahui, namun, diatas 'kehebatan' atau 'kelebihan' yang dimiliki mereka telah memungkinkan pengikut mereka ini 'terkhilaf' dalam perjalanan menuju kebenaran walaupun mereka mengaku bahawa mereka adalah benar.
Sejauh mana haloba ini menjerumuskan diri seseorang itu dalam kesesatan sehinggakan menjadi 'taksub' dan 'buta mata dan buta hati' kita serahkan kepada Yang Maha Esa menentukanya. Walau apapun halobalah anda terhadap 'amalan dan suruhan Allah' ' sesungguhnya 'haloba' bentuk inilah yang akan menyelamatkan anda dan keluarga anda dari api neraka.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment