Wednesday 4 June 2014

THE PROMISED LAND :- SALAH SIAPA ? TAKDIR ATAU QADA & QADAR

ADAKAH INI KELUARGA YANG KITA INGINKAN
KENAPA MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK ANDA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Pepatah melayu menyebutkan bebarapa perumpamaan untuk dijadfikan beberapa renungan untuk anak bangsanya. Samaada perumpamaan ini relevan atau selari dengan 'pandangan Islam mahupun pemikiran dari pandangan ulama terdahulu dan kini  hanya kita saja yang dapat menilainya.Diantara istilah-istilah Melayu dahulu adalah ," Bapa borek anak rintik" ", macammana acuan begitulah kuihnya,".

Samaada kita bersetuju dengan perumpamaan ini atau sebaliknya hanya kita yang bolih menilainya.

Setujukah kita sekiranya seseorang bapa itu adalah seorang pencuri ataupun pembunuh adakah zuriatnya nanti juga akan menjadi pembunuh atau pencuri seperti bapanya ataupun seorang wanita yang bersuamikan seseorang yang tidak pandai agama adakah anaknya nanti juga akan 'mengulangi' kegagalan' ibubapa mereka?

Tidak semestinya seorang anak bekas pembunuh mahupun seorang  bekas pencuri akan mengikut perangai bapanya dan perkara ini adalah pasti dan kemungkinan peratusan untuk sianak mengikuti perangai ibubapa mereka amatlah rendah.

Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan adalah mengenai nasib dan masa depan anak-anak kita dimana kita telah menaruhkan kepercayaan seratus peratus perkara dalam mendidik anak-anak ini ditangan 'pengasuh' mahupun 'orang gaji  ketika berada dirumah. sementara kita sebagai ibubapa pula sibuk 'berkerja' mahupun berniaga.'. Kalau 25 tahun dahulu sememang 'perkara mengasuh' anak-anak olih orang gaji kesemuanya dlakukan olih 'orang tempatan' atau 'kaum sendiri' dan rasa tanggungjawap dihati 'pengasuh' atau 'orang gaji' tersebut banyak yang 'beridentitikan' Melayu semuanya. Olih itu 'kelopongan' didalam 'menetapkan garis panduan' berintikan Melayu amat mudah untuk dicorakkan kepada anak-anak..

Tetapi 15 tahun kebelakangan ini semua  'tanggungjawap' pengasuh mahupun orang gaji telah dimonopoli olih orang luar iaitu 'imigran', kebanyakkannya berbangsa Indonesia. Amat kurang anak Melayu sanggup menjadi 'orang gaji' mahupun 'pembantu rumah' ataupun  'pengasuh'. Kemungkinan pendapatan yang ditawarkan tidak setimpal dengan 'tanggungjawap' dan berkerja tidak tentu masa, membuatkan 'anak tempatan' tidak berminat dengan bidang ini. Kalau mengikut hukum atau Al Quran siapakah yang dipertanggungjawap olih Allah SWT untuk ;mendidik' anak-anak? Apakah tugas sebenar ibu dan dimana kedudukan 'mahupun 'peranan  sebagai 'ayah'? Adakahkah kita 'mengkut' Al Quran didalam perkara mendidik anak-anak?

Kini hampir keseluruhan tenaga kerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji diisi olih orang Indonesia. Mahu tidak mahu demi untuk meringankan 'bebanan' serta ''membantu' para-para isteri yang 'berkerja' 'tanggung jawap' untuk 'mendidik anak mahupun memantau' anak-anak' diserahkan sepenuhnya kepada pembantu. Seawal bayi yang  berumur 5 bulan hingga kealam persekolahan sehingga  tamat alam persekolahan kebanyakkannya 'anak-anak' ini 'berada' dibawah 'pengaruh atau sikap mahupun tingkah laku' pengasuhnya. Walaupun bukan semua yang terkesan dengan fenomena ini tetapi 'majoriti'nya amatlah terkesan

Apa yang dapat dilihat setiap ibubapa hanya mempunyai lebihkurang 4-5 jam sehari untuk bersama anak-anak mereka selebihnya 'semuanya' dibawah 'ketentuan penjaga'. Hanya dihujung minggu saja ibubapa dapat menghabiskan masa bersama dengan anak-anaknya, itupun sekiranya ibubapa 'tidak' mempunyai 'ajenda' lain dipejabat mahupun 'kerja lebih masa.

Apa yang terjadi kini bukan saja perangai  anak orang kebanyakan yang memppunyai sikap yang tidak sepatutnya tetapi sikap anak-anak orang berada juga mengalami kemerosotan 'yang' mendadak. Samaada dari segi 'adap' dan tingkahlaku malahan  sifat kasar serta tidak menghormati orang lebih tua amat ketara dikalangan mereka. Sifat tidak memperdulikan orang lain serta kurang perihatin terhadap jiran mahupun masyarakat amat ketara. Walaupun anak-anak ini dihantar untuk mangaji mahupun berlajar ilmu keagamaan diperingkat awalan namun 'terkesan;nya pembelajaran yang diajarkan tidaklah mendalam dihati jiwa dani mereka. Kenapa? Apakah yang 'menggagalkan' usaha' ini didalam pembentukan 'diri' seseorang yang 'berintikan' agama? Dimana silapnya?

Gejala sosial mahupun perangai songsang sebagai 'manusia' amat ketara. Perlakuan biadap mahupun sifat kurang ajar terhadap orang lain bukan lagi sesuatu yang luarbiasa malahan semakin menjadi-jadi. Gaya hidup bebas mahupun hidup bercorakkan 'barat' dijadikan 'model' dalam kehidupan. Bargaya dan berlagak adalah 'pakaian' anak muda masakini.

Walaupun ibubapa mereka berakarumbikan 'agama' dan 'peradaban' Melayu yang tinggi, namun, semua ini tidak dapat menjamin 'pembentukan' peribadi anak-anak' lagi. Cara pendidikan yang diamalkan olih orang gaji mahupun perangai yang sememangnya ditunjukkan olih 'pembantu rumah' banyak 'mempengaruhi' nilai anak-anak yang dijagainya. Perlu diingat bahawa kebanyakkan dari imigran yang digaji kebanyakkannya tidak berpendidikan dan kemungkinan ber IQ rendah amatlah tinggi dikalangan mereka. Pembawakan dan cara hidup mereka inilah yang banyak mempengaruhi 'anak-anak' yang didik.

Seperkara lagi, kiurangnya perhatian ibu-bapa terhadap pembangunan 'kasih sayang' serta 'gagal' menanam sifat 'kasih dan sayang' yang ketara diantara ibubapa dan anak-anak' amatlah ditakutkan. Berbekalkan dengan 'taburan wang ringgit' serta 'kemewahan' yang disangka 'tanda kasih sayang' banyak menjerumuskan anak-anak masa kini kesatu dimensi yang lain dari norma kasih sayang sebenar sebagai ibubapa sepereti yang dituntut. Samaada benar seseorang ibubapa itu telah menjalankan tanggung jawapnya terhadap yang ditanggung, hanya ibubapa yang bolih menjawapnya..

                                       


                                        .             ....bersambung...

                                             ikhlas dari : Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete