Sunday 8 June 2014

THE PROMISED LAND : USTAZ BADUT ATAU USTAZ MAHARAJA LAWAK :

GELANGGANG AGAMA  MENJADI  ZON LAWAK
ISI YANG BAKAL DIBAWA BALIK ADALAH
LAWAK YANG MENGELIKAN HATI PENDENGAR
BAHAGIAN SATU


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Alhamdullilah sejak dua menjak ini perubahan iklim tentang kesedaran umat Islam tentang hal-hal yang berkait rapat dengan Islam  dilihat amat  memberangsangkan '. Berbagai-bagai bentuk ceramah agama atau kuliah agama diadakan, samada, menggunakan 'Ustaz' ternama mahupun ustaz yang baru menempa nama bukan lagi ukuran.  Tetapai apa yang pasti penceramah-penceramah yang didatangkan kebanyakkannya mempunyai 'stail sendiri' didalam menyampaikan ' mesej pengkisahan' isi ceramah mereka.

Manakala para pengunjung atau 'pendengarnya' pula samaada terdiri dari  mereka yang sememangnya hauskan 'ilmu' agama' atau  sekadar menghadirkan diri untuk  'mengulang kaji' tentang  pengkisahan Al Quran mahupun sejarah Nabi ataupun kisah Rasullulah s.a.w .' hanya mereka saja yang tahu niatnya. Tetapi apa yang pasti kebanyakkan yang hadir terdiri dari semua peringkat umur dan jantina.

Berbagai-bagai ceramah agama telah  diadakan disetiap pelusuk negeri samaada disiarkan secara langsung yang disiarkan dikaca TV mahupun tidak, nampaknya keterujaan syarikat 'penyiar' samada TV madupun Radio samaada milik swasta mahupun pemerintah,  nampaknya 'slot' ini semakin diminati dan mendapat tempat dihati umat Islam. khasnya.

Kalau dahulu  mereka-meraka yang benar-benar ingin mendalami ilmu keagamaan , mereka akan mencari Tok-Tok Guru agama  dimerata tempat tetapi  kini caranya  amat berbeza sekali . Tok Guru dahulu mereka hanya  akan mengajar ilmu Al Quran mahupun ilmu agama hanya kepada mereka-mereka yang benar-benar ingin 'mendalami' ilmu Al Quran dan tidak dilakukan sambil lewa saja malahan mereka-mereka yang 'berguru' ini akan mengambil masa bertahun lamanya untuk bersama 'guru' mereka.

Isi pengajarannya pula amat berbeza pula  hasil 'buah;nya. Tok-Tok Guru dahulu amat jarang diberikan tempat untuk  'membuat  ceramah ditempat awam mahupun mesjid ,.Hanya mereka-mereka yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan atau Institusi Agama saja yang diberikan tanggungjawap  untuk membuat ceramah mahupun kuliah agama.

Ilmu terikat, marifat, hakikat ataupun  ilmu mengenal diri mahupun mengenal Al Quran serta memahami sifat 20 puluh tidak diajar olih 'Ustaz-ustaz'  Kerajaan secara mendalam didalam ceramah mereka sebaliknya apa yang disamaikan  hanyalah 'surface'nya saja dan penyampaiannya  pula  kebanyakkannya pula didalam bentuk 'kias', dan ini banyak meninggalkan 'tanda tanya' kepada mereka yang mendengarnya .

Berbeza dengan Tok Tok Guru, mereka ini  akan mengajarkan ilmu agama yang diketahui secara 'mendalam' dan diberikan penjelasan secara detail pula dan apa yang baik ilmu yang diajarkan amat berkesan dan terkesan sekali dihati 'pengikut'nya . Walaupun terdapat juga  beberapa kerat Tok Guru yang 'tersimpang' dari ilmu ajaran Al Quran namun peratusan yang terlibat dalam gejala ini amatlah sedikit .

Tetapi kini  pembelajaran cara berguru dengan Tok Guru amat jarang sekali didengar dan  untuk mencari-cari  seseorang yang sebenar-benar Guru yang berpengetahuan dalam semua bidang dan cabang ilmu Allah SWT amatlah kurang sekali. Apa yang bolih dilakukan  sekarang hanyalah ';mengutip' ilmu ilmu melalui 'saki-baki' pengikut-pengikut atau murid dari Tok Tok Guru berkenaan.  Untuk mengesan  mereka ini bukanlah satu perkara yang mudah tambahan pula kebanyakkan mereka ini telah 'terperosok' dalam kancah 'politik',dan ini amat 'mengecewakan'.

Kelopongan yang ditinggalkan olih 'kegagalan' mencari 'Tok Tok Guru Hebat' ini, telah diisi pula olih mereka yang belajar atau yang terpelajar yang dikeluarkan olih Universiti-universiti samaada dari dalam negeri mahupun luar negeri. Graduan lulusan universiti ini telah mengambil tanggungjawap ini  dalam 'menyampaikan' pengkisahan Al Quran mahupun Hadith-Hadith Rasul.

Bentuk penyampaian atau cara mengajar diantara 'graduan lulusan Universiti' dengan Tok Guru amat berbeza sekali. :Graduan  Universiti mahupun mereka yang menimba Ilmu Agama diluar negara samaada dari India mahupun Pakistan, cara, membentuk dan 'menanam' pemikiran keagamaan kepada 'pendengar'  adalah berbeza sekali. Bentuk penyampaian mereka juga berbeza dengan cara Tok Guru.

Berbagai-bagai bentuk dan corak ceramah agama telah dilakukan, ada yang menyanyi, ada yang melawak, ada yang ';menggunakkan kata-kata yang berbau lucah dan ada juga contohan yang dibuat dengan 'menyebut' kisah yang memualkan' namun, inilah cara yang amat  popular ketika ini. Setiap penceramah yang 'berstauts' Ustaz mempunyai cara tersendiri didalam menyampaikan ;'ceamah' meraka.dan populariti seseorang Ustaz telah dijadi ukuran tentang 'kehebatan' sesebuah 'ceramah' tersebut.

Kalau satu masa dahulu institusi Mesjid amatlah 'janggal' untuk pengunjungnya ketawa berdekah-dekah yang merngegarkan tiap sudut mesjid tetapi kini tidak lagi. Setiap spenjuru mesjid kini ibarat seperti mereka yang menyaksikan 'MAHARAJA LAWAK",
 Isu ceramah yang disampaikan pula' sekiranya tiada unsur 'melawak' maka dikata 'hambar' bentuk 'penceramahan' nya. Menghidupkan bentuk ceramah dengan 'bernyanyi' dan melawak' dan ini telah jadi 'trend' masa kini dan dijadi 'kemestian' pula. Oliu itu ketawa beramai-ramai didalam dirumah Allah SWT dikata 'tidak' memudaratkan pula olih golongan ini.

AURA USTAZ DAH SETANDING PELAWAK YANG MELAWAK
                                 
                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid





4 comments:

  1. orang la-la ni depa byk amik ilmu dgn cara silap yaitu dengan carha berdagang melalui sistem pendidikan moden(sekular-kapitalis) sekolah/kolej/universiti. Sedangkan nabi dulu dah larhang jangan perdagangkan ilmu, jgn amik upah mahupon apa-apa jenis hadiah kalo menyampaikan sesuatu ilmu. tapi yg jadi la ni orang byk jadi guru sebab nak isi perhut kalo orhang yg nak menuntut pon terpaksa keluagh upah(yuran), itu yg buat anak2 mudamudi la ni jadi bermasalah xdak adab, belajagh agama masa muda dekat sekolah tapi xdapat apa2 jadi jahat jugak .
    boleh kata la ni byk yg serupa burung kakak tua yg hanya pandai ajok kata orang tapi dia seniri xpaham/xrheti dok rhasa diri ni pandai tapi maghkagh, itu yg byk orang la dapat penyakit2 perhot.

    ReplyDelete
  2. abg izan hari ni hari apa?lain macam ja rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sekiranya terasa kelainan dalam diri, perbanyakkan 'istifar' , fidyahkan alfatihah untuk ibubapa, keluarga, sahabat, saudara seagama dan terpenting sekali diri sendiri. Perbanyakkan mengingati Allah SWT, inshaallah..kalau terasa kelainan..dongak kelangit ..lihat keindahan ciptaan Allah SWT, mudah-mudahan.Allah berikan petunjuk.

      Delete
    2. kebetulan baru ja lepah tgk laghit ..rasa mcm laghit dunia terbukak, tenang sungguh

      Delete