Tuesday 10 June 2014

THE PROMISED LAND : USTAZ BADUT ATAU USTAZ MAHARAJA LAWAK: BAHAGIAN AKHIR

BADUT YANG MEMBADUTKAN PENDENGAR
KATA-KATA LAWAK AKAN DI INGAT SETIAP MASA
TETAPI KATA-KATA ALLAH SWT...
MELIMPAS  SAJA PINTU GERBANG MESJID SEMUA LUPA!!!


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Akhir-akhir ini kedengaran pula perbezaan pendapat dan pandangan terhadap beberapa isu yang membabitkan 'hukum' yang termaktub dalam agama serta pandangan 'hadith-hadith'. Perbezaan pendapat ini sepatutnya dileraikan dengan cara yang 'berhemah' tetapi disebabkan masing-masing merasakan bahawa diri mereka terlalu hebat dan pintar maka 'laluan' internet atau laman media sosial digunakan untuk 'membelasah' pandangan mahupun pendapat seseorang.

Medan laman sosial digunakan untuk 'memperlekehkan' pandapat seseorang malahan 'beberapa ilmuan mahupun cendekiawan Islam juga melakukan perkara yang sama. Perbezaan pendapat dikalangan ilmuan ini semakin menjadi-jadi dan scenerio ini dilihat amat membimbangkan. Kecelaruan yang dilontarkan ini menyebabkan golongan bukan Islam memandang remeh terhadap umat Islam terutama yang berbangsa Melayu yang rata-rata beragama Islam, mula diperlekehkan olih bangsa lain terhadap ketidak tentuan 'pendapat' olih sesetengah ulama mahupun ulama dan juga ustaz-ustaz.ini.

Sifat 'mementingkan diri sendiri' serta 'sikap 'pandangan aku adalah yang benar' telah menyulitkan lagi keadaan. Pegangan serta kepercayaan sesetengah pengikut mula 'goyah' serta berada dalam situasi 'was-was' dan perkembangan ini amat tidak sihat untuk mereka-mereka yang baru  berjinak-jinak dengan Islam.
Sifat tidak bolih ditegur atau sifat riak dikalangan sesetengah ilmuan Islam semakin ketara. Tutur kata mahupun penulisan yang diterjemahkan seolah-olah menyindir satu pihak yang lain. Adakah isifat ni yang digarap dari Al Quran. Sifat rendah diri, berkata dengan suara yang lemah lembut serta budi perkerti mulia seakan-akan tidak diterjemahkan dalam diri malahan 'lantangan suara' ,membidas dibuat secara semberono.

Kebelakangan ini juga terdapat pula golongan yang menjaja ;pakar dalam  motivasi diri', dan watak-watak ini mula diarak kehulu dan kehilir . Tujuan nya baik dan mulia tetapi pengisian yang dibentukkan tidak mencapai 'pengisian ' seperti sepatutnya. Walaupun ceramah dalam  kem motivasi ini banyak menjurus kepada 'pembentukan' sebagai seorang muslim namun didalam tatacara yang dikendalikan banyak yang tidak mencapai 'tahap' yang sepatutnya. Tetapi yang peliknya apabila telah mula mendapat publisiti meluas akan kehangatan 'program' yang dikata 'maka, bermacam-macam barang sampingan mula dikeluarkan atas dasar 'memperingati' sesuatu kem tetapi 'ilmu' dan hegangatan pembelajaran yang dikata telah diajarkan kepada mereka yang 'mengikuti' , akan 'luput' sekelip mata biarpun belum melimpasi pintu gate 'kem'. Itulah kehebatan 'ilmu berjenama 'mee segera' yang dihidangkan masa kini.

Kini kegilaan umat Islam terutama dinegara kita menjadi semakin 'gila'. Ustaz-Uztaz yang pada mulanya hanya 'berceramah' disana sini, kini, telah menggunakan pula 'buah-buah' yang sememangnya telah disunnahkan olih Rasullulah dijadikan pula 'barang dagangan' untuk produk keluaran mereka. Dengan menggadaikan 'sunnah nabi' untuk dijadikan punca kewangan mereka selain ceramah mahupun 'ustaz jemputan  'maka' bermulalah pula  perniagaan mereka., yang disasarkan kepada 'pengunjung' mahupun 'kepada 'peminat tegar' mereka.

Dengan berbekalkan kata-kata 'makan buah-buahan' yang sunnahkan akan 'menerangkan hati' mahupun 'akan meningkatkan tahap ingatan' dijadikan 'umpanan' terhadap kempen mereka. Tidak kah mereka sedar bahawa, bersolat, 'membaca atau menuntut ilmu' serta 'hidup dengan gaya serdahana' serta 'perbanyakkan mengingati Allah SWT' adalah kunci untuk segala-galanya dan bukan buah-buah tersebut yang 'menjadi' kuncinya., olih itu 'hala tuju' serta 'motif yang diajarkan juga telah 'tersasar jauh'.

Walau apapun kegilaan mereka-mereka yang mengaku 'ustaz' mahupun ' ilmuan agama' ini, wajiblah mencerminkan diri dahulu, sekiranya mereka  masih lagi belum berjaya menyakinkan orang bukan Islam akan kehebatan agama Islam dan menyakinkan mereka bahawa tuhan sebenar tuhan adalah Allah SWT dan mereka 'mahu berserta kita untuk 'beriman dengan Al Quran dan mengambil Allah SWT sebagaI  Tuhan mereka.   maka, tiada kelayakan untuk mereka 'mendabik' dada ;menjual kata-kata 'Allah SWT.

Kerjaya yang dilakukan dengan 'berceramah' serta 'menjual kata;kata Allah SWT' kepada mereka yang telah mengambil Allah SWT sebagai Tuhan adalah kerja 'orang gila'. Perkataan 'berceramah' atau ' berceramah dengan 'kata-kata' yang 'berstatus maharaja lawak' perlulah dihentikan.

Mengingati orang lain adalah untuk 'menyedarkan' kealpaan manusia, bukan untuk membuatkan manusia alpa dengan 'lawak' yang dihidang. Kalau 'lawak' yang dihidangkan maka 'badut; jugalah yang mendengarnya, kalau air mata yang dititiskan dan menusuk hati 'pendengar' maka, 'syurga Allah SWT; jualah ganjarannya..


                                             
  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




5 comments:

  1. Adakah dna babi boleh dimakan seperti yang dikata ulama Yusuf al qardawi? Ulama mana yang patut kita ikut??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Jangan ikut pandangan ulama, ikut firman Allah SWT. Halal tetap halal dan haram tetap haram

      Delete
  2. Klau dan bernama 'babi', wpun cuma DNA, melayu Islam sejati x pyh pikir byk, haramkan mulut and a terus. Jgn pning2kan kpals nk tau halal atau haram. Senang bkn?

    ReplyDelete
  3. kalo ustaz-ustazah buat lawak pasal nak cerita pengalaman dia atau sekadar buat lawak sembang kosong saya xkisah.
    tapi kalo masuk bab akidah dengan bab hukum pon nak melawak memang cari penyepak la dia tu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete