Wednesday 17 September 2014

THE PROMISED LAND : ERTI KATA SEBENAR :NEGARA KU MUFLIS MENJELANG 2020

NEGARA NAMPAK GAH
TETAPI
INI NASIB BANGSA  MELAYU MARHEAN  MENJELANG 2020



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa yang diperkatakan  selama ini rupa-rupanya benarnya segalanya. Kalau rakyat marhean seperti kita yang menyatakannya, akan dikata "apa dia orang tahu' tetapi apabila Tun Mahathir mula mempertikaikannya..semua pemimpin mula 'menyorok', tak berbunyi langsung.


Kini Tun mula mengungkap bahawa terdapat salah cara didalam 1 MDB. 1MDB yang dikata merupakan 'entiti' yang didipertanggungjawapkan olih Kerajaan  kepimpinan masa kini iaitu Najib telah mula menampakkan 'true color'nya. Entiti yang didakwa iaitu 1MDB  olih Rafizi yang sememangnya menjadi 'penjamin kepada pinjaman' yang diperolehi, menampakkan 'entiti' tersebut berada dilandasan yang ;menjunam'. Menjunamnya 'projek' yang dibiayai membawa maksud 'negara ini diambang bencana'. Bak kata Tun Mahathir 'muflis' adalah 'kesudahannya'.


1MDB delayed IPO after restructuring US$1.7b debt - sources
Posted on 15 September 2014 - 05:37am
Print
HONG KONG/KUALA LUMPUR: Malaysian state investor 1Malaysia Development Bhd (1MDB) has delayed a more than US$3 billion IPO due to a longer-than-expected due-diligence process and negotiations around the restructuring of a RM5.5 billion (US$1.7 billion) loan, people familiar with the matter said on Friday.

The IPO, which was due to be launched in the fourth quarter of this year, is now likely to take place in the first few
months of 2015 at the earliest, said the people, who declined to be named as the matter remained confidential.

1MDB, seen as a cross between a sovereign wealth fund and a private investment vehicle, is struggling with a debt burden exceeding US$11 billion. It plans to reduce some of this debt by selling its power assets via the IPO.

In May, the state fund restructured a RM5.5 billion bridging loan into two tranches: a RM3.5 billion loan due after
123 months and a RM2 billion loan due in November, according to data from LPC, a Thomson Reuters unit specialising in loans.

The RM2 billion tranche, however, is likely to be extended for several more months or pared down through internal funds, easing the pressure off 1MDB to urgently pay off some of its debt, the sources said.

Shahriza Embi, senior vice-president of corporate communications at 1MDB, did not reply to emails seeking comment.

According to LPC, Maybank International Ltd and RHB Bank are mandated lead arrangers and bookrunners of the restructured loan. Maybank executives declined to comment while RHB Bank officials were not immediately available to comment.

The RM5.5 billion bridging loan has already been extended twice. It was originally part of a RM6.17 billion loan
1MDB took from Maybank Investment Ban

Kemungkinan 'projek' diatas akan dibiayi semula apabila GST 2015 bermula.

Diam tak diam kepimpinan Najib yang banyak diperkata 'menghabiskan duit rakyat' atau yang dikata 'menyusahkan rakyat', telah dikata mula 'menampakkan belang sebenarnya'. Kegagalan 'team yang dipilihnya' untuk 'meleburkan' duit negara mula 'terkesan' satu per satu namun didalam keadaan yang 'dirasa sukar' kini, Najib masih lagi tak sedar diri.

Tun Mahathir sudah mula memperkatakan pembelian yang dilakukan olih 1 MDB terhadap sykt Janakuasa yang dibayar tinggi, apakah rasionalnya? Membeli dengan harga yang tinggi?

Kata Dr Mahathir yang dia tahu adalah 1MDB digunakan untuk membeli 3 buah janakuasa masing-masing milik YTL, Ananda Krishna dan Jimah Power dan harga pembelian adalah tinggi dari harga pasaran. (melebihi RM 4billion). dan terkini didakwa 1MDB memiliki sebahagian pula dari saham Janakuasa milik Tenaga Nasional pula.

Lebih memuskilkan kini  'dana negara' ini  yang bernilai berbillion dollar diurus dimelalui sebuah bank di Pulau Carribean pula.

Apa sandiwara Kerajaan pimpinan Najib ni????

Sedarkah Najib bahawa perbelanjaan negara ini melebihi pendapatan?

Nampaknya kisah nasib 'ekonomi Malaysia' sekarang ini memangnya tidak menentu.Walaupun Najib mengatakan bahawa ekonomi negara ini telah berkembang dan berjaya mencapai lebih 6%, tetapi pada dasarnya harga sara hidup dalam negara ini semakin meningkat. Dari harga keperluan setiap hari sehinggalah kos perbelanjaan hangus setiap hari juga semakin meningkat tetapi pendapatan perkapita rakyat masih ditetap sama dan peningkatan kos  semakin ketara.

Tidak cukup dengan itu dalam beberapa bulan lagi satu lagi 'bebenan' pasti terletak dibahu setiap rakyat ,''Cukai GST' akan dikenakan pada setiap rakyat yang membeli.

Untuk itu kepada rakyat , hanya barangan asas saja yang dijanjikan tidak dikena cukai GST selain dari itu cukai GST adalah pasti. Sebagai contoh , MILO yang selalu kita beli dengan harga RM31.00 akan dikenakan cukai GST 6%, untuk itu kita terpaksa membayar 'upfront' kepada Kerajaan sebanyak RM1.86. Untuk 12 tin setahun kita membayar ssebanyak RM22.32 setahun, ini baru satu  barangan.


Saya kira barangan seperti TEH, NESCAFE.,dan lain lain jenama  pasti GST akan dikenakan. Untuk itu sebenarnya Kerajaan menyarankan agar kita minum air paip yang dimasak dan  dicampur  dengan sedikit gula saja kalau sekiranya  kita tidak mahu membayar  GST. Itulah jawapannya.

Alangkah 'azab'nya menjadi orang miskin dan tak berharta kat bumi Malaysia  ini. Setiap 'nikmat' yang diingini 'wajib' melunaskan GST.

Lima puluh tujuh tahun sudah kita merdeka , yang dipimpin dan diperintah olih Barisan Nasional melalui tunggak 'UMNO", akhrnya inilah yang kita terpaksa hadapi dan harungi. Pemimpin meletakkan berbagai 'cukai' dan rakyat pula 'terpaksa membayarnya' tetapi 'dana yang pungut' hanya mengayakan suku sakat dan kroni mereka saja. Walaupun bermacam macam pembangunan telah dilakukan namun hakikatnya kebanyakkan 'harga yang dibayar' untuk pembangunan ini berlipat kaliganda mahalnya dari harga sebenar. Itulah 'kependaian' mereka. Kalau tidak tak akan 'tanah rizab Melayu' hanya tinggal 12% saja dari keseluruhan 50%. Siapa jual siapa dan siapa khianat siapa? Fikirlah sendiri.



Perhatiakanlah setiap pemimpin UMNO yang berjawatan walaupun baru setahun jagung semua menjadi  'kaya raya' dengan 'instant', amat jarang sekali kita lihat pemimpin UMNO yang 'sengkek' . Yang adapun mungkin yang 'menongkah arus'. itulah hakikatnya.

Inilah nasib yang perlu ditangggung olih setiap nyawa yang berada dinegara yang 'kaya raya' ini. Yang sesak tetap Melayu.

                                      Sedikit demi sedikit 'kekayaan' mula menyusut.



TOTAL VISITORS FROM 2008:
13,262,104

SSK dengan 1MDB


1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.
2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.
3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit
4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.
5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.
6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.
7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.
8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.
9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.
10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.
11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.
12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.
13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.
14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.
15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.

No comments:

Post a Comment