Tuesday 7 October 2014

THE PROMISED LAND : SILA JAWAP ADAKAH INI HUTANG PERIBADI NAJIB ATAU KERAJAAN MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA

NAJIB MENAFIKAN  HUTANG 1MDB ADALAH HUTANG NEGARA
TETAPI  1MDB ADALAH MILIK KERAJAAN MALAYSIA
 SIAPA TEMBERANG SIAPA NI....

                             
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dr M raises eyebrow at 1MDB’s debt buildup
                                       Mahathir questioned why Malaysia needed a state investment fund such as the 1MDB, pointing out that these were usually formed by countries with a surfeit of wealth and revenue, rather than one heavily in debt. — Reuters pic
                                   
SEPTEMBER 11, 2014

KUALA LUMPUR, Sept 11 — Tun Dr Mahathir Mohamad has expressed concern over the debt being amassed by sovereign wealth fund 1MDB, warning that this could overwhelm Putrajaya’s already strained finances.

The former prime minister also questioned why Malaysia needed a state investment fund such as the 1MDB, pointing out that these were usually formed by countries with a surfeit of wealth and revenue, rather than one heavily in debt.

“Funds for 1MDB are not from the country’s surpluses. These are debts. Billions of ringgit owed will add to the country’s very high debts. Debts that the country must pay.

“If not, we will become bankrupt like Argentina. A country with a yearly deficit cannot possibly pay debts as high as this,” he wrote on his blog yesterday.

Dr Mahathir, who held the finance portfolio in the later days of his administration, suggested that 1MDB’s investments allowed Putrajaya to avoid parliamentary oversight for public spending, as these were not included in the Budget that is tabled annually.

He also said the off-budget investments could be used to circumvent the legal debt ceiling that Putrajaya is now just hovering under.

Malaysia's debt-to-GDP ratio stood at 53.8 per cent at the end of last year, close to an official debt ceiling of 55 per cent beyond which the government must seek parliamentary approval.

The fund has been dogged by negative publicity over massive fees paid for bond sales, the near one-year delay in publishing its financial accounts, and most recently, changing auditors.

1MDB, a brainchild of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, was set up to help drive Putrajaya's strategic investments.

Kerajaan tidak pernah jamin jumlah bon dan pinjaman 1MDB, kata Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menjamin jumlah bon dan pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM38 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata hanya pinjaman bernilai RM5 bilion sahaja yang menerima jaminan kerajaan.

"Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan menjamin jumlah bon dan pinjaman 1MDB dan sama ada ia melebihi RM38 bilion.

Najib berkata 1MDB ialah satu syarikat strategik milik penuh kerajaan dan kerajaan telah memberikan suntikan ekuiti sebanyak RM1 juta semasa penubuhan syarikat berkenaan.

Katanya, pelaburan 1MDB kebanyakannya bersifat strategik dan merupakan aktiviti kerjasama di peringkat kerajaan ataupun kerajaan-kepada-kerajaan.

Najib berkata antara projek Kumpulan 1MDB ialah Tun Razak Exchange yang bernilai RM26 bilion yang mempunyai visi untuk membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan dan ekonomi antarabangsa.

Beliau berkata projek itu kini berada dalam fasa pembinaan dan pemasaran.

"Aset tenaga seperti Powertek Berhad dan Kuala Langat Power Plant Sdn Bhd dijangka akan terus menjana pertumbuhan negara," katanya.

Katanya, pelaburan 1MDB juga disalurkan secara terus kepada inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan 1MDB yang menjadikan pendidikan, pembinaan kapasiti, pembangunan kemahiran dan lain-lain sebagai fokus meningkatkan taraf hidup rakyat.

"1MDB akan terus memikul mandat yang diberi kerajaan untuk menerajui inisiatif ekonomi strategik yang akan menghasilkan pembangunan jangka panjang yang mampan termasuk projek-projek sosial yang menekankan kemajuan modal insan," katanya.


AHAD, 14 SEPTEMBER 2014 @ 6:40 PM
1MDB dijangka tangguh IPO - sumber
 
HONG KONG: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menangguhkan pelancaran tawaran awam permulaan (IPO) untuk meraih RM10 bilion berikutan tempoh lebih lama diambil untuk proses ketekunan wajar dan rundingan penyusunan semula pinjaman RM5.5 bilion, kata sumber.

IPO itu yang dijadual dilancarkan pada suku keempat tahun ini, sebaliknya berkemungkinan dilaksanakan secepat-cepatnya pada suku pertama tahun depan.

1MDB, entiti milik penuh kerajaan yang dilihat sebagai dana pelaburan kerajaan dan firma pelaburan persendirian, kini mempunyai hutang lebih AS$11 bilion (RM35.15 bilion). Syarikat itu merancang mengurangkan liabiliti dengan menjual aset tenaga menerusi IPO itu.

Pada Mei lalu, dana itu menyusun semula pinjaman modal kerja RM5.5 bilion ke dalam dua bahagian iaitu RM3.5 bilion yang matang selepas 123 bulan dan RM2 bilion yang akan matang November ini, mengikut data LPC, sebuah unit dalam Thomson Reuters yang mengkhusus dalam penganalisaan hutang.

Bahagian RM2 bilion itu bagaimanapun dijangka dilanjutkan untuk beberapa bulan lagi atau dilunaskan sedikit menerusi dana dalaman, sekali gus mengurangkan tekanan untuk 1MDB segera membayar sebahagian hutangnya, kata sumber itu.

Mengikut LPC, Maybank International Ltd dan RHB Bank dipilih sebagai pengatur utama dan pengumpul bida bagi penyusunan semula pinjaman itu.

Pinjaman RM5.5 bilion itu sudah dua kali dilanjutkan tempoh. Ia asalnya adalah sebahagian pinjaman RM6.17 bilion yang diperoleh 1MDB daripada Maybank Investment Bank pada 2012.

Sementara itu, penganalisis di agensi penarafan kredit Moody's, Christian de Guzam, berkata penarafan 1MDB mungkin terjejas dengan penangguhan IPO kerana hutangnya dijamin oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Reuters


.Apa yang kerajaan BN tak beritahu kita tentang 1MDB-PetroSaudi ?
Date: Thursday, April 19 @ 20:04:38 MYT
Topic: Berita

KUALA LUMPUR, : Adakah usahasama carigali minyak Laut Caspian di antara  1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd benar-benar satu pelaburan yang menguntungkan atau ia cuma skim cepat kaya yang bakal meleburkan berbilion ringgit wang rakyat?
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, sikap kerajaan Barisan Nasional yang enggan memberi penjelasan menyeluruh tentang usahasama 1MDB dan PetroSaudi menimbulkan keraguan kerana ia melibatkan “pelaburan” berbilion ringgit.



Menurutnya, jika usahama itu adalah pelaburan yang sebenar, dan bukan satu bentuk penipuan atau scam , ia perlu dijelaskan kepada rakyat.
“Apakah yang cuba diselindungi? Kalau syarikat PetroSaudi benar-benar hebat, tolong beritahu Dewan Rakyat betapa hebat syarikat tersebut dengan angka-angka kunci kira-kira dan penyata kewangan.

“Tapi jika diam membisu, ini bermaksud ada yang tidak mengena dan apa yang disyaki oleh Pakatan Rakyat ini adalah berasas,” katanya.

Menurutnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah dua kali membangkitkan isu “pelaburan” 1MDB ke dalam syarikat usahasama bersama PetroSaudi tahun lalu tetapi gagal mendapat jawapan penjelasan terperinci mengenai pelaburan tersebut.

1MDB tak perlu jelas kepada Parlimen?

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa 1MDB merupakan sebuah syarikat yang dimiliki kerajaan sepenuhnya dan segala pinjaman yang diperolehi oleh 1MDB ini adalah dijamin oleh kerajaan persekutuan.

Dengan itu, katanya, segala perbelanjaan 1MDB sepatutnya tidak berbeza dengan perbelanjaan kerajaan secara langsung.

Akan tetapi, tambah beliau, 1MDB diberikan kuasa mutlak untuk membuat pelbagai perbelanjaan atau pelaburan tanpa pantauan secara langsung daripada Parlimen.

“Pelaburan (dengan PetroSaudi) ini merupakan pelaburan wang rakyat yang cukup besar – US$1 bilion pada Sep 2009. Pelaburan ini adalah sebagai modal untuk pegangan saham 40% dalam syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi.

“Walau pun PetroSaudi sepatutnya menyuntik US$1.5 bilion untuk memenuhi syarat ekuiti 60%,  PetroSaudi dibenarkan menyuntik sebuah aset medan minyak tengah Laut Caspian yang “berpotensi”.

“Maksudnya, yang disuntik bukannya wang tunai seperti pelaburan 1MDB.  Yang disuntik adalah satu kawasan laut yang mungkin ada minyak,” katanya.

Yang anehnya, menurut Pua, 1MDB membuat keputusan untuk melupuskan pegangan saham dalam syarikat usahasama tersebut dengan menukar ekuiti kepada pinjaman Nota Murabahah yang bernilai US$1.2 bilion sedangkan  Nota Murabahah itu bukannya pinjaman biasa di mana pinjaman dibayar balik secara beransur.

Untuk jangkamasa 11 tahun, PetroSaudi hanya perlu bayar balik nilai kupon sahaja sebanyak 8.67%  sebelum kesemua hutang dibayar dengan sepenuhnya selepas 11 tahun, tambah beliau.

Beliau mempersoalkan sama ada matlamat 1MDB adalah untuk untuk menjadi Ah Long besar antarabangsa kerana sanngup mengeluarkan wang rakyat yang begitu banyak untuk syarikat asing.

Siapa PetroSaudi, siapa pemiliknya?

“Siapa pula syarikat PetroSaudi ini sebenarnya?  Mengikut laman web PetroSaudi International, ia merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2005, tak sampai 4 tahun pun apabila 1MDB membuat pelaburan sebanyak US$1 bilion.

“Siapa yang memiliki syarikat PetroSaudi ini? Mengikut laman webnya, PetroSaudi International diasaskan oleh Tarek Essam Ahmad Obaid bersama beberapa pelabur persendirian yang tidak dinamakan.

“Siapa pula Tarek Essam Ahmad Obaid ini?  Yang pelik, jika kita buat carian Google,  namanya hanya muncul selepas perjanjian di antara 1MDB dan Petrosaudi dibuat.  Langsung tidak ada berita mengenai Sheikh Tarek Essam ini di mana-mana pun yang boleh memberikan latar belakang beliau dengan lebih jelas,” jelasnya.

Malah, Pua mempersoalkan sama ada PetroSaudi yang ditubuhkan di kepulauan Seycelles benar-benar sebuah syarikat yang tulen – sehingga hari ini tiada siapa pun dari kerajaan atau  1MDB menjelaskan secara terperinci mengenai nilai syarikat Petrosaudi itu.

Menurutnya, rakyat tidak tahu sama ada 1MDB telah meminjamkan US$1.2 bilion kepada sebuah syarikat “kosong” atau pun sebuah syarikat yang benar-benar bernilai berbilion-bilion dolar.

“Apa yang membimbangkan ialah pinjaman tersebut tidak dibuat dengan sebarang ratings oleh agensi penilaian tempatan atau antarabangsa.  Pinjaman bon atau sukuk yang dibuat dalam negeri pun memerlukan sokongan laporan dari Ratings Agency Malaysia (RAM) atau Malaysia Ratings Corporation (MARC).
“Tetapi pinjaman sebanyak US$1.2 bilion yang dibuat dengan wang yang dijamin oleh rakyat Malaysia, langsung tidak memerlukan sebarang akreditasi daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

1MDB terjebak dengan skim cepat kaya?

Apa yang lebih memeranjatkan adalah 1MDB bukan sahaja menukarkan ekuiti kepada pinjaman pada  31 Mac 2010, malah 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$500 juta (atau RM1.6 bilion) kepada PetroSaudi International, tambah Pua.

Menurutnya, semua maklumat itu terkandung dalam Penyata Kewangan 1MDB untuk tahun berakhir Mac 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan penyata terkini tersebut telah dikemukakan kepada SSM pada Oktober 2011.

“Bila saya baca sampai hujung penyata, saya terkejut sekali lagi dalam bahagian “subsequent events”, di mana dilaporkan bahawa 1MDB telah memberikan pinjaman tambahan sebanyak US$200 juta kepada anak syarikat Petrosaudi pada Mei 2011.

“Maksudnya, walau pun anak syarikat Petrosaudi perlu membayar kadar kupon sebanyak US$105 juta setiap tahun kepada 1MDB, pinjaman tambahan yang dibuat adalah melebihi pulangan yang diterima.

“Ini seperti nak jadi skim Ponzi (skim cepat kaya),” katanya. – Roketkini.com


KEGUSARAN MAHATHIR TENTANG PENINGKATAN HUTANG
NEGARA DIBAWAH NAJIB
                                               
11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete