Wednesday 1 October 2014

THE PROMISED LAND : NAJIB WAJIB BERUNDUR KERANA MEMISKINKAN ORANG MELAYU

NAJIB KAU GAGAL

                                                   MELAYU BAKAL PAPA KEDANA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Berita yang dikabarkan olih Najib bahawa pendapatan perkapita isi rumah rakyat  negara ini telah bertambah serta berita pertumbuhan ekonomi negara ini berkembang sehingga 6.4%, kini telah menjerat keseluruhan rakyat negara ini dengan istilah 'pengurangan subsidi' yang diterjemahkan olih Kerajaan Najib dengan peningkatan harga petrol sebanyak rm0.20 kepada rm.2.30 seliter mulai malam ini.

Semenjak Najib menerajui negara ini berbagai-bagai 'wow' factor diejutkan kepada rakyat terutama kepada orang Melayu yang bermajoriti yang kebanyakanya bukanlah dari golongan berpendapatan tinggi atau kaya tetapi golongan yang 'ada-ada' dan bukan golongan 'berada'.

Denganbermacam-macam istilah 'transformasi' dikenalkan olih Najib namun 'taraf' kehidupan orang Melayu ,kebanyakanya masih ditaraf yang sama hanya segelintir saja yang menikmati 'nikmat' transformasi ini. Hasil transformasi yang di'gulaikan'kan Najib hanya menguntungkan sebelah pihak saja tetapi inplikasi kepada rakyat marhean amat ketara kesannya.

Kita didendangkan dengan bermacam-macam 'istilah' olih Najib, tetapi, semua cadangan atau perkara yang diimplimen semuanya 'menyesakkan' atau 'menyempitakan' poket rakyat.

Didalam kemerosotan harga minyak dipasaran dunia tetapi negara ini 'meningkatkan' harga petrol dengan alasan 'mengurangkan' subsidi.

Benarkah 'subsidi dikurangkan' seperti yang diperkata.

Atau mungkin 'nilai matawang kita 'telah menyusut! Ataupun hutang luar negara kita 'menggunung'?

Kerana melalui beberapa pendedahan sebelum ini terdapat  beberapa pendedahan dari  blog mahupun dari catatan Tun Mahathir sendiri , seperti yang dinyatakan bahawa 'hutang 1MDB" milik Khazanah sudah semakin parah dan utang negara sudah mencapai RM700Billion, dimana 'semua hutang' ini perlu ditanggung olih setiap rakyat.

Sebenarnya perkara 'Malaysia Bakal Merudum' dibawah Najib telah saya 'blogkan' sebelum ini,, tetapi saya tidak menjangkakan bahawa perkara ini berlaku dengan cepat. Walauapa pun semuanya semakin menyesakkan.

Untuk makluman semua, hanya satu saja jalan yang dimiliki olih rakyat negara ini untuk menyelamatkan 'situasi' ini, iaitu dengan 'menurunkan' Najib.

Orang Melayu atau penyokong UMNO perlu bersatu hati 'mendesak' Ketua Bahagian mahupun Wakil Rakyat  UMNO bagi  'menyatakan' pendirian untuk tidak menyokong 'tindakan Najib'. Sekiranya 'protes' ini bolih dilakukan dari dalam UMNO dengan 'mendesak' Najib untuk berundur dan wakil rakyat perlu berpendirian bahawa sekiranya Najib 'tidak mahu berundur' maka, wakil rakyat perlu menyatakan pendirian bahawa 'undi tidak percaya' perlu diusulkan untuk 'menurunkan' Najib.Tetapi sekiranya wakil rakyat tidak 'mahu' mengikut telunjuk 'pengikut' @ 'ahli umno' maka ahli-ahli UMNO perlu keluar dari UMNO secara beramai-ramai dan membuat pendirian tidak menyokong UMNO dan Najib lagi.

Sekiranya ini berjaya dilakukan 'inshaallah' suara ahli UMNO, bakal 'menjadi' penentu untuk 'kelangsungan' UMNO pada PRU 14.

Rakyat dan juga ahli ahli UMNO sudah muak dengan 'kata-kata' pemimpin UMNO yang tidak mementingkan 'kesejahteraan' Melayu tetapi mereka lebih menentingkan 'keuntungan' mereka berbanding keperluan rakyat dibawah.

Apa yang dipuutuskan olih Kerajaan pimpinan Najib ini sebenarnya 'menyusahkan' orang Melayu dan seeloknya 'Najib' diberhentikan dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Yakinlah Najib tidak akan berjaya mengangkat Melayu untuk phrasa seterusnya. Sebelum negara punah dan muflis...UMNO dan orang Melayu perlu nyahkan Najib dengan segera.


                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



1 comment:

  1. Gelihati terkenang masa mula2x si Najib 3suku ni mula pgg jwtn PM. Katanya akan bwk Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Jadik mcm2x slogan transformasi digegar2xkan. Tapi lawaknya, dh masuk dkt 6 thun, makin miskin duit negara. Rakyat pulak kna tanggung biawak hidup nama c Najib ni dgn penasihat2x kaki klentong serta drivernya skali... Beratus billion dah labur dkt 6 thun, mcm nk lebur je nampaknya. Xpalah Najib, di dunia kao selamat yer. Kay akhirat byk rakyat nak soal dan tuntut nanti. Selamat 'beramal' PM. Kekeke.

    ReplyDelete