AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Saturday, 27 September 2014
THE PROMISED LAND :- PAS DAH KENA 'CHECK-MATE'": '"JADILAH BONEKA SEUMUR HIDUP"
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Persetujuan atau 'bahalul siasi' yang di'gunapakai olih PAS terhadap 'musuh Islam' yang diangkat olih kepimpinan PAS kini 'memakan diri' mereka sendiri. Demi untuk menghalalkan tindakan PAS serta mengelabukan mata pengikutnya yang 'buta agama' , 'sunnah' nabi dijadikan 'senjata'' demi kelangsungan 'poket' pemimpin mereka.
Tetapi berlainan pula dengan strategi Anwar Ibrahim, walaupun dia menjaja keseluruh 'alam' dengan mengatakan bahawa Wan Azizah adalah calon 'utama' atau 'wanita berkaliber' yang hanya terdapat dialam maya ini 'yang layak sebagai Menteri Besar Selangor' dan bukan calon yang lain. Atau mungkin kerana Anwar 'terbuai' dengan ungkapan yang diluahkan olih Wan Azizah sebagai 'Anugerah Tuhan' maka segala kehendak dan kemahuan Anwar perlu diutamakan, walaupun ianya mendatangkan kemudratan terhadap gang Pakatan. Dengan harapan rakan pakatan akan akur dengan kehendak Anwar yang dikuatkan lagi dengan 'sokongan DAP", telah 'menjerat keseluruhan kepimpinan PAS untuk berserta dengan ideanya.
Malang seribu kali malang, , Duli Tuanku Sultan Selangor dengan rendah diri telah melihat 'perangkap' yang dipasang terhadap Institusi Beraja Kerajaan Selangor, maka, dengan Kuasa yang ditangan Baginda, maka, cadangan ataupun 'arahan' yang dikehendaki Pakatan tidak dituruti. Olih itu terjadilah 'gelora' dalam Pakatan. Maka calon yang disepakati olih PKR dan DAP ditolak olih Istana.
Sehingga hari terakhir, PKR dan DAP masih lagi lantang bersuara berkehendakan agar Wan Azizah dinobatkan sebagai Menteri Besar tetapi kali ini 'suara pakatan' 'menderam dan menggarau'' tanpa suara pemimpin PAS. Alasan yang diberi PAS adalah 'tidak mengingkari Titah Tuanku atau istana dan alasan ini merupakan jalan keluar 'yang selamat' agar rakan 'tahlus siasi' mereka tidak terasa hati .
Kini Duli Tuanku memileh Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan mengenepikan Wan Azizah. Walaupun semua ini merupakan strategi Anwar Ibrahim terhadap 'kelangsungan' politiknya,,walaupun isterinya tidak dinobatkan sebagai Menteri Besar tetapi 'watak' Azmin ini juga adalah 'adunan' Anwar Ibrahim. Untuk itu cita-cita Anwar dan strateginya untuk 'menguasai' negeri terkaya di Malaysia 'tercapai' juga walaupun terpaksa 'membunuh karier' Tan Sri Khalid. '
Walaupun PAS selepas 'insiden' ini telah diserang bertalu-talu olih PKR dan juga DAP namun 'sikap mematikan diri' segelintir Pemimpin Tertingggi PAS menyebabkan 'pengikut bawahan semakin panas dan berapi. Walaupun berbagai-bagai kemarahan disuarakan olih pengukut PAS namun PAS tetap akur dengan ketentuan yang Azmin Ali umumkan , jika sebelum ini PAS mempunyai 4 orang wakilnya sebagai EXCO tetapi kini hanya tinggal 3 saja.
Walaupun 'pemberian' ini pahit untuk ditelan namun PAS 'terpaksa' juga menelannya, kerana, sekiranya PAS 'membantah' maka ,'peruntukan' atau 'dana' yang bakal di'pulun' di Selangor mungkin akan terjejas terutama untuk meenjana 'kelangsungan' politik PAS. Kalau sekiranya PAS hendak mengharapkan dana atau 'projek' dari kerajaan negeri Kelantan, maka ' tidak berasap'lah dapur orang PAS lagi. Untuk itu apa saja yang 'diputuskan' olih PKR dan DAP , maka PAS terpaksa menurutinya walaupun terpaksa 'meggadai perjuangan'.
Apa yang dapat dikata kini PAS dah kena 'ckeckmate' atau 'anjing yang dirantai leher' olih pemiliknya, begitulah nasib PAS dalam Pakatan ketika ini.
Walaupun PAS mempunyai 15 kerusi berbanding PKR 13 dan DAP 15, namun, 'kebodohon' serta 'strategi' 'bahalul siasi' yang diwar-warkan olih Nik Aziz serta Haji Hadi yang 'sia-sia' ini telah memakan diri.parti mereka dan apa yang dapat dikatakan 'bala Allah' tertimpa kepada mereka. PAS bolhlah diibaratkan sebagai 'pertubuhan yang dimakan anai-anai' yang akhirnya akan runtuh juga akhirnya.
ikhlas dari "- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedihnya...
ReplyDeleteWalaupun yang dihajingkan dan dipariahkan itu PAS,
namun hatiku terasa dihina sama...
Benarlah, Melayu sangat lemah... BIla bangsaku dihina (walaupun berlainan idologi & pendapat), anehnya yang lain bertepuk tangan, padahal ludahnya tetap terpercik ke muka kita bernama Melayu semuanya. Lemahnya pemikiran bangsaku, adakah salah ibu mengandung @ salah susu manis cap ayam?
Aduhai pemimpinku (pemerintah & pembangkang), jika kamu menjual agamamu, bangsamu, maruahmu hanya kerana setongkat kuasa, kamu semua bukan sahaja membakar harga dirimu di dunia, bahkan api neraka akan turut membakar kesombonganmu dengan sepedih-pedihnya.
Apa kan daya, Allah telah mengingatkan berkali-kali di dalam Al-Quran, tapi kesedapan dunia membutakan kamu, membutakan kamu, membutakan kamu.
Kamu sombong diwaktu kamu sehat, kamu sombong diwaktu nyawa masih di jasad kamu,
kamu sombong, kamu sombong, kamu sombong.... bila kamu nazak, nyawa berkeruh-keruh ditenggorokan, hebatkah lagi kamu waktu itu??? Mampukah kamu membawa keangkuhan yang kamu berpenat lelah menggendongnya di dunia untuk disembah ngadap ke hadapan Tuhan kamu?
Ternyata kamu tetap sombong KERANA ALLAH MEMILIH MENUTUP HATI KAMU DENGAN NIKMAT HIDAYAH SUPAYA KAMU MENYESAL DIHADAPANNYA NANTI.
KU SEBUT SEKALI LAGI, ALLAH TELAH MENGINGATKAN KAMU BERKALI-KALI, TERNYATA KAMU ENGGAN MENDENGARNYA.
KAMULAH MANUSIA SOMBONG!
boleh pakai ke INFO nie?
ReplyDeletehttp://www.readex.com/readex-report/chinese-exclusion-acts-brief-history-united-states-legislation-aimed-chinese