TUNTUTAN KEREDAAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Agak lama juga blog ini tidak berkhutubah. Sempena malam Jumaat ini, naluri hati dan merasakan amat ringan jari jemari untuk menukilan apa yang di 'rasa' olih hati untuk dikongsikan. .
Ramai diantara kita telah belajar dan mengetahui ilmu 'mengenali diri', Ada yang merasakan cukup sempurna dan cukup sifat sementara disatu pihak , ada juga manusia yang merasakan 'kelompongan didalam diri walaupun ' ilmu yang cuba disemai olih 'guru' mahupun 'murshid' mereka, tetapi, dirasakan 'gagal' untuk di praktikan sepenuhnya.
Dan mungkin juga ada kelompok yang masih lagi berpindah randah dari satu guru ke satu guru yang lain demi 'memuaskan' kehendak diri . Namun semua itu bukalahlah satu titek nokhtah mahupun penghalang kepada 'diri' yang masih tercari-cari 'jawapan' yang 'tepat' agar 'rasa ragu' dan rasa 'was-was' tidak bermain dihati.
Tetapi bagi mereka yang telah menemui jawapan pula, mereka merasakan amat 'beruntung' sekali walaupun 'hasil' yang dikata telah berjaya diraih dan dapat dirasakan kemanisan nikmatnya namun 'kebenaran' yang dirasai itu bukalnlah bersifat mutlak 'sifat' nya. Kerana selagi ada 'nyawa dikandung badan' dan selagi perjalanan masih lagi belum terhenti 'maka' pencarian dan pencerahan 'mencari ' kebenaran ' tetap menjadi buruan' bagi setiap jiwa.
Ada yang merasakan 'dunia' ini berada diperingkat 'pengakhiran' dan ada juga yang merasakan 'pengakhiran' masih jauh lagi tetapi sedarkah kita bahawa 'pengakhiran diri' akan 'terhenti pada bila-bila masa'? Bagi 'jiwa-jiwa' yang telah 'dimerdekakan' Allah SWT , yang mana ketika ini sedang berada 'dipusat sehenti' bagi menuju 'kedestinasi seterusnya (alam akhirat) namun 'kegiatan' 'jiwa-jiwa' tersebut tetap menjadi 'rahsia Allah SWT' dan terselindung dari pengetahuan manusia semuanya.
Tetapi bagi kita yang masih lagi 'meminjam' hak Allah SWT, dan masih merasa kuat untuk 'berjalan; dibuminya, adakah kita 'melakukan' perkara sepatutnya seperti yang dituntut?. Telah tertunaikah 'obligasi' kita terhadap Nya? Adakah kita sempurnakah peraturanya? Sudah lengkapkah 'jawapan' silangkata Nya? Telah bersihkah 'jalan' kita? Atau adakah kita telah memenuhi segala 'sumpah' dan janji kita terhadap Nya?
Terkedu jiwa , terhenti 'hati' memikirkan apabila persoalan ini diajukan maka secepat kilat 'hati' kita 'berdetik'? tertanya-tanya dan tercari-cari jawapan sebenar . Mungkin jawapan yang terlintas dihati itu juga kita sangsi dan 'was-was' akan jawapan dan kebenaranya..
Mungkin kita akan 'termenung' sejenak.,memikir dan cuba 'meniliti' 'liku-liku' yang telah kita lalui dahulu .atau mugkin 'terngiang-ngyiang' ditelinga akan kata-kata 'guru' atau 'murshid; kita.sewaktu kita 'berjinak-jinak' dahulu, tetapi' berapa kerat kah diantara kita yang tiba-tiba 'sedih' dan 'menangis mengenangkan 'kisah lampau' sambil 'mengucapkan' 'Ya Allah, Sesungguhnya aku menyesali segala salah laku lampau diri ini, Ya Allah!!. Ya Allah , Kau limpahkah diri ini dengan keampunan Mu "
"Ya Allah, kau ampunkanlah dosa kedua ibubapa ku, kau ampunkan dosa kedua mertua ku. Kau lepaskanlah 'azab'azab' Kau terhadap mereka Ya Allah. Sesungguhnya kami bermohon Ya Allah, Kau selamatkan semua ahli keluarga kami, sahabat kami, jiran kami dan kau lapangkanlah perjalanan 'hamba-hamba yang 'membantu anak--anak Yatim' dan Kau permudahkanlah urusan mereka Ya Allah..
Sesungguhnya apabila tulisan ini dibaca seikhlas hati, tidak secara langsung 'Anda telah menyerahkan diri anda kepada Allah SWT, sambil diri anda memohon keamp
unan dari Ya Rabb, Tuhan Yang Esa'.
Amin.....
Cahaya Al Majid'.
No comments:
Post a Comment