Tuesday 1 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB YANG SURAM KINI KELAM

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dua hari jiwa tidak mencecah bumi Malaya , semuanya seakan akan tenang namun onak dan duri dari perhimpunan jalanan yang menobatkan diri mereka sebagai BERSIH 4, hanya sebagai pelengkap perjalanan saja. Ada yang mengatakan bahawa implikasi dari Perhimpunan itu bakal meninggalkan kesan yang dalam kepada pucuk pimpinan sedisada, sebenarnya " tidak berkesan. Walaupun hampir 400 ribu rakyat dilihat membanjiri kawasan perhimpunan yang tertumpu di kawasan Dataran Merdeka selama hampir 2 hari (34 jam)  namun semua itu tak terkesan.

Cubs kita perlihat pada sukatan nilai matawang dan juga stock market, adakah peratusan nya menurun selepas perhimpunan BERSIH 4 ini? Jawapannya tidak malahan nilai matawang kita berlegar disekitar rm 4.15 -4.20 saja berbanding USD 1. Begitu juga dengan statistik pasaran, unjuran menaik pula, tidakkah ini terbalik? Sepatutnya apabila keadaan bergelombang, sudah semestinya pasaran merudum kan. Tetapi ini tidak berlaku, kenapa ?
Bukan kerana BERSIH 4 atau ramainya rakyat yang melimpai dijalanan punca nya, "pasaran tertangguh" tetapi, doa doa insan tertentu yang "membenteng" nya.

Tetapi selepas BERSIH 4 berlalu, kita lihat mulut mulut jahat dari kabinet Najib mula memperlekehkan tindakan rakyat. Juga tindakan Mahathir yang memberi semangat dan berjuang demi mencari jawapan dan kebenaran juga telah dispin dan dicela secukupnya. Kenapa? Dulu kabinet Najib mengatakan kata kata Mahathir tidak menjadi kudis dan sesetengahnya menuduh beliau sebagai "nyanyuk" , juga ada juga suara yang mengatakan hanya beliau seorang saja yang menentang dan bukan semua ahli UMNO.

Biarkan saja mereka mereka ini menghina dan mengeji batang tubuh Mahathir. Hanya "jauhari mengenal manikam". Kita lihat saja siapa bakal menjilat ludah sendiri.

Kini sudah tiba masanya kita main tarik tali. Sambutan merdeka sudah berlalu dan Pak Menteri semuanya telah berlapang dada, membuat perancangan bagaimana hendak menghentikan isu 1Mdb dan Rm2.6 billion. Sementara mereka mencari helah cara bagaimana hendak menutup mulut rakyat, sebaliknya mereka ini akan dicatur juga tanpa disedari.

Kepada rakyat...perhatikan..

Bermula minggu ini nilai matawang kita bakal merudum lagi dan akan diikuti olih pasaran saham. Kita nak tengok lagi macammana mereka nak bersilat dengan pasaran serta pemegang pemegang dana antarabangsa pula.  Begitu juga kepada kabinet Najib..nanti jangan pula malu apabila PM Umno dimalukan diarena antarabangsa.
Bak kata pepatah melayu " ada ubi ada batas" " hari ini hari kau, mungkin esok hari kami".

                                           Jangka 60 hari sedang berjalan
                                             Ikhlas dari : Cahaya Al Majid






No comments:

Post a Comment