Thursday 7 January 2016

MIMBAR MAYA "THE PROMISED LAND" : RENUNGAN JUMAAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

        SEMOGA ANDA SEDAR DIRI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim "Tiada daya dan usaha ku melainkan semuanya adalah ketentuan Mu jua" Bergeraknya aku dibumi ini adalah diatas kehendak Kau juga. Sesungguhnya tiada kekuatan ku melainkan kekuatan Mu jua yang aku harapkan  Bernafasnya aku didalam perjalanan ini juga diatas rahmat Mu.

Ingatlah wahai saudara saudara ku bahawasanya kehidupan kita dibumi ini bukanlah untuk selamanya. Mungkin lepas ini, esok, lusa atau pun tulat, kita tidak tahu bilakah nokhta terakhirnya diri kita.

Kematian sileh berganti, setiap hari pasti kita mengetahui berita ini samaada melalui suratbkhabar, TV, Radio atau apa saja medium informasi, berita ini pasti kita amati.

Mungkin juga kita pernah melalui detik detik sedih diatas kematian orang yang kita sayangi atau juga orang yang kita kenali tetapi pernahkah kita membayangkan  diri kita pula dimatikan. Apakah perasaan anda? Boleh anda bayangkan?

Bayangkan diri anda terbujur kaku. Bayangkan wajah anda yang handsome, cantik dan gebu itu bertukar  pucat lesi ,tidak berdarah, sejuk ibarat air batu tak bernyawa, tebujur , diselimuti kain dan dikelilingi anak anak, isteri , saudara saudara mahupun rakan dan sahabat anda, ada yang menangis, bersedih, ada yang membaca Al Quran ada yang membaca Yassin dan ada juga yang duduk disisi pembaringan anda sambil mengusap wajah anda dengan iringan bacaan Al Fatihah..apa perasaan anda?

Bayangkan pula ketika diri anda diangkat dan diusung ketempat pemandian. Tubuh anda dimandikan dibersihkan dan disabunkan dengan setiap inci tubuh anda akan disentuh. Bayangkan ketika anda masih hidup dimana semua ini anda boleh lakukanya sendiri tetapi hari ini semua kederat itu telah dihentikan olih Yang Maga Esa..apa perasaan anda ?

Tidak cukup dengan itu cuba  bayangkan pula ketika diri anda dibungkus dengan lapisan lapisan kain putih yang membaluti tubuh yang penuh dengan kepingan kepingan kapas yang menutupi seluruh ruang ruang rongga anda dimana diri tubuh anda terkujur kaku diperlakukan mengikut kehendak mereka. Apa perasaan anda? Tidak terbaukah oleh anda wangian yang disemburkan diseluruh jasad yang terbeku kaku itu? Terbayangkah oleh anda akan bauan "kapur barus" itulah bauannya.

Apa pula perasaan anda ketika tubuh anda yang sasa , cantik dan montok itu yang berbalutkan kain kain putih yang dipanggil kain kafan itu diusung dan diangkat lalu dimasukkan keliang lahad. Bayangkan ketika itu Allah berikan rahmatnya untuk anda melihat dari celah celah kafan yang diuraikan diwaktu tubuh dan muka sedang dirapatkan ketanah liang lahad dan apabila kedengaran juga oleh anda suara suara yang menberi arahan dari atas untuk menutup lubang lahad . Apa perasaan apabila suara suara itu mulai sayup kehilangan.

Apa perasaan anda tiba tiba tanah dan kayu penghadang lubang lahad tadi mula menghimpit diri anda. Bayangkan. yang dalam kesempitan ruang itu adalah diri anda.

Pernahkah anda membayangkan bahawa keadaan inilah yang bakal anda lalui satu ketika nanti.
Bersediakah anda????

Adakah kelapangan dan kenikmatan yang dapat menebus segala ketakutan ini?

Ikuti seterusnya.

Semoga apa yang ditulis dapat membantu anda untuk menilai diri sendiri. Kemana distinasi anda dan kesudahanya.

               Cahaya Al Majid






No comments:

Post a Comment