Thursday 7 January 2016

THE PROMISED LAND : TEMPIAS YANG MENGUYUPKAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Benteng mula pecah.Tirai yang digantung gagal menghindar tempias. Payung yang dijunjung juga gagal menepis tempias hujan. Begitulah terdedahnya kita apabila hujan ribut melanda. Bukan tempias saja yang menguyupkan kita tetapi sekiranya hujan mencurah curah maka malapetaka banjir pula yang mengancam.

Begitukah nasibnya setiap jiwa yang melata dibumi ini.

Kestabilan sesebuah negara itu bergantung kuat terhadap ekonominya namun peranan Pemerintah dalam mengumudi  adalah kunci utama untuk kejayaan .

Ketulusan serta keikhlasan dalam menterjemahkan tindak tanduk dalam mengimbang tara keputusan halatuju haruslah berlandaskan keupayaan namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya.

Adakah Kerajaan yang diterajui Najib dari UMNO ini telus dan berwibawa? Atau adakah keputusan keputusan yang diputuskan Kerajaan telah memberi menafaat kepada rakyat?

Mengambil kira 6 tahun Pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri, apakah negara dan rakyat bertambah makmur masa depannya? Samaada dari segi perpaduan, ekonomi atau pun kelangsungan kehidupan serta kos sara hidup . Adakah semuanya berjaya dirungkai ataupun  distabilkan?

Dari segi perpaduan atau persamaan antara kaum adakah ianya berada ditahap yang terbaik ? Atau adakah perbezaan pegangan agama diantara kaum berada pada tahap selamat dan tidak membimbangkan?

Dari segi ekonomi pula, apakah Najib telah berjaya mengangkat pegangan ekonomi orang Melayu dalam negara? Atau sudah berjayakah Najib mengangkat mertabat orang Melayu kesatu tahap yang membanggakan? Atau adakah Perdana Menteri dari UMNO berpuas hati dengan pencapaian Melayu yang terpaksa membanting keringat demi kelangsungan politik Melayu?

Dimana tahap kemantapan ekonomi orang Melayu. Sudah berjayakah UMNO merapat jurang pendapatan antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India? Semua ini tidak mampu dijawap oleh Pemimpin UMNO . Apa yang dijaja hanyalah menakutkan orang Melayu sekiranya UMNO hilang kuasa. Tetapi keresahan orang Melayu tidak diendahkan.

Kini ekonomi negara tertekan. Kerancakan ekonomi semakin suram.  Hasil pendapatan minyak semakin menurun walaupun pengeluaran minyak tidak berganjak. Harga komoditi utama juga tidak serancak mana. Gara gara ini menyebabkan pendapatan menyusut dengan ketara dan ini merencatkan kerancakan ekonomi. Namunpun begitu hasil tetap ada dan tertuai juga.

Namun masaalah terbesar yang dihadapi negara adalah kewibawaan Perdana Menteri dan Kabinetnya. Masaalah salahlaku rasuah, kronise serta intrigiti penguat kuasa undang undang yang takut dan akur dengan kuasa politik menghanyutkan lagi negara ini kelubang kehancuran.

Ketidakpercayaan  rakyat kepada Kerajaan Pemerintah dan Pembangkang serta ahli Politik semakin memuncak Keraguan dan rungutan rakyat tidak diambil kira namun apa yang terjadi kesalahan mereka akan dibeban kan diatas kepala rakyat. Sepatutnya mereka yang mencari alternatif membantu rakyat tetapi jawapan mereka terpulang kepada rakyat pula. Ikan mahal ganti ayam..ayam mahal gantilah dengan perisa ayam..kalau tidak pun makanlah dedak ayam ganti beras. Begitulah otak pemimpin yang dipileh rakyat. Sepatutnya ahli Parti yang menentukan calon tetapi sebaliknya Pemimpin atasan pula yang mahukan pilihannya.

Kerajaan Najib dan UMNO lah yang bertanggung jawap diatas kemeruduman ekonomi.

Hilangnya keyakinan negara luar terhadap kepimpinan negara samaada Pemerintah mahupun Kerajaan Pembangkang serta Penjawat Awam semuanya kerana telah menghalalkan RASUAH.

Hilangnya kerahmatan Allah swt terhadap negara juga kerana Ulul Amri yang telah menghalalkan perkara yang sama.

Hujan hujan inilah yang menguyupkan rakyat. Biarlah rakyat kebasahan. Apabila unggun api berjaya dihidupan dan rakyat mendiangkan diri dari kesejukkan dan diharap api itu jugalah akan digunakan orang Melayu untuk membakar jambatan fantasi Najib dan kabinetnya dari memusnahkan Islam dan negara ini.

                  Cahaya Al Majid









No comments:

Post a Comment