Monday 4 January 2016

THE PROMISED LAND : 2016 TAHUN KEMUDARATAN UMAT ISLAM???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa yang dapat dibanggakan lagi. Kemeruduman dan kehancuran semakin dekat, samaada kematian rakyat beramai ramai kerana ketaksuban pemimpin memeluk kuasa sehinggalah ketaksuban serta ketakutan Pemimpin dunia yang digambarkan sebagai umat Islam adalah "pencetus huruhara". Atau umat Islam dikategorikan sebagai umat yang perlu diawasi pergerakanya.

Memandangkan umat Islam berkiblatkan Ke Mekah Al Mukarammah dimana terletaknya Ka'abah yang merupakan rumah ibadat pertama didunia mengikut kepercayaan orang Islam maka strategi musuh Islam adalah untuk memporakperandakan negara negara yang telah dilabelkan sebagai bumi Arab ini.

Perancangan dilakukan secara teliti dan tersembunyi. Setiap kelemahan dan kekurangan bangsa Arab diselidiki dan dianalisa secara terperinci. Dari kelemahan Pemimpin sehinggalah kelebihan puak penentang digunakan semaksium mungkin untuk dijadikan umpanan bagi memporakperandakan sesebuah negara tersebut.

Hasil dari gerakerja terancang itu kini telah membuahkan hasil. 80% dari negara Timur Tengah telah punah kepimpinannya tetapi yang paling terkesan adalah rakyatnya. Ada diantaranya terpaksa menjadi mangsa pelarian semuanya angkara mainan jahat musuh Islam yang menggunakan sentimen keagamaan dan harta dunia. Berlarutan dari itu kebanyakkan Pemimpin Politik mahupun Raja Raja mereka berpaksikan kenegara Barat terutama Amerika yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan masing masing.

Perhubungan sulit antara Pemimpin Arab dan Barat semenangnya terjalin sejak dulu tetapi disebabkan kebodohan serta kejumudan pemikiran bangsa ini telah mengakibatkan ekonomi dan maruah negara tergadai. Negara yang semenangnya dari dahulu kaya raya dan berpendapatan tinggi tetapi kini mula ranap. Bukan kerana negara mereka tiada keberkatan tetapi kerana kesombongan serta riak terhadap nikmat Allah swt, maka balalah yang mereka hadapi ketika ini.

Kalau dahulu Mesir merupakan tempat tertinggi menimba ilmu berhubung Islam tetapi kini tidak lagi. Apa yang terhasil kini hanyalah pelampau pelampau agama yang extrim dan kebanyakkan lepasan graduannya sudah mula diketepikan. Yang sepatutnya dilahirkan dari institusi ini adalah para saintis ataupun pakar pakar selain dari ilmu agama tetapi semua itu bukan keutamaan lagi.

Percangaahan serta pertelagahan berhubung agama pula diangkat sebagai perkara utama dan perseteruan sesama sendiri kian menular dan akibatnya institusi kerajaan dan agama menjadi huru hara dan akibatnya ..kehancuran melanda satu persatu.

Begitu juga halnya dengan Arab Saudi. Akhir akhir ini Pemerintah Beraja mereka telah mula berkocak. Dari institusi keluarga di Raja sehinggalah kepersada ekonominya, semuanya menjurus kelembah kehancuran. Kalau dahulu kerajaan Arab Saudi ini sering berkiblatkan ke Amerika tetapi kerana peristiwa Sept.11 semuanya sudah terbalik. Alhamdullilah..setidak tidaknya Raja Arab Saudi sudah sedar diri.

Malang datang bertimpa timpa samaada negara itu sudah hilang kerahmatan atau kedungguan Pemerintah semuanya ketentuan Allah swt . Kini Arab Saudi berada diambang perang. Kalau dahulu perkara ini hanyalah sipi sipi tetapi kini tidak lagi.  Arab Saudi sendiri terlibat secara langsung dalam  peperangan. Peperangan berhubung perbezaan pegangan sesama jiran yang sebangsa semakin parah. Bukan setakat menggunakan senapang dan pistol tetapi perang menggunakan senjata berat seperti meriam, peluru berpandu serta jet pejuang adalah keutamaan. Syria dan Yaman kini telah menjadi musuh utama berbanding Yahudi

Apa yang ditempa Arab Saudi kini telah meletakan keselamatan pengunjung ke Rumah Allah iaitu Ka'abah di Mekah dan Madinah  dalam bahaya keseluruhannya.  Tidak mustahil musuh keatas dasar pegangan Raja Arab Saudi mungkin tertumpah keatas pengunjung yang tidak berdosa. Kemungkinan itu amat besar untuk terjadi dan berlaku.

Perlu kita ingat bahawa bangsa Arab yang bersuku suku ini amat kasar dendamnya. Mata diganti mata, darah diganti darah dan nyawa diganti nyawa. Yang terkesan adalah umat Islam yang akan menunaikan umrah dan Haji.

Selamatkah lagi perjalanan menuju ke Tanah Suci?

              Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment