Sunday 23 October 2016

THE PROMISED LAND : BILA "BOHONG " JADI TOPIK .

Bismillahhirrahmannirrahim.

" Dimana kedudukan kita"
        Disisi ALLAH swt.

Berucap sana sini, satu Malaysia dia jelajah tetapi cerita bohong ,sana sini, dijual, yang hairannya, pendengar tu atau yang hadir tu tak ada otak ke atau otaknya dan tak bolih fikir lagi atau hadirnya mereka sekadar datang kerana dapat duit mahupun dapat door gift free.
Kesian mereka ni..

Semalam diMelaka, Annuar Musa mengatakan bahawa semua duit atau dana yang diterima olih Najib yang dikata masuk keakaun Najib telah diagih ke Bahagian Bahagian UMNO.

Itu apa yang diakui oleh Annuar Musalah.

Memangpun ada kebenarannya, seperti yang pernah diakui diterima olih Sharir Samadlah? Ahmad Maslanlah serta Ketua Puteri UMNO, tetapi samaada dana yang di terima ini dimasuk keakaun Pertubuhan atau akaun sendiri hanya Bahagian yang bolih mengesahkannya.

Tetapi DANA yang diterima olih Najib yang dikata diterima dari penderma Arab berjumlah USD 681 juta yang juga didakwa DOJ bahawa dana tersebut bukan berpunca dari Penderma Arab tetapi sebaliknya dari dana 1MDB, tetapi bak kata Najib dan disahkan olih Doj bahawa "dana "lebih kurang USD 620 juta juga telah dihantar pulang semula.

Benarke semua Bahahgin UMNO dapat injection dari dana yang dipertikai ini.. seperti yang diakui olih Annuar Musa ni..adakah dari dana USD 681 juta ni atau pun dari dana RM 40 juta SRC International?


Atau  cukupkah lebihan dari dana USD 681 ke nak membiayai semua aktiviti PRU 13 dengan baki dana yang sekecil itu? Kalau benarlah..

Walau apapun kesahihan serta ketulusan dana yang diterina Najib itu yang dipertikaikan rakyat. Najib  wajib membentangkan kepada rakyat status
Dana tersebut.

Kalau benar dana "halal toiyibban" lebihan dari derma "Pak Arab" itu diagihkan kesemua Bahagian UMNO itu rakyat tak kisah lah.tetapi..kalau dana yang diagih agihkan keBahagian UMNO itu bukan berpunca dari derma Pak Arab tetapi sebaliknya dari  pinjaman 1MDB dan SRC International seperti yang didakwa Sarawak Report mahupun DoJ, dimana setiap diri rakyat jelata terpikul dibahunya hutang tersebut.maka..dunia dan akhirat hasil itu tidak akan dihalalkan.

Bagi mereka yang berpegang pada hukum Allah swt, halal dan haram, maka memakan dan berbelanja dari hasil tersebut adalah berdosa serta haram hukum sifatnya.

Dah tahu atau tak mahu tahu puncanya serta membenarkan perlakukan tersebut maka "bersubahat" adalah takrifanya. Maka kesalahan tersebut amat dibenci Allah swt.

Pilihan ditangan sendiri.oleh itu jangan salahkan takdir apabila "bala Allah swt" menjenguk pintu rumah kita. Olih itu JANGAN kita jadikan mereka yang kita sayangi menanggung bala dari kesalahan pilihan kita.


                Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment