Monday 24 October 2016

THE PROMISED LAND : APA MAKSUD HUSNI HANADZLAH ???1MDB KANTOI KE???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau Husni Hanadzlah sendiri mempertikaikan kewibawaan 1MDB tentang cara mereka melabur serta menggunakan dana hutang yang belanjakan olih 1MDB secara suka hati.

Berkemungkinan Bekas Menteri MOF ini terkesan hati serta sedar bahawa terdapat penyelewengan secara besar besaran yang disusun secara terangan dengan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat membuatkan beliau melepaskan semua jawatannya dalam Kerajaan.

Hari ini dengan rendah hati beliau mempertikaikan apa yang dilihat dan dirasakan iaitu penyelewengan telah berlaku didalam 1MDB dan beliau luahkan disidang Parlimen.

Sekarang kita tunggu apa yang bakal dijawap samada oleh Rahman Dahlan ke, Salleh Keruak ke, waima Nazri Aziz ke , samaada apa yang diluahkan olih Husni Hanadzlah itu akan dituduh untuk merosakan ekonomi negara ke atau untuk tujuan merosakkan reputasi Presiden UMNO ataupun Kerajaan Malaysia olih pencacai UMNO mahupun pencacai Najib, sama sama kita nantikan.

Kalau dilihat tidak ramai Pemimpin UMNO yang berani  bangun untuk menentang salah laku 1MDB atau  Najib namun pendekar UMNO yang seorang ini benar benar berhati mulia dan bertanggung jawap diatas sumpah jawatan dan amanah yang dijunjung.

Alangkah beruntungnya orang Melayu sekiranya masih terdapat lagi insan seperti Husni ini didalam Kabinet.

Tetapi apa yang sedih..masih ramai orang Melayu UMNO masih mahu mempetahankan Najib walaupun berbagai skandal membaluti dirinya.

Samaada Najib lebih penting atau maruah negara bukan lagi keutamaanan, hanya masa depan dan intregriti negara ini bakal ditimbang dalam kes " pengubahan wang haram" yang didepani 1MDB ini.

Samaada 1MDB terlepas atau Najib terkait sama atau Pertubuhan UMNO menjadi galang gantinya..
Mahkamah dunia pasti bersuara.

                 Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment