Monday 24 October 2016

THE PROMISED LAND : LEGEND ROBIN HOOD PUN TAK SETARA.NAJIB..!!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama lama mencuri.

Itulah bait bait pantun yang selalu digunakan terutama orang Melayu.

Kalau dahulu sebelum meletopnya kes 1MDB dialam dunia siber, setiap kali berita penyelewengan dana 1MDB timbul setiap kali itulah samada Perdana Menteri akan berbohong ataupun Menterinya akan bercakap bohong, semuanya  demi untuk menutup penyelewengan kelompok ini.

Perdana Menteri dan sekutunya bermati matian menafikan akan keberadaan kes tersebut . Begitu juga dengan dana USD 681 juta dan Rm40 juta dari SRC  yang masuk keakaun Perdana Menteri, dengan muka selamba beliau berbohong dihadapan rakyat.

Tetapi apabila kemasukkan dana itu disahkan oleh entiti luar negara dan disahkan juga olih PAC dan audit negara, bukan beliau hendak memohon maaf kepada rakyat diatas pembohongan itu tetapi memberi alasan lain pula. (Tidak gunakan dana untuk tujuan peribadi kata Najib)

Pembohongan demi pembohongan diungkapkan oleh Perdana Menteri, namun mungkin kerana sikap suka bercakap bohong secara semula jadi itulah yang berakhir dengan pencurian. Pencurian yang dilakukan itu bukanlah dari harta milik ibubapanya tetapi sebaliknya "harta milik rakyat dan negara" . Ini bukan pencurian berskala kecil tetapi bertahap mega.

Benar dan sahih  pepatah Melayu yang berbunyi, bercakap bohong lama lama mencuri.

Bukan  didalam negara saja yang menuduh Najib pencuri malahan satu dunia menganggap Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak anak kepada Perdana Menteri Ke 2 Malaysia adalah seorang Pencuri.

Hari ni bekas Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memimpin dan mentransform negara ini kearah kemodenan juga menggelar Najib sebagai seorang pencuri juga.

Adakah Najib mahu meniru style Robin Hood , iaitu dengan merompak dari orang kaya dan mengagihkan hasilnya kepada orang susah?

Nak samakan dengan Robin Hood pun tak setara , NAJIB mencuri hak rakyat dan hasil pencurian itu dinikmati oleh kroni terdekat beliau saja. Jho Low, Riza Aziz, 2 ToK Arab  yang kaki arak serta beberapa orang lagi selain anak bininya.

Kerana pencurian berskala mega itu, bukan saja syarikat yang diujudkan itu bermasaalah malahan negara dan rakyat terheret sama.

Begitulah akibatnya apabila pemimpin yang suka bercakap bohong diberikan amanah,  bukan amanah yang dijinjung tetapi amanah yang sepatutnya dijunjung digadaikan..itulah sifatnya seorang pencuri..Hasil pencurian akan dijual untuk mendapatkan wang ringgit dan dengan wang ringgit..jiwa pengsubahat dapat dibeli.

Olih itu bermaharajalah Sang Pencuri.

                Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment